View: 4562|Reply: 11
|
Soya berlebihan bawa kesan buruk
[Copy link]
|
|
- Air soya kaya dengan antioksidan isoflavone yang juga bersifat xenoestrogen. - Foto Internet
[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]
GOLONGAN lelaki yang makan 20 gram kacang soya setiap hari selama dua minggu mengundang risiko mengalami penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol.
Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan paras kortisol ini mendedahkan seseorang kepada pembentukan pelbagai penyakit. Penemuan tersebut berdasarkan kajian saintis dari University of Connecticut yang membandingkan kesan pengambilan protein kacang soya dan protein dadih susu (whey) terhadap proses pengembalian dan tumbesaran otot.
Kajian berbentuk rawak dan plasebo terkawal bersilang (randomized, placebo-controlled crossover) yang dilaporkan dalam Journal of the American College of Nutrition (JACN) menunjukkan kesan pengambilan suplemen soya kepada testosteron, kortisol dan paras hormon seks lekatan globulin (SHBG, sex hormone-binding globulin) pada lelaki yang menjalankan senaman dan latihan berhalangan (resistance exercise). Saintis membandingkan kesan itu dengan mereka yang mengambil suplemen dadih susu.
Fenomen keperempuanan
Dalam kajian tersebut hormon 10 lelaki berusia awal 20an diarahkan hanya mengambil suplemen berdasarkan jenis yang dirancang. Subjek kajian dibahagikan tiga kumpulan iaitu mengambil protein dadih susu; mengambil protein soya; dan mengambil plasebo maltodextrin.
Setiap subjek kajian diarahkan mengambil 20 gram suplemen seperti dirancang untuk dua minggu. Mereka kemudian diarah untuk menjalankan enam set cangkungan berhalangan berat yang melebihi 80 peratus keupayaan daya angkatan mereka. Pada penghujung hari ke 14, penyelidik mengambil profil hormon daripada setiap subjek dan seterusnya menjalankan perbandingan.
Mereka mendapati setiap subjek kajian yang mengambil protein kacang soya mengalami penurunan paras testosteron dan pada masa sama mengalami peningkatan paras kortisol. Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan kortisol mendedahkan diri mereka kepada peningkatan berat badan serta meningkatkan risiko untuk mengalami pelbagai penyakit.
Fenomena ‘keperempuanan’ (feminization phenomenon) memang boleh berlaku kepada lelaki jika mereka mengalami paras testosteron rendah dan pada sama paras kortisol tinggi. Lelaki yang mengalami fenomena tersebut akan mengalami sifat fizikal orang perempuan iaitu pertumbuhan puting payu daya, pembesaran payu dara dan hot flashes.
Pada masa sama mereka juga boleh mengalami masalah kesihatan seperti tulang menjadi rapuh, fungsi tiroid terganggu, masalah tidur, fungsi seks terganggu dan masalah reproduktif.
|
|
|
|
|
|
|
|
kepada pengemar soya tu....jom beralih kpd esp shaklee....semestinya bebas gmo......
pengedar sah shaklee anda
noorshahadilla
whatapp 0145927119 |
|
|
|
|
|
|
|
shahadilla posted on 7-8-2014 05:11 PM
kepada pengemar soya tu....jom beralih kpd esp shaklee....semestinya bebas gmo......
pengedar sah ...
Siap iklan lagi tu...mod akan bertindak nnt
|
|
|
|
|
|
|
|
ada org cakap minum soya tetek besar nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
mod masih belum bertindak? |
|
|
|
|
|
|
|
Shahadilla..shaklee oun soy based jugak...based on my experience dan jugak kawan2 yg mkn shaklee, shaklee ni merubah hormon....haid yg tak menentu dan berpanjangan...sebabkan shaklee, i tak berani nak ambil apa2 suplement yg soy based.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kebenarannya. Khasiat juga tidak boleh ditolak. Supplemen soya?? Saya sendiri memang penah gunakan supplemen beasaskn soya sebegitu. Bukan tidak baik. Mmg membantu. membantu dr segi tahan lapar. Kenyang sahaja. Air dlm bdn pula bagaimana???. Ibarat makan nasi takde air. Tercekik kann. Seharusnya bersama air. Air. Air berfungsi dengan supplemen. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi soya sedap..
Beside,
Mana lagi nak cari susu yang bukan dari "animal-based" |
|
|
|
|
|
|
|
Hasfa1990 posted on 18-8-2014 04:29 PM
Ada kebenarannya. Khasiat juga tidak boleh ditolak. Supplemen soya?? Saya sendiri memang penah gunak ...
Betul kenyataan tt tu...mana2 supplement pun mesti bnykkan minum air....air tu pnting untk tbuh badan...tp bergantung lh dngn orng yng jual supplement tu...nk guide ke tak customer....tapi saya..mmng bertanggugjawab untk guide customer saya saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
AYAKAISHI_AYASY posted on 19-8-2014 08:49 AM
Tapi soya sedap..
Beside,
Mana lagi nak cari susu yang bukan dari "animal-based"
Memg sedap...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|