View: 4949|Reply: 25
|
[Tempatan]
Hujan Ais Di Sabah
[Copy link]
|
|
Hujan ais di Sabah gemparkan penduduk
Kejadian fenomena hujan ais yang berlaku kelmarin, Ahad, di Tambunan, Sabah telah menggemparkan penduduk di sana.
Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 3.30 petang yang bertempat di Kampung Timbou itu menyebabkan sebilangan penduduk menghentikan kerja seharian demi menyaksikan kejadian yang jarang berlaku itu.
Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau berada di dalam rumah ketika kejadian tersebut.
Pada mulanya, beliau mendengar bunyi hujan. Tetapi lama-kelamaan, ia menjadi sangat bising dan bumbung zink rumah kedengaran seperti dilontar dengan banyak batu.
Apabila beliau keluar dari rumah, beliau kemudiannya mendapati terdapat ketulan-ketulan ais yang jatuh daripada langit.
Dia sedar bahawa, punca bunyi bising tersebut adalah hujan ais batu, iaitu fenomena yang jarang sekali berlaku.
“Suhu ketika itu menjadi sangat sejuk. Tapi kejadian itu berlaku tidak lama,” katanya.
Kejadian ini berjaya dirakamkan melalui gambar serta video dan kini dikongsikan secara meluas menerusi laman sosial.
Difahamkan bahawa, fenomena hujan ais di Tambunan dan Keningau juga pernah berlaku lama dahulu sebelum ini.
Yang terakhir pernah dilaporkan berlaku di negeri ini adalah pada tahun 2007 dahulu di daerah Penampang.
Kejadian seumpama ini turut pernah dilaporkan berlaku di Selangor, Kuala lumpur dan Jerantut, Pahang pada tahun 2009 dan 2011 dahulu.
Manakala negeri jiran Singapura turut mengalami fenomena ini pada tahun 2013.
Hujan air batu terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5mm hingga 50mm yang hanya boleh terbentuk dari awan kumulonimbus (awan petir).
Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara subtropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan Khatulistiwa. Namun ia adalah sesuatu yang jarang berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akibat perubahan cuaca yang tak menentu sekarang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa barang, kat Johor hujan salji weiii !!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kat johor pun ade gak hujan ais semalam. Kalo ddk rmh kampung atap zink, mesti bunyi bising bila ais jatuh atas zink. |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang tengah super typhoon halong.. maybe aftermath sedikit sebanyal dari itu barangkali... |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya nih..boleh benjol kepala kena hujan... |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan batu ni kira normal di kl sekitar 70an dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
"hari lepas esok" sudah datang...?!! |
|
|
|
|
|
|
|
Huh.. baru jer tengok Into The Storm..
memula ujan ais.. besor2 gitu la..
pastu datang tornado..
ok ini pengaruh filem... |
|
|
|
|
|
|
|
pnah merasa skali je hujan ais. time sek dulu. smua siap kuar klas dan mkn ais tue. tp bukan kutip atas jln lah. dulu aisnya blh dimakn, skrg jgnlah. blh mati rasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ini petanda zionest akan kalah....McD akan digantikan.... |
|
|
|
|
|
|
|
pnah tgk live kt ganu... umah kg tgh utan, sejuk, ketung ketang bunyi atap zink....
bahaya ais ni boleh retak cermin kete... |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa mungkin side effect pembenihan awan |
|
|
|
|
|
|
|
highcastle posted on 11-8-2014 01:34 PM
Apa barang, kat Johor hujan salji weiii !!!!!!!!!!!!
yeke? nak gi main ski lah hjung minggu ni kat sana
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 11-8-2014 02:29 PM
yeke? nak gi main ski lah hjung minggu ni kat sana
ajak peYno sekali..........
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat hujan Syabu tadi |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 11-8-2014 02:27 PM
saya xrasa sebab global warming
menurut komen seorang di facebook yg mendapat byk like yang menya ...
mohon tepek komen meroyan itu |
|
|
|
|
|
|
| |
|