View: 5695|Reply: 14
|
Negara Pemilik Taman Bunga Terbaik di Dunia
[Copy link]
|
|
Untuk benua yang mempunyai empat musim di setiap tahunnya, kedatangan musim bunga mungkin ditunggu-tunggu untuk mereka penggemar bunga kerana biasanya di musim ini bunga-bunga akan bermekaran. Hamparan kebun bunga yang awalnya hanya terlihat seperti ladang yang dominan warna hijau akan berubah warna dengan warna penuh keceriaan.
1) Belanda
Bercuti ke Belanda selama musim bunga tanpa melihat bunga tulip dan daffodil adalah kesalahan besar. Pada masa bermekarannya, bunga tulip ini akan dipetik dan dikirim ke penjuru dunia. Perkebunan bunga di Belanda akan berwarna pelangi pada saat bunga ini bermekaran. Biasanya ini akan terjadi selama bulan April sampai dengan September, pasti anda akan menemukan hamparan bunga tulip yang indah di kitaran bulan itu.
Kunjungi Alkmaar di bahagian Utara Belanda dimana anda akan diberitahu sejarah kota dan mencuba keju percuma hasil ladang mereka. Selain itu, kota Keukenhoff terkenal sebagai perkebunan bunga terbesar.
2. Jepun
Jepun terkenal akan bunga sakura (cherry blossom) yang bermekaran menyebar di kota Tokyo, Nagasaki, Kyoto dan Osaka. Wilayah desa di Jepung bertambah menjadi cantik apabila bunga ini bermekaran. Akan menyenangkan bila bercuti ke Jepang pada saat bunga ini bermekaran, anda akan tidak tahan untuk berpiknik di dekat bunga tersebut dengan hamparan rumput hijau yang luas sebagai alasnya dan hamparan langit biru yang cerah sebagai atapnya.
3. New Zealand
Negara ini mempunyai lanskap indah yang tak terhitung banyaknya. Jika anda ingin mendapatkan lanskap kebun bunga dengan warna-warni indah, kunjungilah ke bahagian selatan pulau ini dan kekaguman anda pada New Zealand akan bertambah. Selama musim panas, kunjungi Lake Tekapo yang dipenuhi bunga-bungai indah di sekitarnya.
4. Perancis
Para pelancong berdatangan ke Provence di Perancis setiap tahun untuk melihat hamparan kebun lavender, poppies dan bunga matahari. Pemandangan ini seperti versi pemandangan hidup yang dirakam oleh para pelukis, sangat indah. Di Provence, anda tidak akan melawat bunga saja tapi juga melawat kota dimana anda akan dibawa ke ladang anggur, mercu tanda kota dan kawasan desa. Selain di Provence, anda pun juga boeh melawat bunga di Luberon dan Ventoux, untuk menambah koleksi foto anda.
5. Denmark
Sebaha gian besar wilayah Denmark dipenuhi oleh hutan, padang rumput dan perkebunan. Tak hairan jika Denmark termasuk di tujuan lawatan untuk para pencinta bunga. Pada saat musim bunga , anda akan melihat istana tua yang berlatar belakang hamparan bunga. Bunga yang akan anda jumpai pada musim semi di Denmark antara lain, poppi, aster dan red clover. Jika anda penggemar bunga anggerikk, anda harus berkunjung ke kota Gentofte.
LINK
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantik cherry blossom ni..
tp dia berbunga cuma waktu spring je..
|
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya~~~~~
nape malaysia taknak tanam pokok2 bunga macam ni? sbb malaysia lagi untung pokok boleh berbunga sepanjang tahun, tak payah bermusim~~ |
|
|
|
|
|
|
|
shantekknyer..
yg kat belanda tu mcm kek lapis kekdahnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
n.zealand pun cun jgk
LOTR |
|
|
|
|
|
|
|
tgk gambar je da rasa cantik n tenang.... kalo depan2 xtau lamcm mana...
|
|
|
|
|
|
|
|
DOUBLE7 posted on 27-8-2014 02:12 PM
tgk gambar je da rasa cantik n tenang.... kalo depan2 xtau lamcm mana...
klu ada bahan, meh le bukak tered kat sini
cari dlm mana2 blog.. copy paste
klu ada link sekali.. lagi baik
|
|
|
|
|
|
|
|
yg kat belanda tu indah sungguh pemandangan
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysia...ni je termampu nk snap...
Last edited by pearl.silver on 24-12-2014 10:21 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver posted on 24-12-2014 10:19 AM
malaysia...ni je termampu nk snap...
susah nak nampak dah bunga merah tu. dulu banyak tanam kat traffic light.
|
|
|
|
|
|
|
|
bianglala posted on 24-12-2014 10:22 AM
susah nak nampak dah bunga merah tu. dulu banyak tanam kat traffic light.
skang lanskap jalan org suka tanam pokok yg macam pokok kelapa tu..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tengok bunga sakura dkt Jepun.. Kelihatan sama macam dalam gambar~ terlalu cantik! |
|
|
|
|
|
|
| |
|