CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2856|Reply: 6

[Jenayah] Trick Sorok Dadah Celah Kangang Pula

[Copy link]
Post time 29-8-2014 07:21 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR - Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Batu 10, Jalan Langgar menghala ke Pokok Sena dekat sini malam tadi.

        Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata dalam sekatan pada jam 11.40 malam itu, polis turut merampas 455 gram dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai antara RM6,000 hingga RM7,000 daripada lelaki berusia 36 tahun itu.

        "Polis telah menahan suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda kerana berada dalam keadaan mencurigakan. Suspek yang enggan memberi kerjasama cuba melanggar anggota polis dan bertindak agresif tetapi berjaya ditahan.

        Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu beg plastik berwarna hitam yang berisi bungkusan kertas yang mengandungi plastik lutsinar berisi heroin yang cuba disorokkan oleh suspek di bahagian celah kangkangnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

        Adzaman berkata suspek yang berasal dari Alor Setar itu dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran di sekitar kawasan bandaraya ini dan mendapat bekalan dadah dari Pulau Pinang.

        "Hasil siasatan mendapati bahawa suspek mempunyai 11 rekod lampau yang melibatkan sembilan kes jenayah dan dua kes dadah.

        "Kali terakhir suspek ditahan adalah pada tahun 2008 kerana melakukan kesalahan curi motosikal dan bagi kes kali ini suspek akan ditahan reman bermula hari ini sehingga Khamis depan," katanya.

        Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati mandatori. - Bernama

Read here: http://www.sinarharian.com.my/semasa/penganggur-sorok-heroin-celah-kangkang-ditahan-1.312289
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 02:04 AM | Show all posts
suspek ni tak ada faraj nak isi ke?

curi tin susu bayi masuk ke dalam lubang faraj





http://youtu.be/38vVYb33-lY



yang ni curi CPU masuk ke dalam lubang faraj:





http://youtu.be/dpMlCuvobDA
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ohmy.. beso giler lubeng
cpu & tin susu ley bolos tu.. seram wo
btw, bodo nk mampos Mamat celah kangkang nie:Q
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
patut dia letak di celahan dubur nya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:26 PM | Show all posts
macam2 taktik..
alahai sangat menjengkelkan..

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:49 PM | Show all posts
Letakler dalam lubang telinga atau hidung. tang tu susah sket nak pasan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 09:42 AM | Show all posts
terer dowww dia letak kat situuu..hebat giler..ahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059325 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list