CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14844|Reply: 29

Apa yang bergolek di atas bumbung? cerita 7

[Copy link]
Post time 3-9-2014 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Kisah ni aku pernah tumpang kat thread orang lain sebelum ni. So sekarang aku nak share lagi sekali sebab baru-baru ni terjadi lagi beberapa story.

Cerita 1 ;

Kali ni aku nak share something yang meninggalkan tanda tanya bagi aku. Sebenarnya aku masih agak blur mengenai kejadian ni. Ok pendekkan cerita macam ni ..

Ada satu malam tu aku tumpang tidur dekat rumah sepupu aku (rumah bujang). Macam biasa, kami akan bentangkan tilam kat hall dan tidur beramai-ramai. (3 orang je).

Malam tu mata aku ni rasa mengantuk gila. Belum pukul 11 malam lagi dah tersengguk-sengguk tahan ngantuk. Last terlena macam tu je. Agak dalam jam 3pagi macam tu, aku rasa macam ditindih. Mengantuk punya pasal nak buka mata pun dah tak mampu. Aku mengiring ke arah lain. Dalam nak lena balik tu, rasa macam ditindih sekali lagi.

Entah apa kepeliknya aku siap mimpi lagi. Dalam mimpi tu kononnya aku mengadu kat sepupu aku yang aku ni, tak bole tido asyik kena tindih je. Sepupu aku senyum je kat aku. Aku cakap kat dia, aku nak azan lah kuat-kuat. Rimas tak bole tido. cepat-cepat, sepupu aku cakap, jangan azan nanti "ada" yang marah!". Kononnya aku berdiri dan azan, belum habis azan, aku terus jatuh".....

Aku tersedar diri mimpi sebab sepupu aku kejutkan. Dia terkejut, dengar aku menjerit, suara "lain" kata dia..

Yang ni bukan yang jadi tanda tanya kat aku. Yang buat aku tertanya-tanya adalah,

Pada masa yang sama, sebelum aku jerit tu. Sepupu aku yang sorang lagi (kan kami bertiga) tiba-tiba terjaga dari tido dia sebab terkejut tiba-tiba ada "cahaya" berbentuk bulat dan terang sangat kat lengan dia. Dalam beberapa saat dia nampak macam ada kumpalan asap yang membentuk
seperti "lelaki" di dinding sebelah dia. Pas tu dalam 2 3 minit tu baru aku "menjerit".

Malam tu kami pasang yassin dan ruqyah sampai ke subuh. Tapi di tingkap luar rumah kedengaran seperti ada yang membaling batu berulang kali ... esok nya sepupu aku cerita dia selalu dengar ada suara yang menjerit sayup-sayup antara jam 2pagi hingga subuh.

Hmmm..

Esoknya sepupu aku ada cerita yang dia selalu dengar "jeritan" meraung sayup-sayup kedengaran dalam pukul 2pagi-subuh. Boleh dikatakan siang atau malam kedengaran bunyi di atas bumbung rumah. Sebelum ni mereka sangkakan musang. Sebab sepupu aku pernah nampak sekali. Tapi yang menjadi tanda tanya adakah bunyi musang seperti lompatan ataupun seperti ada yang bergolek-golek atas bumbung rumah?

Sampai hari ni gangguan masih berlaku. Selalunya selepas solat, sepupu aku akan baca yassin dan surah pilihan dan ditiupkan ke dalam air. Air tu direnjis-renjis keliling rumah..

Last edited by Naurah_rik on 15-9-2014 08:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 02:19 PM | Show all posts
errk..takutnya..

bab jeritan sayup2 tu la aku paling seram..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 02:51 PM | Show all posts
Cerita 2 ;

1st biar aku gambarkan suasana jalan nak ke rumah sepupu aku tu. Sebenarnya terdapat 4 jalan nak ke sana. Almaklumlah rumah kampung katakan. Banyak shortcut kita boleh redah. Aku paling suka jalan yang kena lalui sebuah kawasan perumahan. Shortcut yang bagi aku tak payah nak pusing banyak simpang. Direct je sampai. Ok, selepas keluar daripada kawasan perumahan tu, kena lalui sebuah jalan yang berbukit. Turun daripada jalan berbukit tu, sebelah kanan terdapat sebuah rumah kampung 2 tingkat yang besar. Dan bagi aku halaman depan rumah dia tu pun memang luas dan sentiasa bersih. (luasnya anggaran bole bina 5 hingga 7 buah rumah lagi) Selepas tu kena lalui sebuah titi (muat sebuah kereta) lepas straight sikit lagi baru sampai rumah sepupu aku. Kiranya lepas je kawasan perumahan tu, turun daripada kawasan berbukit tu straight je sampai la.

Setiap kali bila kena lalu depan rumah besar tu, aku suka sangat tengok keliling rumah tu. Bersih je. Dengan halamannya berumput dan kemas. Rumah kampung yang besar dan binaan yang unik memang confirm sesiapun pasti akan pandang dan memuji. Tiap kali lalu depan rumah tu hati aku teringin sangat nak tengok owner rumah tu. Kadang bila lintas je, dengar tengah basuh pinggan dan adakalanya nampak macam ada lintasan bayang orang daripada dalam.

So dipendekkan cerita, malam minggu tu (kejadian ni berlaku dalam 2 3 bulan lepas) aku cadang nak bermalam rumah sepupu aku. So lepas isyak dalam pukul 9.00pm aku pun gerak la daripada rumah aku. Masa nak kena turun jalan yang berbukit tu dari jauh aku nampak macam ada "seseorang" tengah berdiri depan rumah tu. (depan pintu pagar kecil)Time tu memang gelap. Aku cuma nampak samar-samar je. Itupun sebab bantuan daripada cahaya lampu jalan.

Time tu tak fikir apapun. Just fikir, akhirnya! Dapat jugak aku tengok owner rumah yang rajin tu. Bila dah makin hampir dengan rumah tu, aku tengok lagi. Orang tu still berdiri situ. Time ni aku nampak dengan jelas, cahaya lampu yang berdekatan + lampu motor aku. Seorang perempuan (lingkungan usia 50an) Berdiri tegak. Kaku. Berbaju biru muda (cyan). Berambut paras pinggang. Berambut ketak-ketak. Sedang berdiri dengan renungan tajam dan terjegil memandang aku. Jujur, time tu aku takla rasa seram sangat. Cuma rasa macam, eh dia marah aku lalu sini?

Tapi bila sampai rumah sepupu aku. Aku diam je. Aku tak cerita apapun dekat diaorang. Aku namakan sepupu aku Mimi dan Imah. Macam biasa, bila dah merapu, bersembang aku jadi lupa kisah tadi. Cadangnya aku nak tanya Mimi esok siang.

Bangun je tido esoknya sebelum aku balik rumah. Aku tanya la Mimi tentang perempuan yang aku nampak semalam. (mimi ni dia peramah, walaupun menyewa kawasan situ boleh dikatakan dia mesra dengan jiran-jiran berdekatan)

Cepat je Mimi pintas percakapan aku.

Mana ada sapa stay situ
Dah tu sapa yang aku nampak semalam?
Entah la.
Ok kalau takdak sapa stay sapa yang bersihkan dan jaga kawasan rumah tu?
Oh tuuuu, ada seorang pakcik yang diupah oleh anak-anak tuan rumah tu untuk jaga rumah arwah ibu mereka.
Anak dia stay mana?
Merata laa. Tapi pakcik tukang kebun tu bagi tau, diaorang nak jual rumah tu. Anggaran 3 juta. (sekali halaman depan tu)
Dah tu sapa yang aku nampak semalam? Soal aku kembali.
Entahlah. Jawab mimi.

Selang beberapa hari Mimi mesej aku.

Rupanya dia menyiasat tentang rumah tu dekat pakcik tukang kebun tu. Kata pakcik tu takdak sapa yang berani stay situ. Nak buat rumah sewa pun, orang tak tahan. Last terbiar kosong. Peralatan, perabot, semua lengkap. Semua ada. So, last anak-anak arwah upah pakcik bersihkan dan jaga rumah ni.

Siapa perempuan yang aku nampak tu? Mungkin saka arwah tu. Apa yang Mimi cakap kat aku. Pakcik tu bagi tau, arwah dulu memang berambut ketak-ketak.

....................................

Lama jugak aku tak lalu jalan tu. Seminggu 2 ni, dah mula jalan balik. Sekarang ni, bila lalu aku tengok, lampu depan tu dah terpasang. Maybe pakcik tukang kebun tu yang pasangkan.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 03:00 PM | Show all posts
zizadin posted on 3-9-2014 02:19 PM
errk..takutnya..

bab jeritan sayup2 tu la aku paling seram..

tu la. 1st dengar tu ingatkan perasaan aku je. (time tu dah beberapa hari dari kejadian ni) Tapi makin lama makin menjadi. Dengar bukan setempat. Seolah-olah sekejap sini, kejap sana. Sekarang ni dah selalu baca kisah-kisah kat thread ni. Aku terkesan dengan 1 ayat.
  1. Kalau bunyi dekat, dia jauh.
  2. Kalau bunyi jauh dia dekat.
Copy the Code
Time tu aku dengar bunyi sayup-sayup. Apakah???
Last edited by Naurah_rik on 3-9-2014 03:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 03:07 PM | Show all posts
salam,
wah aku jadi org pertama yg komen dlm hang punye 2nd story.anyway perceritaan yg sgt mudah difahami..keep it up
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 03:15 PM | Show all posts
inai_Djari posted on 3-9-2014 03:07 PM
salam,
wah aku jadi org pertama yg komen dlm hang punye 2nd story.anyway perceritaan yg sgt mudah d ...

hahaha.. maceh-maceh. apapun hadiah nya hanyalah seikhlas hati ucapan terimalah kasih sudi baca kisah yang tak seberapa ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 04:26 PM | Show all posts
yeah...ada cita lg x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 05:19 PM | Show all posts
dondangdendang posted on 3-9-2014 04:26 PM
yeah...ada cita lg x?

ada .. esok saya update ye. nak balik dah ni. hikhik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
best,next story jgn lupa ea
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 01:55 AM | Show all posts
menarik
sila sambung
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Klo TT blh tgkp gmbr rmh tu ke. 3juta tu. Nk gk tfok cmne design nye. Hehe. Klo x mnyusahkan TT le...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 08:51 AM | Show all posts
berani nye TT g umah kazen TT tu mlm2..naik motor pulak tu..laluan nk g umah kazen tu pn mcm scary dh dgrnye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2014 09:22 AM | Show all posts
mr_cool5885 posted on 4-9-2014 02:00 AM
Klo TT blh tgkp gmbr rmh tu ke. 3juta tu. Nk gk tfok cmne design nye. Hehe. Klo x mnyusahkan TT le.. ...

insyaAllah kalau ada kesempatan nanti saya tangkap. sebab kebiasaannya lalu sebelah malam. Rasanya rm3juta termasuk laman hadapan rumah tu. actually harga tu kira ok la. sebab tanah  tu memang luas gila. kampung tu pulak boleh dikatakan tengah-tengah pekan jugak.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=827442

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2014 09:42 AM | Show all posts
cerita 3 ;

Kisah ni bukan dialami oleh aku. Tapi dilalui oleh Mimi. Korang mesti pelik kan kenapa aku jarang cerita pasal Imah? Sebenarnya si Imah ni jiwa dia kental. Bagi aku la. Jenis jiwa kering. Kadang aku pun pelik.

Cerita Mimi, pertama kali diaorang stay situ bila tiba waktu malam je mesti akan dengar macam ada benda di atas bumbung. Bising dan mengganggu tidur diaorang. Macam yang pernah aku cakap dulu, mereka sangkakan bunyi bising tu angkara musang. So diaorang ignore je la.

Tahu tak kenapa diaorang cakap musang? si Imah tu la dia tak puas hati, time tido je bunyi atas bumbung tu. So 1 malam tu, dia sendiri keluar dan tengok apa yang ganggu tu. Waktu tu dia ternampak musang berlari (rumah sewa tu jenis berderet - so bumbung ofcoz la jenis memanjang) .................

Tapi dari malam ke malam mulalah timbul tanda tanya. Adakah musang akan datang setiap malam? sebab tak pernah miss sekalipun daripada dengar bunyi bising atas bumbung tu. Yang menambah kepelikkan lagi. Pernah 1 malam tu, time diaorang tengah tido. Mulanya bunyi seperti ada benda bergolek. (dari dapur dan ke hall) Oh ya lupa nak mention. Rumah sewa diaorang tu kecik ja. Ada 1 bilik ja, dapur, dan hall yang kecik dan toilet tu pun sewa bukan kemain haaaaa. (sorry terkeluar tajuk, ok sambung..)

Bila dengar bunyi bergolek tu, sekejap ke dapur bergolek ke hall, time tu kata Mimi dia dah rasa semacam. Yelah takkan musang bergolek kan? Lagipun bunyi golekkan tu kuat. Dan jika benar musang, takkanlah bunyi kuat macam tu.

Pernah jugak 1 malam tu, tengah diaorang sedang sedapppp tidur, tiba-tiba bunyi seperti ada benda jatuh atas bumbung diaorang tu. Kuat gila. Dan jika benar lah musang takkan la musang nak lompat kuat macam tu. Lagipun, bumbung rumah sewa diaorang jenis memanjang dan mendatar (bercantum dari rumah ke rumah) takdaknya lah bumbung tu tinggi rendah.

Ini antara spekulasi aku dengan mimi. Imah? Always cakap dan berpendapat yang bunyi tu adalah musang!

Ini antara permulaan, sehinggalah akhirnya Imah mengaku ada "something" ............

Bersambung. Jap g aku update. Aku nak siapkan artwork dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 11:01 AM | Show all posts
best2.. sambung cepat yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 09:55 PM | Show all posts
halamak mane sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in...tgu sambungan ....i
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 09:05 AM | Show all posts
cerita 4 ;

Kisah ni jugak bukan aku alami. Ini adalalah daripada apa yang Mimi dan Imah ceritakan. Maaf ye, mesti korang ingat apalah aku ni. Asyik cerita tentang pengalaman orang je. Seperti yang sedia maklum, kadang-kadang je aku lepak sana. Itupun kalau hari cuti. Next story, aku cerita tentang pengalaman aku pulak. Izinkan aku cerita setiap kisah step by step. (mengikut masa kejadian)

Ada 1 hari tu aku pergi rumah sepupu aku ni. (waktu siang) So, sampai-sampai je nampak muka aku. Imah laju je datang kat aku.

Wei naurah aku dah dengar bunyi jeritan tu
Bunyi macam mana; soal aku
Bunyi macam merintih sedih sayup-sayup

haaaaa baru tau! Masa aku cerita hang tak percaya!

So, kata Imah time tu dalam pukul 3pagi cam tu la dia terjaga daripada tidur. Tiba-tiba dia terdengar suara jeritan tu. Mulanya dia ingat mainan perasaan je. So dia decided kejutkan Mimi. Bila pandang ke sisi, dia tengok Mimi memang tak lena. Malam tu, diaorang memang sama-sama dengar bunyi tu. Kata Mimi, (yang kebiasaan dengar) malam tu, bunyi jeritan tu "lain" dan agak scary daripada hari-hari biasa.

Bila Imah pergi mandi, Mimi sempat bisik kat aku. Malam tu sebenarnya dia memang tak bole lena. Dalam pukul 1 pagi (anggaran sahaja) dia terjaga apabila dia rasa macam ada something sedang berjalan dihujung kepala dia. Bila dia dongak, dan pusing untuk lihat apa yang berjalan. Serta merta terhenti. Dan setiap kali dia pejamkan mata dan hampir terlena, pasti keadaan yang sama berulang. Perkara ni Mimi tak ceritakan pada Imah. Sebab kami tau, Imah seperti selalu dia takkan percaya. Kecuali kalau dia yang alami sendiri.

Mengenai Mimi ni, aku rasa dia ni macam ada something jugak..... Sebab dia pernah cerita tentang nenek sebelah Mak dia yang tiba-tiba pandai berubat bila mata nenek dia buta. (Ayah dia bapak saudara aku)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 09:11 AM | Show all posts
reza_hard posted on 4-9-2014 09:55 PM
halamak mane sambungan

hikhik.. setiap kali kalau ada sambungan saya akan edit dekat tajuk tu ye. cth cerita 4 , cerita 5 dan seterusnya. Btw, thanks ye sudi baca kisah saya yang tak seberapa ni.

Apa yang bergolek di atas bumb ... ›

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 09:39 AM | Show all posts
cerita 5 ;

Mengenai arwah nenek mimi.

1st biar aku ceritakan why watak Mimi ni banyak aku "sebut" dalam cerita aku kali ni. Mimi ni, (antara kami bertiga) dia agak "warak".. alhamdulilah selama aku kenal dia tak pernah dia miss solat kecuali kalau bendera jepun. Bila ada gangguan macam ni, lagilah kuat dia ibadah. Terutama setiap kali lepas solat maghrib dia akan mengaji or baca yassin. Sebab tu kot, dia je yang kerap dengar itu ini.

Malam yang aku mimpi tu pun sepupu "yang larang aku azan" tu pun adalah Mimi. Orang yang nampak lembaga hitam pada masa yang sama aku mimpi tu pun adalah Mimi. Kalau korang ada jawapan sebab kenapa Mimi yang akan hadir setiap kali aku "mimpi"; tolonglah jawab ye.

...................................................

Mimi pernah bercerita, yang arwah nenek dia dulu buta. Actually buta waktu usia hampir 60tahun. Tapi yang pelik tu, lepas beberapa tahun tu tiba-tiba arwah nenek dia pandai berubat kampung. Contoh kalau kena sihir ke, kena penyakit pelik-pelik ke. Cara rawatan arwah nenek Mimi adalah setiap pesakit perlu sediakan buyung, dan beberapa bahan lagi. (aku dah lupa) Dan pesakit perlu datang keesokkan harinya untuk dapatkan "ubat" mereka.



Kata Mimi, arwah nenek dia hanya perlu sediakan bahan tu dan masukkan kedalam setiap buyung dan dibiarkan semalaman di bawah pokok dihalaman rumah diaorang. (kan biasanya akan ada tempat rehat dibawah pokok) Nanti akan ada yang datang dan sediakan bahan-bahan tu.



(gambar contoh SAHAJA)

Time kecil dulu Mimi cakap dia teringin sangat nak tengok siapa yang datang dan campurkan semua bahan-bahan tadi. So, malam yang arwah nenek dia biarkan buyung tu dibawah pokok dia akan tunggu tengok. Dia akan terhendap-hendap di balik dinding. Dan setiap kali, macam biasa dia TAK PERNAH BERJAYA untuk tengok siapa yang ubatkan. Pasti dia akan terlena dan keesokkan paginya dia cuma nampak bahan-bahan tadi dah tersedia sempurna.

Dan usaha untuk tengok siapa yang ubatkan tu tak pernah berjaya sehinggalah arwah nenek dia meninggal dunia. Siapa yang ubatkan tu kekal misteri hingga ke hari ni. Arwah nenek dia dulu nak meninggal pun taklah jadi perkara pelik-pelik. (seperti kebiasaan kalau ada yang menuntut). Nenek dia meninggal sebab sakit tua. Yang aku ingat-ingat lupa, arwah nenek Mimi tu baik sangat. Selalu tersenyum.

Kata Mimi, jika "orang tu" datang kat dia dan bantu dia ubatkan orang macam arwah nenek dia dulu dia pun nak jugak. Jika begitu, hang kena la buta dulu; bidas aku.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 1.785700 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list