CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

RAHSIA DIARI MERAH oleh penerbit KARNADYA X

[Copy link]
 Author| Post time 6-9-2014 11:18 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:21 PM

Puan Rohana yang sudah ke dapur tadi berlari ke ruang tamu semula. Gadis itu sudah pengsan di atas lantai. Dia segera menghampiri gadis itu dan bersama Adam mengangkatnya ke bilik tetamu. Gadis itu dibaringkan atas katil.

"Adam, ambilkan ibu air." Puan Rohana pandang pada Adam yang masih berada di sebelah katil.

Adam segera ke ruang dapur semula dan mengambil segelas air, terus saja dia ke bilik itu semula. Gelas air itu dihulur kepada ibunya. Puan Rohana menyapu muka gadis itu dengan air tadi perlahan-lahan. Encik Ahmad turut sama  berada di situ.

"Err..boleh tak keluar? Saya nak buka tudung budak ni.." Puan Rohana pandang kepada Adam dan suaminya sambil tersenyum.

Adam dan ayahnya tersenyum sambil berlalu keluar dari bilik itu.



DI RUANG TAMU, Adam dan ayahnya masih menunggu di situ. Gadis tadi masih tidak sedarkan diri. Seketika kemudian, Puan Rohana mula menapak ke arah ruang tamu semula.

"Ibu..macam mana dengan dia?" Adam lantas saja bertanya.

"Masih tak sedar lagi. Nampak sangat dia lemah. Err..apa sebenarnya berlaku?" Puan Rohana pandang pula pada Adam yang sudah mengangguk-angguk.

"Entahlah ibu..masa saya makan di restoran pagi tadi, perempuan tu terlanggar meja tempat saya makan. Dia macam dikejar seseorang. Yang peliknya, dia beri diari pada saya dan terus lari dari situ." Adam menjelaskan perkara sebenar, apa yang telah berlaku.

"Hmm...macam ada yang tak kena.." Encik Ahmad pula bersuara. Sejak tadi dia berfikir tentang itu.

"Entah-entah dia lari dari rumah tak?" Puan Rohana pula meneka.

"Mungkin juga...tapi kenapa dia dikejar lelaki tu? Macam..ada sesuatu yang diingini lelaki tu dari perempuan tu." Adam pula meneka.

"Hmm..macam nilah. Biarkan dulu dia berehat di sini. Mungkin dia selamat kat sini buat sementara. Lepas dia sihat nanti, kita boleh tanya dia." Puan Rohana senyum.

Encik Ahmad turut mengangguk, mengiakan kata-kata isterinya.

"Oh ya..lupa pula." Adam capai sejambak bunga ros putih atas meja sofa yang diletak tadi dan dihulur kepada ibunya.

"Hmm..ni yang ibu sayang sangat kat Adam ni. Nak harapkan orang itu beri..haraammm.." Puan Rohana cium seketika ros putih dan menjeling manja pada suaminya.

Encik Ahmad senyum pada Adam dan beralih pandang pada isterinya." Awak bukan tak tahu...hadiah tu ada makna tu.."

Adam sengih.

"Oh..jadi ni nak tutup mulut ibu la ni ya?"

Adam sengih lagi semakin lebar.

"Ibu tak kira. Ibu tak akan jemu tanya hal kahwin tu. Mana calon yang ibu suruh cari tu?" Puan Rohana mengasak soalan sekali lagi pada Adam. Adam dilihat sudah tersenyum kelat di depannya.

"Awak ni pun..awak ingat cari calon isteri tu macam cari anak ayam ke?" Encik Ahmad menggeleng sambil tersengih melihat isterinya yang suka mendesak anak bujang mereka.

"Bukanlah macam tu bang..dia seorang je anak kita. Kita ni bukannya makin muda. Nak juga saya tengok Adam ni nikah dan dapat anak. Abang tak nak tengok cucu ke?" Puan Rohana mencebik.

Adam hanya mampu senyum bila diaju soalan seperti itu. Soalan keramat yang selalu dilontarkan oleh ibunya setiap kali dia bertandang ke situ. Kalau dulu semasa dia tinggal sebumbung dengan orang tuanya, setiap hari itulah telinganya menadah soalan-soalan yang sukar untuknya menjawab. Dah memang sikap orang tua begitu. Kalau tidak membebel, tidak sah!

"Ibu..saya bukan tak nak nikah. Calon pun tak jumpa lagi. Bukan memilih tapi saya ni kan sibuk dengan kerja. Nanti, kalau saya jumpa, saya akan kenalkan dengan ibu.." Adam menutur lembut. Dia faham hati orang tua itu. Ibu mana yang tidak risau bila melihat anak mereka tidak serius soal nikah.

"Dah..abang pun dah lapar ni. Err..pergi tengok budak tu kejap. Kalau dia dah sedar, boleh kita makan sama-sama." Encik Ahmad menyuruh isterinya melihat gadis yang pengsan tadi dalam bilik.

"Baiklah bang..nanti kalau dia dah sedar, boleh tak tunggu sekejap. Saya nak bersihkan budak tu dulu..comot sangat. Agaknya dah lama tak mandi la tu.." Puan Rohana sengih.

Adam dan ayahnya turut senyum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2014 12:14 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:22 PM

DUA JAM berlalu. Adam dan ayahnya sudah siap berjemaah solat zuhur sementara menunggu gadis itu bersiap. Mereka berdua menunggu semula di sofa di ruang tamu. Encik Ahmad asyik menatap suratkhabar. Adam pula menonton tv, dari satu siaran ke satu siaran namun tidak satupun rancangan di kaca tv itu menarik minatnya. Sejak di bangku sekolah lagi, dia tidak begitu gemar menonton apa lagi bermain 'game' seperti budak-budak lelaki lain. Sikap itu terbawa-bawa sehingga sekarang.

Adam jeling ayahnya yang dari tadi asyik menatap halaman yang sama pada suratkhabar bahasa Inggeris itu. Dia senyum. Entah-entah sudah terlelap. Dia kalih lagi siaran tv.

"Hindustan la pulak.." Adam senyum sendiri. Layanlah juga cerita Bollywood itu dengan heronya Shah Rukh Khan dan heroinnya Kajol.

Dia senyum sendiri bila melihat gelagat hero dan heroin yang cukup romantik. Agaknya, kalau adalah di dunia nyata ini kisah seperti Kuch Kuch Hota Hai itu, berbunga hati setaman dan hidup sentiasa ceria dengan cinta.

"Hmm...siapa agaknya lelaki yang ditunggu Kinah tu?" Terpacul pula nama Sakinah dari mulut Adam. Fikirannya melayang pada gadis yang baru ditemui pagi tadi. Memang tidak disangka, gadis itu masih mengenalinya.

"Dah siap!" Puan Rohana kembali ke ruang tamu bersama gadis tadi.

"Adam! Ibu dah siap ni. Jom makan!" Puan Rohana tinggikan sedikit suaranya bila melihat anak bujangnya sudah mengelamun sambil mata tidak lekang dari kaca tv. Dia turut intai cerita apa yang membuatkan Adam khayal sampai begitu sekali.

"Oh..patutlah..hindustan rupanya." Puan Rohana menapak dekat dengan Adam dan menepuk bahu anak bujangnya.

"Ibu.." Adam sengih. Tersedar dia dari lamunan. Dia betulkan duduknya.

"Tu la..ibu suruh nikah, banyaklah alasannya. Nih, berkhayal pulak tengok cerita hindustan ni. Haa..ni mesti dah ada istimewa ni.." Usik Puan Rohana. Wajah Adam sudah merona merah.

Adam sengih lagi.

"Abang..jom makan." Puan Rohana ajak pula suaminya yang sedang leka menatap suratkhabar. Dikejutnya bahu suaminya yang sudah terlelap.

Adam pula mula bangun dari sofa. Dia menoleh ke arah gadis tadi yang masih tercegat berdiri di tepi sofa. Terpegun seketika. Gadis itu sudah berubah tiga ratur enam puluh darjah. Wajah comot dan kusam tadi kini sudah putih bersih dan terserlah kecantikan gadis itu.Ternganga Adam di situ.

"Ehem!" Puan Rohana berdehem kecil.

"Erk.." Adam tersedar. Cepat-cepat dia menapak ke ruang dapur.

Puan Rohana dan suaminya bersama gadis itu juga melangkah ke ruang dapur. Nasi dan lauk pauk sudah lama terhidang di situ. Mereka berempat mula menikmati hidangan tengahari bersama. Gadis itu masih diam tanpa bicara. Nasi dikunyah dengan penuh selera sehingga lupa pada lauk. Puan Rohana menggeleng melihat gadis itu yang begitu lapar lagaknya sehingga lupa pada lauk di depan. Dia cedok lauk ayam masak merah ke dalam pinggan nasi gadis itu bersama sayur kangkung goreng.

Adam pula masih melihat pada gadis itu yang nampak kebulur. Mungkin dia sudah berhari-hari tidak menjamah nasi. Wajah gadis itu diamati lagi.

"Ehem!" Puan Rohana  sekali lagi berdehem kecil. Dia perasan sejak tadi Adam asyik melihat gadis itu yang tidak sedikitpun mengangkat mukanya. Sudah dua kali nasinya bertambah.

Adam terus berpaling pada ibunya. Dia sengih. Nasi dalam pinggannya dihabiskan.

"Lepas ni kita bersembang ya.." Usik Puan Rohana pada Adam. Dia jeling suaminya yang turut tersenyum melihat gelagat Adam.

Usai makan, mereka sekeluarga berkumpul semula di ruang tamu.


Last edited by Ipo on 6-9-2014 12:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 12:50 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:23 PM

USAI menjamu selera tengahari tadi, mereka berkumpul semula di ruang tamu. Puan Rohana  menghidangkan pula juadah ringan. Dia melabuhkan punggung sebelah gadis itu yang sudah tertunduk di situ. Gadis itu masih diam membisu.

Puan Rohana pegang lembut tangan gadis itu dan mengukir senyum. Lama dia melihat wajah manis gadis itu yang kini sudah jelas terserlah. Baju kurung berona hijau pucuk pisang yang tersarung di tubuh gadis itu cukup cantik dan padan dengan tudung lilit di kepala yang bercorak bunga halus. Tadi semasa dia menunggu gadis itu mandi, dia sempat melihat kandungan dalam beg sandang lusuh milik gadis itu. Dua helai baju kurung dan sepasang telekung bersama sebuah buku nota kecil di dalam beg itu.

"Hawa..makanlah.." Puan Rohana hulur agar-agar yang sempat dimasak tadi.

Hawa mengambil sepotong agar-agar dan mengunyah perlahan. Dia masih tunduk.

Adam mendongak. Hawa??

"Hmm...jadi nama anak ni..Hawa?" Encik Ahmad pula bersuara. Dia jeling Adam.

Hawa hanya mengangguk.

Puan Rohana turut senyum mendengar pertanyaan suaminya tadi. Matanya beralih pada Adam.

"Eloklah tu bang..sorang Adam..sorang Hawa.." Sempat Puan Rohana memgusik kedua anak muda itu.

"Ibu ni..nama jelah. Err...Hawa, boleh beritahu kami apa yang berlaku sebenarnya?" Adam pandang pula gadis itu yang asyik tunduk dari tadi.

Puan Rohana dan Encik Ahmad turut mengalih pandang pada Hawa yang ternyata dari tadi tidak banyak bercakap.

Hawa melepaskan helaan nafas seketika. Dia kemudian mendongak melihat wajah-wajah di depannya yang masing-masing tidak berkelip memandangnya. Diamati wajah mereka satu persatu. Otaknya masih berfikir apakah dia harus berterus terang atau berdiam diri atau terus saja bawa diri dari rumah itu. Matanya jatuh pada Adam, lelaki yang hanya dikenali pagi tadi dengan tidak sengaja. Wajah Adam ditatap lama. Kacak, baik dan berbudi pekerti.Jelas dia melihat perlakuan Adam yang menghormati kedua orang tuanya. Sungguh bertuah Puan Rohana  dan Encik Ahmad memiliki anak sebaik Adam. Tidak seperti keluarganya yang membuat hal masing-masing dan akhirnya begini kehidupannya sekarang ini. Menjadi pelarian!

"Maaf..saya dah banyak menyusahkan keluarga ni. Terima kasih kerana beri saya makan tadi. Memang saya dah berhari-hari tidak menjamah makanan." Air mata menitis ke pipi Hawa. Dia mengesat perlahan.

Hawa pandang lagi keluarga Adam. Mereka masih memandang dan menanti cerita darinya.

"Saya tiada tempat tinggal. Saya sebatang kara...saya.." Hawa tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia sudah sebak. Titis jernih yang jatuh ke pipi disapu dengan hujung jari.

Puan Rohana mula peluk Hawa, menenangkan gadis itu yang sudah menangis sebak. Dia faham perasaan gadis itu yang begitu sarat dengan penderitaan.

Adam dan ayahnya turut sebak melihat gadis itu yang tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Telefon bimbit Adam mula berdering. Dia menjawab panggilan itu dan menapak ke anjung rumah.

"Hawa..kalau senang nanti, Hawa ceritalah. Sekarang ni..berehatlah dulu. Makcik pun tak ada anak perempuan. Hawa tinggallah di sini. Makcik dan pakcik terima Hawa dengan senang hati." Pujuk Puan Rohana. Bahu Hawa diusap perlahan.

"Ya Hawa..senang nanti ceritalah pada kami.." Encik Ahmad turut mengiakan kata-kata isterinya.

Adam kembali semula ke sofa. "Ayah..ibu..saya kena beransur dulu. Ada hal penting. Nanti saya datang lagi ya.."

Adam segera mencium tangan ibu dan ayahnya sebelum menapak keluar dari situ. Sempat dia melihat Hawa yang turut memandang ke arahnya. Ada riak mengharap dari gadis itu. Dia perlu juga tahu apa yang sebenarnya sudah berlaku pada gadis itu. Sekarang ini dia perlu berjumpa seseorang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 01:06 PM | Show all posts
hai lahhhh... lepas kau bukan adam ku bukan adam mu.. ada adam dan hawa pulok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 03:12 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 6-9-2014 01:06 PM
hai lahhhh... lepas kau bukan adam ku bukan adam mu.. ada adam dan hawa pulok?

tak dok nama lain doh..

kang letak tajuk ADAM DAN HAWA kang...sama lah pulak novel yg glamor tuh

*suka ekceli nama Adam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 03:15 PM | Show all posts
pen_biru posted on 5-9-2014 09:22 PM
hehe.. ada cerita baru

citer baru yang main tibai jek pen_biru

kalau ada part pelik tu..pejam mata je la ya..

* dah namanya pun menulis time terluang bila tak ada mood buat report



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2014 03:18 PM | Show all posts
harithzakuan posted on 6-9-2014 10:41 AM
Ipo!!!!weyh jgn lama2 sgt..penasaran uolls menanti sambungannya...

dah sambung harithzakuan..

tapi ikut masa ipo la yer..

tak dak idea lagi nih..

pi melawat rumah lain dulu no..banyak citer menarik tuh..JERLUN pun ada tuh..@skalar

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 04:37 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:24 PM

BAB 3



ADAM menapak ke sebuah restoran sebagaimana yang dijanjikan tadi. Lelaki yang ditunggu masih belum kelihatan. Dia pesan minuman sementara menunggu di situ. Puas menunggu, Adam melayari laman sosial terkenal facebook. Teringat kata-kata Fuad tadi tentang Kamil yang masih berhubung dengan Sakinah. Nama Kamil cuba dicari.

"Hmm..betullah. Jadi, Sakinah ni guna nama samaran la." Adam senyum.

Adam buka pula facebook milik Sakinah dengan nama samaran gadis itu. Dia senyum lagi. Memang akaun itu milik Sakinah. Banyak status gadis itu yang memberi nasihat dari segi hadis dan ayat Quran. Gambar profil pula hanya diletakkan sekuntum bunga daisi putih. Patutlah nama samaran di situ juga Daisi.

"Memang cantik..patutlah Fuad beria nak tackle Kinah.." Adam tatap lagi foto Sakinah yang dimuatnaikkan di laman itu. Tidak banyak. Hanya beberapa keping gambar saja.

Ralit Adam melayari laman sosial itu. Apa jua status berkenaan Sakinah dibaca satu persatu. Matanya tertancap pada satu status yang cukup membuatnya tergamam.

'Aku masih menunggumu...'

"Siapa agaknya ya?" Berkerut dahi Adam memikirkan status itu yang juga turut diungkapkan semasa dia dan Sakinah bertemu di restoran pagi tadi.

"Adam, dah lama tunggu?"

Adam mendongak. Tak sedar dia begitu ralit menatap facebook tadi, kawan yang ditunggu sudah tercongok di depannya.

"Tak juga..duduklah. Nak minum apa?" Adam panggil pelayan restoran sekali lagi.

"Hmm..macam mana siasatan kau tu? Dah dapat klu?" Terus saja Razak bertanya pada Adam.

"Belum lagi. Kes ni rumit bagi aku. Aku pelik. Kesan darah dalam rumah tu macam masih baru. Aku syak ada sesuatu yang tidak kena. Daripada apa yang aku baca di keratan akhbar pasal kejadian misteri tu, aku rasa mereka sekeluarga bukan mati mengejut sebagaimana yang dilaporkan dalam laporan polis dan oleh pihak hospital. Aku rasa benda ni melibatkan benda mistik atau..sihir..entah. Masa aku jejak kaki ke rumah tu pagi tadi untuk ambil gambar, aku rasa semacam. Aku nampak kelibat hitam tiba-tiba melintas. Entahlah..mungkin perasaan aku je kut." Adam jongket bahu.

"Sebab tulah aku nak kau siasat pasal ni. Masa aku handle kes ni dulu, aku sendiri lihat seorang demi seorang dari ahli keluarga rumah banglo putih itu meninggal dengan cara pelik. Tiba-tiba sakit, badan jadi kurus kering, tak boleh tidur malam dan lumpuh. Lepas tu tak sampai tiga bulan sakit, terus meninggal. Laporan dari pihak hospital juga tidak dapat mengesan penyakit apa. Menurut doktor, semua simpton yang aku sebut tadi tu adalah simpton bagi penyakit kanser. Masalahnya tak ada kesimpulan dari doktor sendiri, kanser apa yang menyerang keluarga tu." Panjang lebar Razak menjelaskan pada Adam.

Adam mengangguk-angguk. Razak, seorang pegawai polis yang juga pandai dalam hal benda-benda mistik ini adalah kawan satu kampusnya dulu. Masa di kampus dulu, mereka berdua bersama seorang lagi kawan, sering juga mengikuti kes seperti itu bila terdapat pelajar Malaysia diserang histeria. Bermula dari situlah, mereka bertiga mengambil keputusan untuk belajar ilmu perubatan tradisional dan kebetulan pula Razak sekarang ini sudah memilih kerjaya polis dan sudah bergelar Detektif Razak, mengendalikan kes jenayah berat. Setakat ini, tiada lagi kes melibatkan kes paranormal seperti ini. Dulu dia banyak membantu menyiasat kes pembunuhan nyata, tembak, tetak, tikam dan bukan mistik.

"Berapa orang semua ahli keluarga tu?" Adam pandang Razak yang mula meneguk jus lemon yang sudah dibawa pelayan tadi.

"Apa yang aku tahu, semuanya ada lima orang. Pasangan suami isteri tu ada tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki. Lelaki tu yang bongsu." Terang Razak lagi. Itu yang dia tahu semasa mengendalikan kes itu dulu yang diketuai oleh  Detektif Zamri. Kes itu terpaksa ditutup setelah lima tahun disiasat. Tiada saksi dan tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan.

"Kau ada lagi tak foto famili tu?" Adam turut meneguk nescafe ais yang dipesan tadi.

"Ada tapi tak semua ahli famili tu ada dalam foto tu."

Adam diam seketika. Dia masih berfikir tentang hal itu. Masa dia pergi ke banglo putih itu pagi tadi, tiada satu pun foto yang ada di dalam rumah itu. Album famili juga tidak ada. Apatah lagi foto yang digantung di dinding.

"Hmm..boleh tak kau dapatkan foto tu? "

Razak mengangguk. " Adam..ayah kau tahu ke kau buat kerja part time tu?"

Adam menoleh ke arah Razak yang sudah tersengih. "Tak tahu..aku jadi PI ni pun secara senyap-senyap. Bayangkan aku kena handle dua perkara. Jadi arkitek dan PI sekali gus."

"Kalau ayah kau dapat tahu kau sebenarnya PI dan jawatan arkitek tu adalah untuk cover kerja kau saja..agak-agak dia akan marah tak?" Razak sengih.

"Entahlah..aku lega sebab ayah aku tak syak apa-apa lagi. Selagi aku masih jadi arkitek, aku akan teruskan kerjaya tu. Susah payah aku belajar.." Adam turut senyum. Kadang-kadang rasa bersalah pada orang tuanya.

Razak sengih lagi. Bukan senang hendak melakukan dua perkara dalam satu masa.

"Oklah..aku pun nak kena balik ni. Aku ada hal penting. Kau ada terima apa-apa laporan tak tentang kehilangan gadis ke?" Adam sempat bertanya pada Razak tentang kes Hawa.

"Tak ada pulak..kenapa?"

"Nanti aku cerita kat kau..benda ni masih samar lagi. Aku chow dulu.."Adam mula bangun.

Mereka berdua mula berpecah menuju ke destinasi masing-masing.
Last edited by Ipo on 6-9-2014 06:25 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2014 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiyaiiii... tak abih lagi sehari dorg neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 06:25 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 6-9-2014 04:49 PM
Adoiyaiiii... tak abih lagi sehari dorg neh

banyak kejadian tak diduga berlaku tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 07:09 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:25 PM

PULANG dari berjumpa Razak tadi, Adam terus saja ke rumah bujangnya yang terletak tidak jauh dari rumah orang tuanya. Dia pandang jam. Waktu asar sudah lama masuk. Dia segera menunaikan suruhan wajib sebelum menyambung melihat foto yang sempat dirakam semasa di rumah banglo itu.
Foto-foto itu dimasukkan dalam satu fail dan diteliti setiap inci rumah itu. Apa-apa yang penting semuanya dicatatkan dalam sebuah buku nota yang dikhususkan untuk penyiasatan. Leka Adam menelaah semua foto itu dan segala catatan dikemas kini bagi mencari klu. Maklumat itu perlu diserahkan pada Razak dan juga pada lelaki yang memyerahkan sampul dan duit kepadanya dulu.

"Siapa pula pakcik tu ?" Adam mengetuk pen ke kepalanya sambil berfikir. Dia hanya ada nombor telefon saja. Itupun setiap kali dia cuba menghubungi lelaki itu, tidak pernah berjawab atau di luar kawasan. Tiada signal!

Adam meneruskan meneliti satu persatu keadaan di dalam rumah itu melalui foto sudah dirakam itu. Dia teringat pula pada diari merah gadis itu. Laci meja dibuka kunci dan diari itu diletakkan atas meja. Perlahan dia buka di halaman yang sudah ditanda sebelum keluar tadi. Sekali lagi catatan dalam diari itu dibaca.

'April 12, 2003
Hari ini aku sedih..rumah yang sepatutnya ceria dan cerah kini sudah suram dan kelam. Pemergian ayah yang aku sayang ke hadratNya cukup membuatkan aku terpana. Pemergian ayah ke rahmatullah sungguh aku redha tapi aku tak dapat terima cara kematiannya. Apa salah ayah aku sehingga dihukum sebegitu sekali?
Hari ini..aku akan kenang selamanya. Aku tahu kematian ayah aku bukan kematian biasa. Aku akan cari siapa punya angkara!! Aku tak akan berdiam diri. Aku ingin tuntut bela!!'


Adam berhenti seketika. Catatan itu dibaca berulangkali. Setiap ayat yang ditulis di halaman itu dibaca penuh teliti.

"Bukan kematian biasa?" Adam semakin ingin tahu.

Fikirannya mula menular pada kisah kematian misteri sebuah keluarga di rumah banglo putih itu. Apakah catatan dalam diari merah itu ada kaitan dengan misteri kematian seluruh famili itu??

Azan maghrib mula berkumandang. Adam tutup diari merah dan mula mengemas. Malam ini dia sudah berniat untuk berjemaah di masjid sampai waktu isyak. Malam ini dia perlu menelaah lagi foto-foto itu dan juga menyiapkan sedikit plan rumah yang tak sempat disiapkan semalam.
Last edited by Ipo on 6-9-2014 08:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
panjang entry dr Ipo... sukanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 09:29 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:26 PM

ADAM berehat di ruang tamu rumahnya. Terasa penuh perutnya dengan juadah yang disediakan di masjid tadi. Dia sandar kepalanya di sofa seketika. Mata menala ke siling. Apa yang berlaku pada Hawa dan kematian misteri satu keluarga itu cuba dikaitkan. Dari catatan yang dibaca tadi seperti ada kaitan antara keduanya.

"Hmm..mungkin aku kena tanya Hawa tentang diari tu. Minggu ni aku sibuk sikit.." Adam pandang kalendar kecil di atas meja sofa. Memang bermula esok, dia sibuk dengan melukis pelan bangunan untuk projek baharu di Hulu Selangor. Kebetulan projek itu dekat dengan kawasan rumah banglo putih itu. Mudahlah baginya untuk menyiasat kes itu nanti.

Adam menapak ke ruang dapur mengambil segelas air. Air kosong itu ditogok sampai habis. Lampu di ruang tamu ditutup dan hanya lampu di dapur sahaja dibiarkan bernyala. Dia kemudian menapak ke bilik semula, menyambung semula kerjanya termasuk kerja pejabat yang terpaksa dibawa ke rumah. Penat tak usah cerita. Terpaksa dia hadapi juga. Itu adalah kehendaknya sendiri.

Bosan melihat foto-foto itu, Adam buka pula laman sosial yang terkenal itu. Dia mula buka akaun baru sebagai Kumbang. Terus saja Adam buka profil Sakinah dan klik di bahagian 'add friends'.

"Aku harap dia terima aku jadi kawan alam maya dia.." Adam senyum sendiri. Facebook yang sedia ada bukan namanya yang sebenar juga tetapi banyak foto zaman kampus dulu dimuatnaik ke situ. Tentu Sakinah akan tahu siapa pemilik akaun itu nanti.

Adam meneruskan kerjanya sehingga terlelap di depan komputer.



Last edited by Ipo on 6-9-2014 10:27 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 10:26 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:27 PM

BAB 4


HARI-HARI yang dilalui dirasakan terlalu cepat. Terasa tidak pernah cukup masa. Terkejar-kejar Adam menyiapkan projek pelan bangunannya yang akan dibawa ke mesyuarat nanti. Sebelah malam pula sibuk dengan siasatan kes rumah banglo putih itu sehingga terlupa untuk mengikuti catatan yang ada dalam diari merah itu.

"Adam..sibuk aku tengok kau akhir-akhir ni.." Zizan menegur Adam yang leka melukis pelan.

Adam menoleh. Dia senyum. " Ya lah..sampai aku rasa tak cukup tangan ni. Projek kau macam mana?"

"Aku dah nak habis dah.."

"Aku ada sikit lagi ni..nak siapkan pelan atur dan rekabentuk ciri-ciri senibina luar bangunan ni. Esok, pagi lagi aku kena pergi site visit. Tengok tapak projek. Aku kena bincang dengan beberapa kontraktor pasal spesifikasi untuk pemasangan elektrik, air." Adam sandar di kerusi. Lehernya diurut seketika. Terasa lenguh dari tadi dia asyik mengadap kertas pelan itu.

Zizan angguk-angguk. " Ni, bila kau nak nikah?"

Adam jeling seketika. Dia faham riak Zizan yang sebaya dengannya dan kini sudah pun mempunyai dua orang anak. Baginya dia tidak terdesak untuk bernikah. Biarlah masa yang menentukan segalanya.

"Sayang..kat ofis kita ni, hanya ada dua orang je perempuan. Itupun dah jadi hak orang. Sorang dah jadi isteri, yang sorang lagi baharu saja bertunang.." Zizan pandang pada teman sekerjanya di sudut meja hujung pejabat itu.

Adam sekali lagi senyum dan menggeleng. Tak kuasa dia hendak bercinta dan bernikah dengan teman sepejabat jika ada yang bujang sekalipun. Hari-hari mengadap muka yang sama. Balik rumah pun asyik muka sama juga. Bosan!

"Apa yang kau senyum-senyum ni?" Zizan pula penasaran melihat Adam tersenyum sendiri.

"Tak ada apa lah.."

"Ke kau dah ada calon? Tu la..aku nak kenalkan dengan adik sepupu aku, kau banyak alasan." Zizan senyum lebar.

Adam hanya diam. Wajah Sakinah mula bermain di mata. Entah kenapa tiba-tiba muncul wajah gadis itu bila Zizan mengungkit soal itu. Dia senyum sendiri. Zizan dilihat sudah menapak ke meja kerjanya semula. Dia pula menyambung semula kerja yang tergendala tadi. Habis kerja nanti, dia perlu pulang ke rumah orang tuanya. Hujung minggu selalunya dia akan bermalam di sana tetapi terasa canggung pula bila Hawa ada sekali di rumah itu.

"Ah..aku pergi je dulu. Lagipun aku kena tanya pasal diari merah tu." Adam berkira-kira sendiri.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 02:05 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:27 PM

KERETA diparkir di laman rumah. Adam melangkah perlahan ke pintu depan rumah orang tuanya. Dia jeling di laman rumah itu. Kereta waja ayahnya tidak ada di situ. Dia mula memberi salam. Tiada jawapan. Sekali dia memberi salam. Juga tiada jawapan. Adam keluarkan kunci rumah dan mula membuka pintu utama yang berkunci.

"Hmm..memang tak ada orang.." Adam mula melangkah masuk.

Dia rebahkan tubuhnya di sofa. Beg kerja diletakkan atas meja sofa. Adam melihat sekitar ruang tamu. Tiada sesiapa. Dia bingkas bangun dan menapak ke dapur mengambil segelas air dan kembali semula ke ruang tamu.

"Mana semua orang ni? Tadi aku call, ibu cakap ada kat rumah.." Adam teguk jus oren seketika. Mata masih melihat sekitar ruang tamu.

Habis satu gelas jus oren diteguk. Dia kemudian menapak ke biliknya di tingkat atas. Tiba di muka pintu bilik tengah, dia terdengar suara teresak-esak dari dalam bilik itu. Adam menekap telinganya ke daun pintu. Jelas dia mendengar suara perempuan menangis.

"Hawa tidur bilik ni ke?" Adam diam sebentar di muka pintu. Serba salah sebenarnya untuk dia buka pintu bilik itu.

Lama dia termenung di situ memikirkan apa yang patut dia lakukan. Mundar mandir dia di muka pintu bilik tengah itu. Biliknya pula di hujung sekali, di sebelah kiri. Bilik orang tuanya di hujung sebelah kanan.

"Hawa..awak ke tu?" Adam beranikan diri bertanya. Senyap.

Sekali lagi Adam bertanya bila sekali lagi dia mendengar suara esakan di dalam bilik itu. Kali ini pertanyaannya bersahut. Pintu bilik mula dibuka. Terjengul Hawa di situ dengan mata merah dan bengkak.

"A..awak ok ke?" Tergagap-gagap Adam bertanya.

Hawa hanya mengangguk.

"Err..mana mak dan ayah saya?" Adam bertanya pula kedua orang tuanya.

"Mereka keluar sebentar tadi. Katanya nak ke majlis kenduri.." Hawa tunduk. Dia betulkan tudungnya.

"Oh..bila mereka akan balik?"

"Entah..mungkin sekejap lagi kut.." Hawa masih tunduk.

"Err..saya masuk bilik saya dulu.." Adam segera ke biliknya. Tidak betah dia berlama di muka pintu bilik Hawa. Buatnya datang pencegah maksiat. Percuma saja nikah nanti.

Hawa jeling Adam yang tergesa-gesa ke biliknya di hujung sekali. Dia kemudian menapak semula ke katil dan mula menyambung mencatat sesuatu di dalam nota kecil yang sentiasa dibawa. Sesekali dia melihat jarum jam. Sekejap lagi masuk waktu maghrib. Dia segera capai tuala dan melangkah ke bilik air.


ADAM masih diam di dalam bilik. Kalau dia tahu kedua orang tuanya tidak ada di rumah tadi, dia tidak akan balik ke sini. Mundar mandir Adam di dalam bilik. Sekarang ini hanya dia dan Hawa saja berada di dalam rumah itu. Dia duduk pula di birai katil. Suhu sejuk dari penghawa dingin tidak menghilangkan peluh di dahinya.

"Kenapa dengan aku ni?" Adam luku kepalanya.

Dia mula capai tuala dan menapak ke bilik air. Sekejap lagi waktu maghrib akan masuk. Usai mandi dan mengambil wudhuk, Adam bentang sejadah mengadap kiblat. Sementara menunggu waktu maghrib yang hanya tinggal sepuluh minit lagi, dia belek buku hadis yang dicapai dari rak buku di sebelah katil. Buku itu dibelek seketika. Telinganya mendengar sayup-sayup alunan merdu ayat-ayat Quran dibaca. Perlahan Adam bangun dan menghampiri dinding. Dia rapatkan telinganya ke dinding. Memang ada suara mengaji Quran. Dia melangkah keluar dari bilik dan mengintai bilik Hawa yang sedikit terbuka pintunya. Hawa kelihatan khusyuk mengalunkan ayat-ayat Allah di tikar sejadah dengan telekung tersarung di tubuhnya. Kelihatan agak lusuh telekung itu.

"Subhanallah...sedap sungguh.." Terpegun seketika Adam di muka pintu bilik Hawa.

"Ya?" Hawa menoleh. Bacaannya terhenti. Dia perasan Adam tercegat di muka pintu biliknya.

"Err..aa..." Adam menggelabah. Kantoi! Nampak sangat dia mengintai tadi. Dia garu-garu kepalanya sendiri.

"Err..awak ada ubat gigi?" Entah kenapa terpacul soalan tak logik dari mulutnya.

"Ubat gigi?" Hawa bingkas bangun.

Adam sudah terkulat di situ. Ah! Alang-alang dah kantoi, iakan sajalah! "Err...ya..saya lupa nak bawa tadi dari rumah.."

Hawa senyum. "Err..saya tutup pintu sekejap ya.."

Adam angguk. Macam orang bodoh dia berdiri di situ. Entah kenapa kakinya bagai dirantai di muka pintu bilik Hawa. Boleh saja dia masuk ke biliknya tadi. Seketika kemudian, pintu dibuka semula dan Hawa menghulurkan ubat gigi kepada Adam sambil tersenyum.

Adam terpaksa juga ambil ubat gigi itu dari Hawa. Hawa dilihat sudah lengkap dengan tudung yang dipakai dulu. Lama dia menatap wajah mulus itu. Ada kesugulan pada seraut wajah lembut Hawa.

"Kalau tak ada apa-apa lagi..saya nak solat. Maghrib dah nak masuk ni.." Hawa tunduk. Dia perasan Adam tidak berkelip memandangnya tadi.

"Ha..err..ya..ya..saya pun nak solat.." Adam segera melangkah ke biliknya semula sebaik Hawa menutup pintu bilik.

Sampai di di bilik, Adam duduk di birai katil sambil menyapu peluh di dahi. Dia menarik nafas seketika sambil mengurut dada. Matanya beralih pula pada ubat gigi di tangannya.

"Apa hal pulak aku minta ubat gigi bagai?" Adam tepuk dahi. Dia ketawa sendiri. Nampak sangat dia menggelabah tadi bila berdepan dengan gadis itu.

"Kenapa dengan aku ni?" Sekali lagi Adam luku kepalanya sendiri.

Azan sudah mula berkumandang dari masjid berdekatan. Adam segera menunaikan solat maghrib.
Last edited by Ipo on 7-9-2014 02:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 06:59 AM | Show all posts
Adam terpikat kat hawa, kinah tu school crushed je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2014 06:59 AM | Show all posts
Adam terpikat kat hawa, kinah tu school crushed je
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ikut citer2 yg cliche.. tak sampai 5 minit dok berdua2an dah ado pencegah maksiat dtg.. sedangkan sop dorg bkn sekali buat repot terus serbu.. pastu punye cepat smp mcm opis dorg sebelah rumah tu sajork..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 12:10 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:28 PM

USAI solat, Adam masih berada di tikar sejadah, berdoa dan berzikir. Amalan yang tidak pernah dilupakan setiap kali lepas solat. Itu juga untuk bekal dirinya juga sebagai seorang hamba Allah dan itu juga sebagai pendinding dirinya sekiranya kes yang dikendalikannya ada berkaitan dengan benda mistik dan sihir. Nasihat dari Ustaz Badrul dulu, guru yang pernah mengajarnya tentang ilmu perubatan tardisional masih diingati dan akan diamalkan selagi dia mampu.

Adam bingkas bangun dan melipat sejadah. Kopiah diletakkan di atas meja sebelah katil bujangnya. Dia kembali tersenyum bila teringat apa yang berlaku di depan bilik Hawa tadi. Entah kenapa ada rasa getar bila berdepan dengan gadis itu.

"Aku tak boleh layan sangat.." Adam bingkas bangun dan menapak ke tingkap biliknya.

Langsir diselak sedikit, mengintai kereta kedua orangnya di laman rumah. Dia mengukir senyum. Lega. Mereka sudah pulang. Kereta waja milik ayahnya sudah diparkir di situ. Dia segera menapak keluar dari bilik. Sempat dia jeling bilik Hawa yang tertutup rapat. Langkahnya diteruskan ke ruang tamu. Kelihatan kedua orang tuanya sudah mula masuk ke rumah.

"Ibu dan ayah dari mana ni?" Adam terus saja bertanya walaupun dia sudah tahu bila Hawa beritahunya tadi.

"Kami dari kenduri kesyukuran tadi. Bila Adam sampai? Hawa mana?" Pantas saja Puan Rohana menyoal semula. Matanya beralih ke tingkat atas.

"Lepas kerja tadi, saya terus balik sini. Ingatkan ibu dan ayah ada sekali tadi. Hawa ada dalam bilik dia.." Adam menutur perlahan. Kedua tangan kedua orang tuanya dicium seketika sebelum melabuhkan punggung sebelah ayahnya di sofa.

"Kenapa ibu tak ajak Hawa sekali tadi?" Adam pandang ibunya yang mula hendak melangkah ke ruang dapur.

"Ibu dah ajak..dia tak nak ikut. Entahlah sejak dia tinggal kat rumah ni, dia terperap saja di rumah ni. Ibu ajak keluar bersiar-siar pun dia tak nak. Nak lepak kat luar laman tu pun, dia macam takut-takut.." Puan Rohana menjawab sebelum dia ke dapur semula.

Adam diam seketika. Dia pandang ayahnya yang sudah menonton berita di kaca tv.

"Ayah pun pening. Hawa tu macam takut-takut. Err..dulu Adam ada beritahu yang budak tu dikejar seseorang kan? Siapa mereka tu? Mereka nak apa sebenarnya?" Encik Ahmad mengalih pandang pada Adam.

"Entahlah ayah. Saya sendiri pun tak tahu. Saya jumpa dia pun secara tak sengaja." Adam turut bingung.

"Hmm...pelik juga." Encik Ahmad kembali menonton tv.

Adam turut menonton berita. Otaknya masih ligat berfikir tentang misteri diari merah dan kisah Hawa yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya dan hidup keluarganya.

"Ni..makan ni. Tadi ibu dan ayah sempat singgah di kedai Mak Yah jual sate. Hawa tak turun ke?" Puan Rohana kembali ke ruang tamu dengan sepinggan sate. Matanya menala ke tingkat atas semula.

"Ha ..panjang pun umur dia. Tu dah turun  tu.." Encik Ahmad senyum melihat Hawa sudah menapak turun ke ruang tamu.

"Hawa..mari! Makcik ada beli sate ni." Puan Rohana segera tarik tangan gadis itu dan duduk bersama di sofa.

Hawa mengukir senyum."Terima kasih makcik.."

"Takkan sate je ibu. Makan malam tak ada ke?" Adam yang sudah berkeroncong perutnya hanya memandang sate di dalam pinggan di atas meja sofa.

"Laa..Adam tak makan lagi ke? Kat dapur tu ada lauk lagi. Tadi Hawa yang masak. Pergilah makan." Puan Rohana sengih. Anak bujangnya dilihat sudah memandang Hawa tidak berkelip.

"Ehem!" Encik Ahmad pula berdehem kuat. Buat-buat batuk. Dia juga perasan Adam asyik memandang Hawa tadi.

Adam pandang ayahnya. Dia senyum sumbing. "Err..ibu..ayah, saya ke dapur dulu."

Cepat saja Adam melangkah ke dapur. Sampai di ruang dapur, dia tersenyum sendiri. Dahinya ditepuk berkali-kali. Kantoi lagi! Dia segera buka tudung saji. Memang ada lauk di situ. Sayur pucuk paku, ayam goreng kunyit dan sambal belacan bersama ulam pegaga.

"Ibu tak pernah masak sayur pucuk paku ni. Selalunya sayur cmapur goreng je.." Adam sengih.

Dia mula menikmati hidangan makan malam seorang diri di situ. Bertambah dia makan malam itu walaupun lauk ringkas begitu. Pinggan nasinya dibawa ke sinki sebaik selesai makan.

"Tak apa..biar saya yang basuh.."

Adam berpaling. Hawa kelihatan sudah menapak ke arahnya di sinki. Kaku Adam di situ melihat Hawa sudah berada di sebelahnya dan selamba gadis itu mengambil pinggan di tangannya untuk dicuci.

"Terima kasih.." Hanya itu yang terkeluar dari mulut Adam.

Hawa tidak menoleh ke arah Adam. Dia mula mencuci pinggan dan gelas yang dibawa bersama tadi dari ruang dapur. Dia memang perasan lelaki itu masih berada di sebelahnya.

"Err...maaf, boleh saya tanya sikit?" Adam beranikan diri walaupun dirasakan suaranya agak menggelabah.

"Apa dia?" Hawa masih tidak menoleh. Ligat tanganya membasuh pinggan dan mengelap pinggan dengan tuala kecil yang sudah tersedia di situ.

"Emm..diari merah tu..awak punya ke?"

Kali ini Hawa menoleh. Mata mereka bertentang. Lama Hawa menatap mata bundar Adam. Soalan lelaki itu tadi membuatnya terkelu di situ. Itulah soalan yang sukar untuknya menjawab. Diari merah itulah yang diingini dua lelaki yang mengejarnya dulu. Sulit untuknya meluahkan apa yang sebenarnya berlaku. Diari merah itu nampaknya penting bagi kedua lelaki yang mengejarnya dan dia kini lega kerana diari merah itu selamat di tangan Adam. Andainya dia berjaya dikesan oleh lelaki yang mengejarnya nanti, sekurang-kurangnya diari merah itu selamat walaupun nyawanya sendiri dalam bahaya. Dia pasrah.

Adam pula mula gelisah dan menggelabah. Tenungan mata Hawa sudah dirasakan seperti anak panah yang disasarkan tepat mengena ke anak matanya.

"Saya harap awak simpan diari merah itu dengan baik. Segala apa yang tercatat di dalamnya adalah benar dan penting bagi keluarga saya. Maaf..kalau ada halaman yang terkoyak. Hanya itu yang saya ada.." Berhati-hati Hawa menutur. Dia juga masih berasa sangsi sebenarnya. Adam hanya dikenali tanpa disangka. Dia juga harus berhati-hati dengan lelaki itu. Namun dari riak lelaki itu,  Adam mungkin seorang yang baik dan boleh dipercayai.

"Maaf..saya dah baca sedikit isi kandungan diari tu.." Adam tunduk. Teringat kata-kata Sakinah dulu, dia menceroboh privasi orang lain.

"Tak apa.." Hawa turut tunduk.

"Emm...saya tak akan desak awak jika awak belum bersedia untuk cerita apa yang sebenarnya berlaku.." Adam mendongak semula. Hawa dilihat memandang ke arahnya juga. Terasa tajam menusuk ke anak mata.

"Ehem!'

Serentak mereka berdua berpaling ke arah pintu masuk ruang dapur. Puan Rohana sudah tersenyum di situ.  Adam cepat-cepat melangkah ke ruang tamu.

"Haih..anak ibu ni. Cepat je nak keluar. Ibu tak marah pun  Adam sembang dengan Hawa ni.." Cepat saja tangan Puan Rohana memegang lengan Adam yang ingin beredar dari ruang dapur.

"Err..saya sembang biasa je ibu. Saya ke ruang tamu dulu. Sate ada lagi?" Adam mula menukar topik.

Puan Rohana mengangguk. Dia senyum melihat gelagat Adam tadi. Gabra semacam! Matanya beralih pada Hawa pula. Gadis itu turut senyum di situ. Dia mula mengajak Hawa ke ruang tamu semula. Malam itu mereka berempat berbual sambil menikamti sate dan kuah kacang bersama nasi himpit. Adam hanya senyum mendengar celoteh ibunya yang suka memuji Hawa sepanjang Hawa tinggal di situ. Dia akui apa yang dikatakan oleh ibunya tadi memang benar. Hawa tidak pernah lupa solat, merdu pula mengalun ayat Quran dan dari pengamatannya tadi, Hawa begitu menjaga aurat. Tudung tidak pernah lekang dari kepalanya. Itu baharu sekejap dia bersama Hawa di rumah ini. Ibu dan ayah lagilah lebih tahu tentang gadis itu.

Hawa mula minta diri untuk ke bilik. Adam hanya melihat gadis itu mencium kedua tangan orang tuanya. Dia jeling jam di dinding ruang tamu. Patutlah..sudah hampir dua belas malam. Dia juga turut minta diri untuk ke bilik.

Malam itu, Adam bagai terbayang tingkah Hawa. Saat dia ingin mengenali Sakinah, hatinya pula diusik perasaan pelik untuk Hawa.

"Betul ke aku ni?" Adam pandang siling biliknya sambil kedua tangannya menyilang di belakang kepalanya.

Kata-kata Hawa tadi tentang diari merah itu juga seperti ada sesuatu rahsia besar yang cuba disorokkan. Jelas Hawa tidak memberitahunya dengan jelas tentang diari merah itu tadi. Adam mengiring ke kanan. Matanya cuba dipejam. Akhirnya dia terlelap juga.



ADAM tersedar. Dia tercegat bangun. Suara jeritan kuat yang sempat didengar tadi mengejutkannya dari tidur. Dia capai jam tangannya yang diletakkan di sebelah bantal tidurnya. Tiga pagi.

"Siapa yang menjerit kuat tu?" Adam tolak selimut dan mula melangkah keluar dari bilik.

Dia jenguk bilik Hawa. Tombol pintu cuba dipulas. Tidak berkunci. Dia masih berfikir..hendak tolak daun pintu itu atau pun tidak. Sebaik tangannya ingin menolak daun pintu bilik Hawa, kedengaran suara menjerit sekali lagi dari ruang dapur. Tak jadi Adam menolak daun pintu itu tadi. Dia segera berlari ke ruang dapur, ke arah suara yang didengar tadi.

"Ya Allah!" Adam membuntang di situ.
Last edited by Ipo on 7-9-2014 02:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 5-9-2014 12:45 PM
wah... dlm diam Ipo ada cerita baru... byk sungguh cite misteri dr simpanan Ipo ya... teruskan berka ...

Tu la kan zam...dlm diam si ipo ada cita br..tajuk pun dh misteri..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.102377 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list