CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8179|Reply: 28

(MH17 dan MH370) Tahap kepercayaan anda pada MAS dan BOEING ?

[Copy link]
Post time 15-9-2014 09:31 AM | Show all posts |Read mode
dalam 2 tragedi MH370 dan MH17, pesawat yg digunakan adalah pesawat MAS dan jenisnya adalah BOEING 777 .selepas tragedi ini, adakah anda masih percaya dan yakin pada mereka ?
Single Polls, Total 51 Users voted
60.78% (31)
37.25% (19)
0.00% (0)
1.96% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2014 09:32 AM | Show all posts
MH370: Bukan salah MAS tetapi Boeing - Tun M
NASIONAL
OLEH NORLAILI ABDUL RAHMAN DI KUALA LUMPUR - 26 APR 2014 (4 MONTHS AGO)
1 of 1

Mahathir Mohamad








  • [url=][color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[/url]
  • 11
    [url=][color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[/url]

  • [url=][color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[/url]
  • [url=][color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[/url]
  • [url=][color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[/url]




Boeing Co. perlu tampil menjawab semua persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat canggih Boeing 777-200ER milik Malaysian Airline System Berhad sejak 8 Mac lalu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Boeing sepatutnya membuat demonstrasi bagaimana sistem komunikasi pesawat MH370 itu dimatikan serta memikul tanggungjawab kerana membina sebuah kapal terbang yang boleh hilang sepenuhnya di udara.
"Bagaimana Boeing boleh membuat sebuah kapal terbang yang begitu senang dimatikan (sistem komunikasi dan penjejakan)?
"Kebiasaannya, semua anak kapal, juruterbang dan pembantu juruterbang boleh melakukan komunikasi termasuklah dengan KLIA.
"Mungkin juruterbang enggan berbuat demikian tetapi pembantu juruterbang boleh menghubungi menara kawalan untuk memberitahu pesawat tersebut tidak terbang mengikut laluan asal," katanya dalam sebuah entri berbahasa Inggeris di blog beliau.
Namun, menurut Mahathir, apa yang beliau nampak, semuanya seperti tidak berusaha untuk melakukan komunikasi.
Tambah beliau, sekiranya juruterbang tersebut mematikan sistem komunikasi, pastinya ia disedari oleh pembantu beliau dan mustahil untuk pembantu juruterbang tersebut menyerahkan nyawanya sendiri bagi membiarkan ketuanya berbuat sesuka hati.




"Boeing membina kapal terbang ini. Mereka harus menerangkan bagaimana semua sistem penjejakan pesawat boleh dimatikan atau gagal beroperasi.
"Sama ada teknologi Boeing adalah teruk atau ia memang langsung tidak selamat? Saya tidak akan terbang lagi menggunakan pesawat Boeing sehinggalah mereka menerangkan bagaimana kesemua sistem boleh gagal berfungsi atau dimatikan?" tegasnya.
Tambah Dr. Mahathir, MAS telah membuktikan kebolehannya dengan menerbangkan pelbagai jenis pesawat di samping mempunyai juruterbang-juruterbang yang terlatih.
Sekiranya benar juruterbang pesawat MH370 cuba melakukan tindaka


n bunuh diri sudah pastilah pembantu juruterbang serta anak-anak kapal akan berusaha menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
"Ini bukan salah MAS atau mungkin kawalan keselamatan yang lemah. MAS telah menerbangkan sebuah pesawat yang dikatakan antara tercanggih di dunia tetapi pesawat tersebut tidak melaksanakan tugasnya seperti yang diharapkan. Siapakah yang bertanggung jawab?
"Bukan MAS. Tetapi ini pastinya tanggungjawab pembuat pesawat berkenaan, Boeing Aircraft Corporation," katanya.









Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 10:23 AM | Show all posts
I still believe in MAS regardless of how they tried to put MAS image's down. Klu kita tak support MAS, sapa lg nak support?? Ajal dan maut bukan ketentuan kita tp Allah.

Ada satu cerita org putih ni plane crash kat mana aku lupa. Klu tgk pd ketinggian jatuhnya plane tu, mustahil utk ada yg survive. But she survived. Unfortunately her mother died. Itulah ajal dan maut. Semuanya kuasa Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 10:28 AM | Show all posts
if it's my time....it's my time......ajal maut ketentuan Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 11:39 AM | Show all posts
midori888 posted on 15-9-2014 10:28 AM
if it's my time....it's my time......ajal maut ketentuan Allah....

Betul. Duduk dlm rumah pun blh mati kena renjatan letrik, lampu chandelier jatuh timpa kepala
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 11:47 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 15-9-2014 11:39 AM
Betul. Duduk dlm rumah pun blh mati kena renjatan letrik, lampu chandelier jatuh timpa kepala :lol ...


haha true.....route MAS ke europe pun tak byk...tgk last stop travel aku kat mana....tahun lps kat paris, tahun nie kat london....tahun dpn kalu kat tempat yg takde route MAS, aku naik flight lain lah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2014 12:10 PM | Show all posts
midori888 posted on 15-9-2014 11:47 AM
haha true.....route MAS ke europe pun tak byk...tgk last stop travel aku kat mana....tahun lps k ...

Lodon, Paris, Frankfurt, Amsterdam. Less desirable. Takde Zurich, Vienna, Venice dll. Sob!! sob!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 12:14 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 15-9-2014 12:10 PM
Lodon, Paris, Frankfurt, Amsterdam. Less desirable. Takde Zurich, Vienna, Venice dll. Sob!! sob!!


tu lah pasal...skit sgt route nyer skrg......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 12:21 PM | Show all posts
midori888 posted on 15-9-2014 12:14 PM
tu lah pasal...skit sgt route nyer skrg......

Belah Scandanvian pun dah takde rasanya. Apalah nak jd dgn nasib MAS ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 05:27 PM | Show all posts
Kalau balik malaysia wajib ambil mas ,
Kalau bukan warganegara sendiri menyokong, sapa lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 08:27 PM | Show all posts
Saya kurang yakin pada boeing
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 11:54 AM | Show all posts
masih yakin dan masih percaya. benda kalau nak jadi tetap jadi juga
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 03:13 PM | Show all posts
shodaime posted on 15-9-2014 08:27 PM
Saya kurang yakin pada boeing

so anda yakin dengan airbus??

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 03:36 PM | Show all posts
shodaime posted on 15-9-2014 08:27 PM
Saya kurang yakin pada boeing

yakin dgn Allah je



Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 04:22 PM | Show all posts
Kehilangan MH370 cukup misteri
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 10:02 AM | Show all posts
setuju dgn Tun M, kenapa Boeing mcm lepas tgn isu MH370 ni? takde apa2 pon yg dia buat. mungkin kita semua patut fikirkan perkara ni.

Tapi saya takde choice, kalau nak balik KL mmg kena naik boeing, since MAS dari Labuan mmg guna boieng saja. Airasia baru guna Airbus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 10:37 AM | Show all posts
civicvtech2.0 posted on 18-9-2014 10:02 AM
setuju dgn Tun M, kenapa Boeing mcm lepas tgn isu MH370 ni? takde apa2 pon yg dia buat. mungkin kita ...

Boeing atau Airbus pun takde bezanya. Kedua dua nya bukan made in Msia pun. Buatan Barat. Tak blh jamin apa2 pun yg Airbus takkan jadi mcm Boeing.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 01:16 PM | Show all posts
Kalau domestik,saya masih naik Mas yg menggunakan boeing
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:27 PM | Show all posts
Lepas kes MH370 dgn MH17,risau gak nak naik MAS..Tp aritu MAS buat promosi giler murah ke Europe.Tak pikir panjang,terus beli.Hehe...InsyaAllah takde ape2.Doa byk2 sebelum take off tu.Doa org musafir mustajab
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 11:42 AM | Show all posts
skystrike posted on 17-9-2014 03:13 PM
so anda yakin dengan airbus??

Setakat ini airbus takde lagi kes kehilangan "misteri" spt mh370
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051252 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list