CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16097|Reply: 35

EPL : gosip perpindahan,gaji dan bayaran perpindahan pemain

[Copy link]
Post time 16-9-2014 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Chelsea Tawar Hazard Gaji Baharu £200,000 Seminggu
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 9:54 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PEMAIN tengah Chelsea, Eden Hazard hampir bersetuju untuk memperbaharui kontraknya bernilai £50 juta bersama skuad tersebut.
[size=0.98em]Perjanjian baharu selama lima tahun itu bakal menyaksikan Hazard menerima gaji sebanyak £200,000 seminggu.
[size=0.98em]Pemain kebangsaan Belgium berusia 23 tahun itu kini sedang meneliti terma baharu yang bakal diperolehi sebelum melanjutkan kontraknya.
[size=0.98em]




[size=0.98em]Hazard merupakan pemain terbaik Chelsea pada musim lalu perlu diberi perhatian oleh Chelsea walaupun pasukan itu telah membawa masuk pemain baharu seperti Diego Costa dan Cesc Fabregas.
[size=0.98em]Pengendali Chelsea, Jose Mourinho menganggap Hazard sebagai pemain penting di bahagian tengah dan dia perlu dijaga supaya tidak diintai oleh pasukan lain.
[size=0.98em]Chelsea yang dikatakan mempunyai barisan pemain tengah terbaik setakat ini berjaya mendominasi  kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 12:40 PM | Show all posts
hazard adalah tergolong antara pemain muda terbaik dunia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 11:56 AM | Show all posts
Real Madrid Mahukan Raheem Sterling Musim Depan
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 10:41 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]REAL MADRID dilapor sedang menggandakan usaha bagi mendapatkan Raheem Sterling pada musim depan.
[size=0.98em]Ia susulan daripada tindakan pengendali kelab gergasi Sepanyol tersebut, Carlo Ancelotti yang menyenaraikan bintang Liverpool terbabit di kedudukan teratas pemain yang diperlukan untuk musim depan.
[size=0.98em]Real selain itu turut yakin mampu mendapatkan Strerling selepas menyedari bahawa Liverpool tidak melanjutkan kontrak pemain berkenaan ke satu tempoh yang panjang.
[size=0.98em]



[size=0.98em]Malah pemain tengah itu juga tidak diberi kenaikkan gaji yang mampu mengugat 'ancaman' daripada kelab gergasi Eropah.
[size=0.98em]Difahamkan pemain berusia 19 tahun itu kini menerima gaji sebanyak £30,000 seminggu menerusi pakej yang akan tamat pada 2017.
[size=0.98em]Jumlah tersebut menjadikan Sterling sebagai pemain yang menerima gaji terendah di Liverpool walaupun aksinya banyak membantu skuad Brendan Rodgers.
[size=0.98em]Jika Real terus mendesak Liverpool, Sterling dijangka akan menerima kenaikkan gaji sehingga 10 kali ganda.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2014 04:00 PM | Show all posts
Man United Sedia Dapatkan Pertahanan Barcelona, Dani Alves
Diterbitkan: Ahad, 5 Oktober 2014 9:19 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

MANCHESTER United akan mendapatkan pemain pertahanan kanan Barcelona, Dani Alves bagi mengukuhkan sistem pertahanan pasukan tersebut.
United melahirkan minatnya terhadap pemain terbabit selepas Alves yang juga pertahanan Brazil menyatakan dia ingin meninggalkan Nou Camp pada tahun depan.
Alves, 31, selain itu turut memberi gambaran bahawa akan beraksi di Liga Perdana Inggeris sebelum mengakhiri kariernya.
United terdesak untuk mendapatkan Alves kerana skuad Louis van Gaal kini sedang bergelut dengan krisis kecederaan pemain pertahanan.



Bagaimanapun, Alves dijangka akan menyertai Manchester City kerana telah 'dipancing' oleh bekas pengarah di Barcelona,  Txiki Begiristain dan Ferran Soriano.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2014 04:02 PM | Show all posts
Man City Sedia Lepaskan Yaya Toure Ke PSG
[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 5 Oktober 2014 9:05 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]MANCHESTER City sedia mempertimbangkan keinginan Yaya Toure yang mahu meninggalkan kelab itu pada Januari depan.
[size=0.98em]Hal ini kerana, Toure dilihat gagal memberikan aksi terbaik bersama City sejak permulaan musim Liga Perdana Inggeris selain kelihatan tidak bersemangat untuk terus kekal di Etihad.
[size=0.98em]Kepimpinan tertinggi City menjangkakan bahawa Toure tidak lagi berminat untuk bersama pasukan itu, sebaliknya ingin beraksi bagi kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG).
[size=0.98em]Jika perpindahan pertengahan musim itu berlaku, ia bererti City bakal kehilangan dua pemain tengah berpengalaman iaitu, Toure dan Frank Lampard untuk mengharungi Liga Juara-juara Eropah.



[size=0.98em]Lampard perlu kembali ke New York City FC kerana tempoh pinjaman telah tamat.
[size=0.98em]

[size=0.98em]Sehubungan itu, City dilapor akan memburu bekas pemain Manchester United yang kini beraksi untuk Juventus iaitu Paul Pogba (gambar atas) bagi mengisi kekosongan pemain tengah.
[size=0.98em]Selain itu, City juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemain tengah Newcastle United, Cheick Tiote (gambar bawah) yang kini turut menjadi sasaran Arsenal.
[size=0.98em]

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 10:36 PM | Show all posts
wow

Arsenal Semakin Hampir Dapatkan Edinson Cavani
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 10:12 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]ARSENAL semakin hampir mendapatkan Edison Cavani selepas pemain itu memberitahu kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
[size=0.98em]Masa depan Cavani menjadi topik hangat buat peminat PSG sejak minggu lalu selepas pemain Uruguay itu mendakwa tidak gembira berada di kelab tersebut dan sedia ke EPL.




[size=0.98em]Arsenal dikatakan telah bersedia untuk membuat bidaan dan menandatangani pemain itu apabila tindakan berkenaan turut dialu-alukan oleh Cavani.
[size=0.98em]




[size=0.98em]Chelsea dan Liverpool turut dilaporkan berminat terhadap Cavani tetapi Arsenal telah melakukan persediaan awal termasuk memikat hati pemain terbabit.
[size=0.98em]Untuk melepaskan pemain berusia 27 tahun itu, PSG dilapor mahukan bidaan setinggi £55 juta.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2014 12:25 AM | Show all posts
Van Gaal Arah United Dapatkan Ron Vlaar
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 12:10 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal dilaporkan telah memberi 'lampu hijau' kepada kelab itu untuk memulakan urusan mendapatkan pertahanan Aston Villa, Ron Vlaar.
[size=0.98em]Krisis kecederaan barisan pemain pertahanan United sejak awal musim memaksa jurulatih kelahiran Belanda itu mendapatkan pertahanan baharu terutamanya pada tingkap pemindahan pemain Januari akan datang.
[size=0.98em]Menurut The Mirror, Van Gaal telah mensasarkan Vlaar yang juga pemain Belanda sebagai calon terbaik untuk menggantikan Marcos Rojo dan Jonny Evan.
[size=0.98em]Kedua-dua pemain pertahanan tengah itu mengalami kecederaan dengan Rojo akan berehat selama tiga bulan selepas bahunya terkehel ketika menentang Manchester City.



[size=0.98em]

[size=0.98em]Kontrak Vlaar dengan Aston villa dijangka tamat pada hujung musim ini dan perkara itu memaksa kelab berkenaan perlu menjualnya pada harga rendah.
[size=0.98em]Berdasarkan laporan terbaharu, Arsenal yang dihimpit masalah pertahanan juga dijangka bersaing dengan United untuk mendapatkan Vlaar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2014 11:14 PM | Show all posts
Lukas Podolski Mahu Tinggalkan Arsenal
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 12:44 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]LUKAS PODOLSKI mengugut untuk meninggalkan Arsenal pada Januari ini jika dia tidak diberi peluang membarisi kesebelasan utama.
[size=0.98em]Berikutan itu, pemain kebangsaan Jerman terbabit akan bertemu Arsene Wenger untuk membincangkan mengenai masa depan bersama kelab tersebut.
[size=0.98em]"Saya tidak gembira apabila tidak dapat bermain.
[size=0.98em]"Saya ingin bermain dan bergembira dalam dunia bola sepak. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada Januari ini.



[size=0.98em]"Saya akan berbincang dengan kelab dahulu, tetapi tiada tekanan setakat ini," jelasnya.
[size=0.98em]

[size=0.98em]Podolski, 29, tidak pernah diturunkan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris selepas membantu Jerman menjuarai Piala Dunia, malah dia hanya tampil di bangku simpanan sebanyak empat kali sahaja.
[size=0.98em]Pemain yang menerima gaji sebanyak £90,000 seminggu itu tampil buat pertama kali pada musim ini ketika Arsenal tewas 1-2 kepada Southampton dalam saingan Piala Capital One.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2014 11:23 PM | Show all posts
Diego Simeone Pilihan Utama Pemilik Man City Jika Pellegrini Dipecat
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 11:32 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]DIEGO SIMEONE disenaraikan sebagai pilihan utama Manchester City jika Manuel Pellegrini dipecat berikutan persembahan tidak seimbang kelab tersebut sejak akhir-akhir ini.
[size=0.98em]Kedudukan Pellegrini mula 'panas' selepas kelab itu tewas dalam Liga Juara-juara Eropah baru-baru ini dengan persembahan memalukan.
[size=0.98em]
Manuel Pellegrini
[size=0.98em]Berikutan itu, Starsport melaporkan, pemilik City kini mula mengenalpasti calon berkemampuan dengan menyenaraikan Simeone sebagai pilihan utama.



[size=0.98em]Pengendali Atletico Madrid itu mula menjadi perhatian selepas berjaya membawa kelab tersebut menjuarai La Liga dan berada di kedudukan lebih baik dalam Liga Juara-juara Eropah.
[size=0.98em]Simeone yang merupakan jurulatih kelahiran Argentina pernah menjadi pilihan Manchester United untuk menggantikan David Moyes sebelum ini.
[size=0.98em]Selain itu, Pep Guardiola turut menjadi sasaran City kerana dua pegawai atasan kelab itu, Ferran Soriano dan Txiki Begiristain pernah berkerjasama dengan pengendali Bayern Munich terbabit ketika mereka di Barcelona.
[size=0.98em]Tetapi City perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk Guardiola kerana dia merupakan jurulatih yang menerima gaji tertinggi dalam dunia bola sepak iaitu sebanyak £12.5 juta semusim.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 05:18 PM | Show all posts
Falcao Beri Bayangan Keperluan Tinggalkan United
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 3:08 PM
[size=0.75em]Radamel Falcao

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PEMAIN penyerang yang dipinjamkan kepada Manchester United, Radamel Falcao memberi bayangan untuk meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini namun menyatakan dia masih komited dengan kelab Old Trafford.






Falcao pemain Colombia yang terlepas beraksi di Piala Dunia pada tahun lalu akibat kecederaan telah berpindah dari Monaco ke United serta dilihat kurang beraksi dan hanya menjaringkan beberapa gol di bawah pengurus Louis van Gaal.

"Saya rasa sesiapa saja pemain bola sepak mahu beraksi dan gembira jika dapat beraksi. Saya benar-benar komited untuk kelab itu, terdapat lapan lagi perlawanan (Liga Perdana) dan banyak perkara boleh berlaku," kata Falcao kepada Radio Colombia, Caracol.

"Oleh itu, apabila kejohanan tamat, saya akan duduk, membuat analisis dan memutuskan apa yang terbaik untuk saya," kata pemain berusia 29 tahun yang merupakan penjaring prolifik untuk Porto, Atletico Madrid dan Monaco sebelum mengalami kecedaraan ligamen lutut 14 bulan lalu.

"Ternyata, saya perlu mencari tempat untuk menyambung permainan ini dan membolehkan saya beraksi," kata Falcoa di Bahrain sewaktu latihan persahabatan bersama Colombia dan Copa Amerika pada Khamis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 03:27 PM | Show all posts
mahalnya gaji
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 06:32 PM | Show all posts
di maria return to madrid....tu pun kalau tak langgar policy la.....bale stay ....jual kalu mmg rugi la madrid.....cari midfeld sorang lagi...danilo dah kompon..de gea otw....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2015 12:51 AM | Show all posts
PSG Tawar RM491 Juta Untuk Dapatkan Ronaldo
[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 10:05 PM
[size=0.75em]PSG turut berminat untuk mendapatkan khidmat Ronaldo.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PARIS Saint Germain (PSG) turut menyertai Manchester United untuk memburu penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo.

Menurut laporan akhbar Sepanyo, Marca, kelab tersebut menawarkan bidaan 88 juta pound (RM491 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu.



[size=0.98em]Walaupun Ronaldo dikatakan gembira berada di Madrid, beliau mahu jaminan mengenai hala tuju kelab tersebut sebelum membuat keputusan tepat berhubung masa depan kariernya.
Laporan tersebut turut mendakwa Ronaldo lebih berminat untuk berhijrah ke PSG berbanding kembali semula ke kelab lamanya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 12:39 AM | Show all posts
Rooney Paksa Man United Dapatkan Harry Kane
[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2015 10:45 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]WAYNE Rooney menggesa Manchester United membawa bintang muda Tottenham Hotspurs, Harry Kane ke Old Trafford pada musim depan bagi menajamkan lagi barisan serangan skuad berkenaan.
[size=0.98em]United sebelum ini telah meletakkan sasaran untuk mendapatkan penyerang England itu selepas dia berjaya menghasilkan 31 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
[size=0.98em]Rooney dijuga dilaporkan telah memberitahu Louis van Gaal bahawa dia peminat Kane dan mahu United berusaha mendapatkan bintang tersebut.
[size=0.98em]Malah ketua pasukan United itu berharap bidaan setinggi £40 juta akan diterima Spurs untuk melepaskan penyerang mereka.



[size=0.98em]United memerlukan penyerang baru selepas mengambil keputusan melepaskan Radamel Falcao yang sepatutnya menjadi pemain tetap selepas dipinjam dari Monaco tahun lalu. - Mirror

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 12:40 AM | Show all posts
Christiano Ronaldo Mahu Kekal Di Real Madrid
[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2015 10:31 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]CHRISTIANO Ronaldo dilapor telah memberitahu Real Madrid bahawa dia ingin kekal di kelab itu untuk musim depan, dedah jurulatih baru skuad tersebut, Rafael Benitez.
[size=0.98em]Benitez berkata, perkara itu telah diberitahu oleh Ronaldo selepas dia dilantik menjadi pengurus kelab berkenaan dua minggu lalu.
[size=0.98em]Ronaldo yang berjaya menjaringkan hatrik ketika membantu Portugal menentang Armenia pada Sabtu sebelum ini mendapat tekanan daripada Presiden Real Madrid, Florentino Perez.
[size=0.98em]Kontrak pemain bola sepak paling kaya di dunia itu bersama Real akan tamat pada 2018 dan berikutan Paris Saint-Germain (PSG) ingin memburunya pada jendela pemindahan pemain musim ini.



[size=0.98em]Selain itu, Benitez juga dilaporkan mahu Gareth Bale kekal di Real Madrid untuk membantu pasukan itu memburu kejuaraan pada musim depan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 03:48 PM | Show all posts
Fenerbahce Tawar £7 Juta Pada United Untuk Dapatkan Nani
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 2:43 PM
[size=0.75em]Nani telah bersama Manchester United sejak 2007.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]> Mereka juga menawarkan Nani gaji sebanyak £55,000 seminggu
[size=0.98em]> Pemain berusia 28 tahun itu turut ditawarkan kontrak empat tahun
[size=0.98em]> Hanya tunggu kata putus dari United sahaja sebelum Nani terbang ke Istanbul
[size=0.98em]KELAB gergasi Turki, Fenerbahce telah menawarkan £7 juta kepada Manchester United untuk mendapatkan pemain sayap Portugal, Nani.



[size=0.98em]Portal berita Britain, Mail Online melaporkan, pemain kebangsaan Portugis itu telah ditawarkan kontrak empat tahun dengan bayaran gaji sebanyak £55,000 seminggu selepas cukai kepada Nani.
[size=0.98em]Mail turut melaporkan yang Nani pada dasarnya telah bersetuju dengan tawaran itu dan hanya menunggu pelepasan daripada United sahaja sebelum meneruskan penerbangan ke Istanbul untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangani kontraknya menjelang hujung minggu ini.
[size=0.98em]Fenerbahce dilaporkan membuat tawaran itu kepada Nani, 28, selepas hasrat mereka untuk mendapatkan Robin Van Persie ditolak oleh United.



[size=0.98em]Kelab Turki itu sebelum ini telah berjaya mendapatkan penjaga gol Arsenal, David Ospina pada harga £4 juta.
[size=0.98em]Sebagai ganti, Arsenal dijangka memperolehi khidmat penjaga gol Chelsea, Petr Cech.



[size=0.98em]Nani menyertai United pada 2007 dari kelab Portugal, Sporting CP dengan menandatangani kontrak jangka panjang selama lima tahun. Pada 2012, dia melanjutkan kontraknya selama tiga tahun lagi bersama United.
[size=0.98em]Bagaimanapun musim lalu dia telah dipinjamkan kepada Sporting Lisbon, bermain sebanyak 35 perlawanan dan menjaringkan 12 gol.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2015 03:49 PM | Show all posts
Liverpool Sahkan Pembelian Penyerang Brazil Roberto Firmino
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 3:20 PM
[size=0.75em]Penyerang sensasi Brazil yang baru, Roberto Firmino kini milik Liverpool.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]LIVERPOOL meneruskan kerancakan mereka membeli pemain baru dengan yang terbaru berjaya mendapatkan khidmat penyerang Brazil, Roberto Firmino dari kelab Jerman Hoffenheim pada harga £29 juta.
[size=0.98em]Pembelian ini bakal menyaksikan Liverpool diperkukuhkan dengan dua orang gandingan penyerang antarabangsa Brazil. Seorang lagi penyerang Brazil dalam skuad Liverpool ialah Philippe Coutinho. Firmino telah terpilih sembilan kali mewakili Brazil.
[size=0.98em]Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), Firmino akan menandatangani kontrak selama lima tahun sementara Portal berita Mail Online pula melaporkan yang Firmino bakal menerima bayaran gaji sehingga £100,000 seminggu.
[size=0.98em]Namun pembelian Firmino bergantung kepada ujian perubatan yang hanya akan dapat dilakukan selepas temasya Piala Amerika yang sedang berlangsung di Chile sekarang.



[size=0.98em]Pemain berusia 23 tahun itu kini berada bersama skuad kebangsaan Brazil pada temasya tersebut. Brazil layak ke peringkat suku akhir.
[size=0.98em]Firmino telah menjaringkan 47 gol dalam 151 perlawanan mewakili Hoffenheim sepanjang empat musim dia bermain di Bundesliga.
[size=0.98em]Pada temasya Piala Amerika yang sedang berlangsung sekarang, Firmino telah digandingkan bersama Coutinho selepas Neymar digantung empat perlawanan.
[size=0.98em]Mereka telah digandingkan dalam perlawanan menentang Venezuela yang menyaksikan Firmino menjaringkan satu gol. Brazil menang 2-1 dalam perlawanan tersebut.
[size=0.98em]Dengan ketiadaan Neymar, gandingan Firmino-Coutinho sekali lagi akan diturunkan dalam perlawanan suku akhir menentang Paraguay, Sabtu ini.
[size=0.98em]Firmino kini menjadi pemain kedua termahal Liverpool selepas Andy Carroll yang dibeli dari Newcastle United pada tahun 2011 dengan nilai perpindahan sebanyak £35 juta.
[size=0.98em]Carroll bagaimanapun kini telah berpindah ke kelab West Ham United selepas gagal menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama Liverpool.
[size=0.98em]Liverpool turut mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa England Adam Lallana pada tahun lalu dengan membayar sebanyak £25 juta kepada Southampton.
[size=0.98em]Sebelum Firmino, Liverpool telah pun berjaya mendapatkan tandatangan penyerang Burnley,  Danny Ings, penjaga gol baru Adam Bogdan dan pemain pertahanan Joe Gomez dan pemain tengah England, James Milner dari Manchester City.
[size=0.98em]Mereka masih belum membuat keputusan sama ada akan menjual penyerang sensasi, Raheem Sterling yang enggan memperbaharui kontrak walaupun ditawarkan gaji sebanyak £100,000 seminggu.
[size=0.98em]Sterling difahamkan mahu berpindah ke mana-mana kelab London kerana dia berasal dari bandar tersebut.
[size=0.98em]REKOD PEMBELIAN PEMAIN BARU LIVERPOOL:

1) Andy Carroll - £35 juta - Januari 2011
[size=0.98em]2) Roberto Firmino - £29 juta - Jun 2015
[size=0.98em]3) Adam Lallana - £25 juta - Julai 2014
[size=0.98em]4) Luis Suarez - £22.8 juta - Januari 2011
[size=0.98em]5) Fernando Torres - £20.2 juta - Julai 2007

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2015 12:47 AM | Show all posts
Sah: Petr Cech Kini Milik Arsenal
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 11:36 PM
[size=0.75em]Penjaga gol baru Arsenal, Petr Cech memperagakan jersi barunya.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]> Petr Cech lulus pemeriksaan kesihatan bersama Arsenal pada pagi Jumaat lalu
[size=0.98em]> Penjaga gol Chelsea itu sertai Arsenal dengan yuran perpindahan £11 juta
[size=0.98em]> Arsene Wenger akhirnya berjaya mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Czech itu
[size=0.98em]> Ironinya Cech akan bermain pertama kali mewakili Arsenal menentang Chelsea



[size=0.98em]> Ia adalah perlawanan pembuka tirai musim baru iaitu Piala Sumbangsih
[size=0.98em]PEMILIK juara Liga Perdana Inggeris, Roman Abramovich akhirnya memberi restu kepada penjaga golnya, Petr Cech untuk menamatkan khidmatnya selama 11 tahun bersama Chelsea dan menyertai sebuah lagi kelab London iaitu Arsenal.
[size=0.98em]Arsenal setuju untuk membeli pemain itu dengan bayaran sebanyak £11 juta.
[size=0.98em]Sejurus selepas berjaya melepasi ujian kesihatan pada pagi Jumaat lalu, Petr Cech terus menurunkan tandatangannya pada kertas kontrak mewakili Arsenal selama tiga tahun dengan bayaran gaji dianggarkan sebanyak £100,000 seminggu.
[size=0.98em]Ia adalah satu kejayaan besar buat pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang memburu khidmat Cech, 33, sejak tahun 2013 lagi.
[size=0.98em]Agak ironi kerana perlawanan pertama Petr Cech mewakili Arsenal nanti adalah menentang bekas kelab lamanya sendiri iaitu Chelsea pada Piala Sumbangsih 2 Ogos nanti.
[size=0.98em]Ia adalah perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Inggeris.
[size=0.98em]Arsene Wenger dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan oleh laman web rasmi Arsenal berkata, adalah satu kejayaan besar untuk kelab itu mendapatkan khidmat penjaga gol yang disifatkan sebagai antara yang terbaik di dunia.
[size=0.98em]"Petr Cech adalah penjaga gol yang saya sangat kagumi dan saya berasa sangat gembira kerana dia telah membuat keputusan untuk menyertai Arsenal akhirnya," ujar pengurus itu lagi.
[size=0.98em]Tegas Wenger lagi, kehadiran Cech akan memperkukuhkan benteng pertahanan Arsenal.
[size=0.98em]Cech pula berkata, sebaik sahaja dia berpeluang untuk bercakap dengan Arsène Wenger mengenai perancangannya untuk masa depan Arsenal, dia tanpa ragu memilih untuk menyertai kelab tersebut.
[size=0.98em]Cech telah merayu kepada pemilik Chelsea, Roman Abramovich agar membenarkannya menyertai kelab lain setelah dia menjadi pilihan kedua di belakang penjaga gol yang jauh lebih muda, Thibaut Courtois sejak musim lalu walaupun Jose Mourinho enggan melepaskannya kepada kelab pesaing.
[size=0.98em]Selain Arsenal, Cech turut diburu juara Perancis, Paris Saint-Germain tetapi pemain itu mahu terus kekal di London dan itu juga menjadi sebahagian daripada sebab mengapa dia memilih Arsenal.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 01:35 AM | Show all posts
Higuain rayu minta dijual kepada Reds
01 Julai 2015 12:53 AM


0 0 Google +0







Argentina's forward Gonzalo Higuain celebrates after scoring against Jamaica during their 2015 Copa America football championship match, in Vina del Mar, on June 20, 2015. AFP PHOTO / LUIS ACOSTA


LONDON – Gonzalo Higuain sanggup menolak semua tawaran lain untuk menyertai Li-verpool.

Dua pesaing Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Arsenal dikhabarkan berminat mendapatkan pe-nyerang berusia 27 tahun itu, sebaik saja dia menyuarakan hasrat untuk meninggalkan kelab Itali, Napoli.



Bagaimanapun Higuain me-ne-gaskan, Anfield adalah desti-nasi pilihannya selepas mendapat tahu dia turut menarik minat Liverpool,
Napoli meletakkan 72 juta pound (RM427.23 juta) sebagai nilai Higuain, namun Liverpool mungkin berpeluang membeli pemain itu dengan harga sekitar 42 juta pound (RM249.22 juta).
Menurut akhbar Itali, Sport Mediaset, Higuain merayu kepada Napoli supaya menerima sebarang tawaran yang dikemukakan oleh Liverpool kerana dia sememangnya amat berminat untuk menyarung jersi The Reds.



Sementara itu, Arsenal bersedia untuk mendapatkan William Carvalho selepas hilang minat terhadap Arturo Vidal, menurut laporan akhbar Britain.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kini mengalihkan tumpuannya kepada pemain tengah selepas berjaya mendapatkan penjaga gol, Petr Cech.
Bintang Juventus, Vidal sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates, tetapi ada laporan mengatakan Arsenal sudah mula hilang minat terhadap pemain itu dan beralih tumpuan kepada Carvalho.



Carvalho, bintang Sporting Lisbon berada dalam radar Gunners, dan akhbar Daily Star melaporkan, dia kini merupakan sasaran uta-ma dengan nilai perpindahan 20 juta pound (RM118.68 juta).
Bagaimanapun, Manchester City juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Portugal itu. – AGENSI


- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/b ... thash.XMKyji4b.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 05:05 PM | Show all posts
Chelsea to sign Turan, Falcao; Man City to miss out on Paul Pogba
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.447108 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list