CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2798|Reply: 5

Landskap serlah identiti pemilik

[Copy link]
Post time 19-9-2014 11:06 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Garapan seni bina yang unik tidak hanya diketengahkan menerusi binaan semula rumah pusaka itu, kerana kediaman utama pasangan suami isteri ini juga tidak kurang hebatnya.
[size=0.9em]Malah, pencinta dunia seni ini cuba menzahirkan binaan dan persekitaran lebih eksklusif menerusi gabungan material moden dan tradisional.



[size=0.9em]Nyata idea seni bina yang cuba dizahirkan dirancang rapi supaya binaan tersergam gagah itu menampilkan identiti pemiliknya.

Bahagian tingkap dan bumbung kediaman itu tampil unik dengan kemasan kayu yang menyerlahkan nilai estetikanya.

[size=0.9em]BERSANTAI di sini seketika sambil menyaksikan panorama landskap dari kolam renang.


[size=0.9em]
Idea itu memperlihatkan kesinambungan antara kediaman asal dengan rumah pusaka.
[size=0.9em]
Sekali gus membuktikan kombinasi menarik dan mampu mencipta idea seni bina yang tidak lapuk ditelan zaman.

Turut menyumbang, latar landskap berkonsepkan hijau yang cuba diketengahkan tidak kurang menariknya dalam melengkapkan keindahan sebenar.

Jika Rosnah begitu teruja memperincikan binaan semula rumah pusaka, Rahim pula dikatakan arif berkenaan latar landskap.

Penataan taman merangkumi segenap sudut itu bermula dari kediaman utama hingga rumah pusaka itu.

“Konsep santai dan ringkas menjadi idea utama supaya sesiapa saja yang berada di taman lebih selesa serta terasa bagaikan kediaman sendiri.

“Sejak mendiami rumah ini pada 2008, latar landskap mula dibina sedikit demi sedikit hinggalah pemandangannya seperti hari ini.

“Apatah lagi seisi keluarga lebih selesa dalam persekitaran hijau tanpa terlalu sarat dengan tanaman tidak sesuai,” kata Rahim yang juga pesara kerajaan.

Rumput terbentang hijau dengan pelbagai tanaman terpilih ditanam dalam pasu atau atas tanah.

Hamparan rumput itu sengaja ditanam dalam kapasiti yang besar untuk memberi peluang kepada keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga menikmati sepenuhnya suasana semula jadi.

Di tepi pagar pula, beberapa pokok buah-buahan seperti mangga menghiasi sudut dengan karakter tersendiri.

Material pagar yang dibina berasaskan kayu juga tidak dinafikan menjadi elemen tambahan mencipta sudut keindahan dari pandangan berbeza.

Kehadiran wakaf yang menjadi tempat santai bersebelahan pokok mangga itu menambahkan keceriaan sebaik berada di taman.

“Tiada lain yang cuba kami ketengahkan. Sekadar berkongsi suasana semula jadi yang semestinya menjadi terapi buat sesiapa saja.

“Merehatkan minda dengan berenang di kolam mini sambil menikmati panorama landskap pastinya lebih menarik,” kata Rahim.

Lebih menggamit rasa apabila pemandangan hijau itu dapat disaksikan sepenuhnya ketika berada di rumah pusaka.

Dari sudut mana sekali pun terutama beranda, keindahan landskap tetap menarik sepanjang masa.

Bahagian depan rumah pusaka itu pula turut ditanam pokok hijau berbunga segar.
Menjadi simbolik kemesraan menyambut kunjungan tetamu ke rumah pusaka itu.

Bagaimanapun, panorama landskap tidak terhenti di situ kerana pada satu sudut khas, ditanam pelbagai tanaman herba untuk keperluan dapur.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2014 11:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 09:53 AM | Show all posts
Besar modal kalau nak buat landscpe macam ni...cuma orang berkemampuan aje
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 12:54 AM | Show all posts
cantik jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg impi begini.. tapi kosnya x termimpi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:04 AM | Show all posts
Comey......
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.175930 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list