SHAH ALAM - Michelin Malaysia Sdn. Bhd. (Michelin) hari ini melancarkan dua tayar berprestasi tinggi baharu bagi sektor pengangkutan dan trak. Dua tayar itu merupakan Michelin X Workz Z dan X Line Energy Z.
Michelin X Work Z, tayar semua permukaan yang direka untuk kegunaan bercampur di jalan raya, tapak pembinaan dan kuari manakala X Line Energy Z dikhaskan di atas lebuh raya dan jalan-jalan utama lain. Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Beltran Yturriaga berkata, kedua-dua tayar baharu itu mampu menjanjikan prestasi unggul disamping meningkatkan hayat tayar, pengurangan penggunaan minyak dan meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya. - KOSMO!
|