CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2240|Reply: 4

Berdepan kemerosotan ekonomi negara

[Copy link]
Post time 11-10-2014 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Kali pertama berdepan kegawatan ekonomi adalah pada tahun 1997.Aku juga merasa bahananya.Bisnes untung 10K merudum kepada 1K.
Ramai gulung tikar.Aku bersyukur kerna dapat bertahan sehingga ke hari ini wlupun tidak kaya raya dan Alhamdulillah mampu membayar zakat perniagaan hingga hari ini.

Namun akhirnya negara pulih pada tahun 2000.Ekonomi semakin makmur.

Namun akhir-akhir ini ,banyak dasar telah berubah.Hutang negara RM200 bilion sahaja meningkat kepada RM500 bilion walaupun tiada projek
Mega spt KLIA dan KLCC.Harga barang-barang keperluan naik mencanak hinggakan Menteri Sukan pn turun ke pasar.Satu tindakan pelik di mana
pengawalan barang di bawah Kementerian lain.

Dalam dunia ini ,semua negara berdepan dengan masalah kemerosotan ekonomi.Negara Iraq yang kaya raya dan mata wang pernah mencecah
RM10 satu dinar akhirnya papa kedana selepas perang Iraq.Begitu juga Mesir,Syria dan negara-negara lain akibat perang.

Greece yang suatu dulu sebuah negara kaya hingga mampu memberikan pendidikan percuma akhirnya bangkrap dan berhutang berbilion dolar
dengan IMF dan Bank Dunia.

Masalah ekonomi bersangkut paut dengan kehidupan rakyat,justeru kita perlu peka  .Kdgkala apabila Amerika menyerang negara lain,kesannya dirasai pelusuk dunia kerna Amerika adalah paksi dunia.

Tanda kemerosotan ekonomi boleh dilihat :
a) Peningkatan jumlah pengangguran.
b) Jumlah jenayah seperti ragut dan pecah rumah bertambah.
c) Tiada kenaikan gaji.
d) Peruntukan dikurangkan (contohnya dalam Bajet 2015 )

Bagi mereka yang berpendapatan rendah dan miskin,kemerosotan ekonomi negara amat MEMBEBANKAN.Malah mereka yang bergaji RM3K hingga 5K pun terpaksa mencatu perbelanjaan.

Jikalau dahulu belanja dapur RM500 sebulan sudah cukup,sekarang RM2000 belum tentu cukup.
Wang dibelanjakan untuk membayar ansuran rumah,sewa rumah,ansuran kereta,minyak,perbelanjaan anak sekolah,
perbelanjaan peribadi dan pelbagai perbelanjaan .

Nilai wang semakin kecil akibat kenaikan harga barang-barang keperluan.Kesan kemerosotan ekonomi dirasai semua sama ada peniaga,
kakitangan kerajaan,kakitangan swasta dan semua rakyat.

Apa yang perlu dilakukan :

1.Jangan bergantung dengan pendapatan sedia ada.

Ramai yang bekerja dan berpendapatan rendah ,hanya bergantung dengan pendapatan semasa wlupun harga barang2 keperluan semakin meningkat.

Mereka perlu mencari pendapatan tambahan sama ada bisnes online,bisnes segera ( jual pisang goreng etc ) slps waktu kerja.

Mereka juga boleh mendapatkan wang dengan mengambil upah memotong rumput,mengambil upah mengajar mengaji dan sebagainya.

Jika hanya bergantung dengan pendapatan sedia ada,kehidupan akan semakin tersiksa.

Kita tidak boleh menuding jari  ke sana sini ,ia tidak menyelesaikan masalah.Kita yg perlu membantu diri sendiri.

2.Peranan isteri.

                 Jumlah isteri yang menjadi suri rumah dan hanya bergantung dengan pendapatan suami amat besar.Mereka tidak boleh berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan keluarga.

Pada zaman byk fasiliti seperti internet dan  cara SOHO ( Small Office home Office ) ,suri rumah boleh mendapatkan wang melalui pelbagai jenis
perkhidmatan dan bisnes.

            Guru tadika contohnya boleh membuat tuisyen mudah dan murah untuk murid sekolah rendah mengikut kebolehan yang dimiliki.Membuat
pelbagai jenis kuih ,mee ,lauk dan sebagainya untuk dijual sendiri di lokasi utama atau menumpang di gerai dan restoran.

            Suri rumah juga boleh membantu suami mencari pendapatan .Jika menjaga seorang anak orang mendapat RM300,3 orang sudah RM900.Sekurang-kurangnya ia juga meringankan beban suami.

Ada seorang isteri mengambil upah sembat baju kurung dari kilang dan mendapat RM2000 sebulan hanya bekerja di rumah.Peluang ada
di mana sahaja.


3.Pelajari cara menjimatkan Perbelanjaan.

               Apabila wang semakin sukar didapati,manakala harga keperluan naik mendadak,kita perlu bijak merancang kewangan.

Sepasang suami isteri contohnya,sentiasa membuat tinjauan harga barang-barang.Contohnya harga Milo kedai A murah,beli di kedai A.
Harga beras murah di kedai B,beli di kedai B,harga ikan murah di kedai C,beli di kedai C.

Dalam sehari kdgkala suami isteri berpusing hampir 20 kedai runcit demi menjimatkan wang dengan motosikal.Wlupun ia memenatkan ,namun berjaya menjimatkan wang.

Jika anak bersekolah seramai 5 orang dan wang saku RM5,jumlahnya RM25.Ibu bapa boleh menyediakan sendiri bekal ke sekolah
untuk menjimatkan wang.

Aku pernah berpindah rumah sewa RM300 ke rumah RM50 sebulan demi menjimatkan wang.Itu cerita tahun 90an...

4.Abaikan apa yang tidak penting.

             Melancong memang menghiburkan dan menghilangkan stress.Namun melancong dalam negara pun memakan ribuan ringgit.
Disember tahun lepas aku membawa anak-anak ke Legoland,bersantai 3 hari di Johor pun memakan belanja 2K.

Dlm keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan,utamakan apa yang lebih penting.Melancong,makan KFC,menonton wayang,
membeli pakaian baru dan sebagainya adalah kategori TIDAK PENTING .

Anak-anak perlu diberitahu mengenai kewangan dan belajar pengurusan wang sejak mrk kanak-kanak.Mrk akan faham .

5.Insya-Allah lain kali aku sambung.....


  


p/s : thread ini tidak sesuai dibaca mereka yang berpendapatan RM50K  ke atas sebulan.Tulisan ini hanya sebagai membantu mereka yang berpendapatan rendah .
Harap MAKLUM.















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 03:57 PM | Show all posts
peningkatan kos sara hidup dibandar meningkat mendadak. siapa yang gagal mengatasinya, akan hidup tersepit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 04:35 PM | Show all posts
Kalau dah yang RM6,500 pun terpaksa ikat perut..
Kita-kita ni camnerlaa
By the way, tahniah kerana ko masih bertahan dalam perniagaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 05:25 PM | Show all posts
AYAKAISHI_AYASY posted on 13-10-2014 04:35 PM
Kalau dah yang RM6,500 pun terpaksa ikat perut..
Kita-kita ni camnerlaa
By the way, tahniah kerana ...

tu la bkn senang nk jd senang....

skrg ni apa pn jenis bisnes merudum....



Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:33 AM | Show all posts
Edited by chaintea at 27-1-2015 09:40 AM

byr bil secara ansuran tiap hari

kita meniaga sendiri..tepi jalan lak tu
maka byr sikit sikit
hadap je la panggilan rindu dr bank bank
jnji byr..walopon ansuran tp everyday tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.065495 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list