Assalammualaikum untuk semua warga m.forum. Maafla kalau saya bercerita terlalu panjang lebar serta susunan ayat yang menjemukan untuk dibaca. Apa2 pun saya harus bercerita serta mahu dikongsikan bersama2 pembaca di m.forum ini, terpulanglah pada kalian untuk menilai samada baik atau buruk mengenai pengalaman saya lalui ini ataupun turut bersama2 untuk berkongsi pendapat,memberi cadangan serta pengalaman terutama bagi mereka yang pernah mempunyai pengalaman seperti saya ini.
Ini adalah pengalaman pertama saya yang tinggal bersama2 dengan seorang housemate yang telah disahkan oleh doktor dimana beliau menghidap penyakit HIV+ dan seboleh2nya perkara ini telah dirahsiakan kepada saya pada mulanya tetapi akhirnya dapat diketahui setelah saya menyelidiki ubat yang diambil. Hal ini tidak diketahui oleh pihak yang lain seperti rakan2, ahli keluarga, saudara mara dan orang yang berkaitan melainkan saya sendiri. Untuk makluman pembaca semua, pada mulanya saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan tinggal sebumbung bersama2 dengan penghidap penyakit HIV+ ini. Tetapi apakan daya sudah ditakdirkan oleh qada dan qadar Allah SWT untuk saya tinggal bersama2 dengan housemate saya yang menghidap HIV+ dan saya hanya redha serta pasrah malahan mampu untuk menerima hakikat seperti yang telah tesurat dan tersirat ini.
Pertemuan Yang Tidak Di Sengajakan
Untuk pengetahuan kalian, saya mengenali beliau sekitar tahun 2011 semasa saya berada disebuah majlis keramaian anjuran syarikat tempat saya bekerja disebuah hotel yang bertempat di Kuala Lumpur. Secara kebetulan pada masa itu saya baru sahaja menjadi kakitangan baru didalam organisasi syarikat tempat saya bekerja dimasa sekarang ini. Pertemuan tanpa disengajakan ini pada awalnya adalah apabila seorang daripada rakan saya ingin mencari rumah sewa untuk diduduki sebelum akhir tahun 2012 dan semasa inilah rakan kepada rakan saya itu turut sama2 berminat bagi mencari rumah sewa untuk mereka tinggal. Tanpa ada banyak persoalan saya mempelawa rakan saya itu untuk tinggal bersama2 dengan saya disebabkan saya memang tinggal berseorangan sebelum ini dan tidak salah kalau mereka menjadi teman serumah. Sebelum akhir tahun 2012 rakan saya telah pun berpindah masuk ke rumah saya dengan tidak dikenakan sebarang bayaran wang pendahuluan seperti yang dikenakan oleh penyewa2 yang lain. Saya hanya menyewakan kepadanya bilik dibahagian tengah manakala untuk rakannya itu saya hanya menyewakan bilik dibahagian belakang berkeluasan sedikit kecil iaitu berhampiran dengan dapur kering. Selang beberapa hari kemudian, rakan kepada rakan saya itu telah berpindah masuk ke bilik belakang seperti yang saya maksudkan. Dipendekkan cerita, tidak sampai setahun tinggal sebumbung bersama2 rakan saya yang menyewa dibilik tengah tersebut, beliau akhirnya telah berpindah keluar daripada kediaman saya ( biar saya gelarkan namanya D ). Mungkin rezekinya tidak lama di syarikat tempat saya bekerja setelah D menerima tawaran baru di sebuah syarikat yang lain dan syarikat tersebut yang bertempat diluar Kuala Lumpur. Maka sekarang ini hanya tinggal saya bersama rakannya ( biar saya gelarkan namanya F ) dirumah saya. Sebenarnya saya pun tidak kisah untuk tinggal bersama2 dengan F walaupun kami berdua tidak sama tempat kerja, serta saya melayannya dengan baik seperti sahabat sendiri dan lama-kelamaan persahabatan kami semakin rapat dan erat seperti adik-beradik saya sendiri. Saya sememangnya begitu faham kadang kala F berada dalam kesempitan wang dan tidak dapat membayar sewa biliknya pada bulan berikut secara on time. Saya sememangnya tidak kisah langsung sebab itu adalah rumah saya, dan saya yang memilikinya. Bagi saya tidak salah untuk saya berbakti kepada yang memerlukan. Duit, harta benda, dan kemewahan sememangnya tidak boleh dibawa ke mati.
Pada satu malam saya telah pulang lewat disebabkan terlalu sibuk menguruskan hal2 kerja yang begitu banyak kerana ada beberapa orang atasan dari HQ datang untuk menjalankan proses audit. Seingat2nya, saya telah pulang ke rumah pada sekitar jam 11:30 malam dan apabila melangkah masuk ke dalam rumah alangkah terkejutnya saya apabila mendapati F telah pengsan dan terbaring diatas lantai secara tertiarap. Melihat badannya yang sedikit membengkak dan nafasnya pula sekejap turun sekejap naik dan termengah2, F juga turut terkencing dan juga terberak disitu membuatkan saya hampir2 panik. Tanpa berlengah lagi saya mencapai smart phone dan segera menghubungi khidmat ambulans disalah sebuah hospital pinggir bandar KL untuk membawa F ke hospital sebelum apa2 perkara yang buruk berlaku. Sambil menunggu ambulans tiba, saya turut membersihkan kencing dan juga beraknya tanpa memikirkan rasa geli geleman malah turut menukarkannya dengan pakaian yang baru sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans. Pada ketika ini saya melihat air kencing F sentiasa mengalir perlahan tanpa henti2 dan saya terpaksa mengalaskan beberapa helai tisu tebal pada seluar dalamnya. Dalam keadaan yang sebegitu kalut, saya turut memeriksa telefon bimbit F untuk mencari nombor2 telefon penting iaitu nombor telefon ahli keluarganya yang terdekat bagi memaklumkan mengenai keadaan F yang begitu kritikal dan perlu dihantar ke hospital. Kurang daripada 15 minit kemudian ambulans selamat tiba diperkarangan rumah saya dan pada semasa ini jugalah ramai jiran tetangga turut menyaksikan kejadian ini dan tidak kurang pula ada beberapa orang diantara mereka yang bertanyakan kepada saya apa sebernya yang telah berlaku, malah saya tidak sempat menjawab apa2 pertanyaan mereka kerana berada dalam keadaan yang tergesa2. Sejurus itu F dibawa ke hospital berhampiran dengan kediaman saya dengan khidmat ambulans yang saya dihubungi. Disebabkan keadaan F yang tidak begitu mengizinkan dan berada dalam situasi yang agak kritikal, F telah pun dimasukkan ke dalam wad ICU dan saya sendiri tidak dibenarkan langsung untuk mengiringinya ke dalam wad ICU tersebut. Sungguh pun berada dalam keadaan yang tidak tenang, saya hanya mampu menadah tangan untuk terus berdoa kepada Allah SWT agar semuanya berada dalam keadaan yang selamat.
Setiap hari selepas tamat waktu kerja saya sudah pasti akan singgah sekejap untuk melawat F yang berada dihospital bagi memastikan keadaan F berada dalam keadaan yang baik sekiranya apa2 yang berlaku saya harus bertanggungjawab sebab saya adalah rakan serumahnya dan orang yang paling hampir dengannya. Alhamdulillah, F telah pun separuh sedar dan keadaanya amatlah begitu lemah, sampaikan makan perlu disuapkan oleh jururawat dan saya sendiri. Apa yang saya perhatikan keadaan fizikal F ketika itu adalah sedikit susut badannya dan kulit badannya menjadi kering bersisik dan ada sedikit mengelupas. Sungguh kasihan dan tidak sampai hati saya untuk melihat F seperti itu dan apa yang lebih menyedihkan saya lagi badannya turut dipenuhi wayar2 sokongan nyawa yang begitu berselirat termasuklah bantuan oksigen, pada masa inilah juga hampir2 tumpah air mata saya apabila memikirkan F yang sedang bertarung nyawa antara hidup dan juga mati. Selang seminggu kemudian, keluarga terdekat F datang melawatnya dan ada yang menitiskan air mata sebab tidak sanggup melihat keadaan F yang begitu kurus dan kulitnya mengelupas2 dan warna kulit F yang secara drastik berubah menjadi gelap akibat daripada kesan sampingan ubat yang diberi ( Hi-Dose ). Tidak kurang pula ada dikalangan ahli keluarga F kerap bertanyakan kepada saya mengenai berbagai2 soalan yang tidak mampu terjawap oleh saya sendiri apa punca F dimasukkan ke hospital sehingga begitu kritikal. Tiga minggu selepas keadaan F sedikit stabil, F ada memaklumkan kepada saya bahawa pada setiap hari terutamanya semasa waktu rehat ada juga beberapa orang rakan sekerjanya dan kenalan rapatnya yang hadir menziarahinya setelah diberitahu oleh ahli keluarga terdekat F melalui FB serta whatsapp. Ketika ini sememangnya saya tidak mahu bercakap banyak dengan F mengenai siapa yang datang menziarahi F, dan saya hanya menyuruh F supaya lebih banyak berehat dan makan ubat mengikut waktu seperti yang telah disarankan oleh doktor dan memakan makanan yang telah dihidangkan supaya badannya bertenaga sedikit.
Setelah hampir dua bulan berada di dalam wad, F telah dibenarkan untuk pulang semula ke rumah bagi membolehkan F untuk terus berehat disamping itu juga F turut diberikan cuti sakit selama tiga minggu dimana tempoh cuti sakit tersebut merupakan tempoh yang panjang. Pada hari F dibenarkan pulang, kebetulan pula saya secara tidak sengaja ada memohon Annual Leave bagi menghabiskan cuti tahunan dan peluang inilah yang saya guna untuk berada di hospital pada hari itu bagi menguruskan segala dokumen urusan keluar hospital untuk F. Setelah segala dokumen urusan keluar hospital selesai pada tengahari itu, saya terus membawa F pulang ke rumah dengan secepat yang mungkin kerana F keadaan pun masih lemah dan F kelihatan tidak begitu bertenaga sangat untuk berlama2 berada diluar. Segala bekalan ubat-ubatan yang diberikan turut dibawa bersama2 didalam sebuah beg khas. Alangkah banyaknya ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital untuk F kata saya didalam hati. Tetapi tidak mengapa saya faham F sedang sakit dan keadaan tidak begitu mengizinkan dia untuk melakukan sebarang aktiviti luar dan kerja2 berat serta pergerakan yang banyak. Sampai sahaja dirumah saya terus memapah F keluar daripada kereta bagi membolehkan F dibawa masuk kedalam rumah, dan saya dudukkan F sebentar di sofa untuk sementara agar F dapat berbaring disitu sementara saya menyiapkan bilik. Ketika F berbaring di atas sofa inilah itu saya menyiapkan bilik tidurnya bagi membolehkan F berada dalam keadaan yang selesa dan dapat berehat dengan tenang tanpa ada sebarang masalah dan gangguan. Saya telah menempatkan F di bilik saya ( Master Bedroom ) dari bilik asalnya dibahagian belakang kerana bilik saya dilengkapi dengan bathroom malah secara tidak langsung dapat memudahkan F untuk menggunakannya tanpa perlu bersusah payah untuk keluar masuk dari bilik itu. Saya pula hanya tidur diruang tamu rumah sepanjang dalam tempoh tersebut dan sekiranya saya hendak menyalin atau mengambil pakaian barulah saya akan masuk ke bilik saya. Sememangnya saya tidak kisah untuk saya tidur diruang tamu rumah kerana tiada apa2 yang hendak dirisaukan sebab rumah ini adalah rumah saya sendiri. Untuk pengetahuan semua, setiap kali saya berada di pejabat, saya kerap menelefon atau ber whatssapp dengan F untuk bertanyakan tentang keadaannya, malah saya ada juga meminta bantuan daripada jiran sebelah untuk memantau keadaan rumah sebagai langkah berjaga2 untuk sebarang kemungkinan. Maklumlah orang yang dalam keadaan lemah dan sakit bermacam2 kejadian yang tidak dijangka boleh berlaku sekiranya tidak dipantau dengan sempurna. So sebelum apa2 yang tidak dijangka berlaku saya telah meminta jasa baik jiran sebelah rumah untuk memantau keadaan luar dan juga didalam rumah.
Pengambilan Ubat Yang Berterusan
Masa sebegitu cepat berlalu, setelah hampir sembilan bulan dimana F telah keluar daripada hospital, apa yang saya lihat F sentiasa tidak pernah untuk ‘Miss’ mengambil ubat yang dibekalkan setiapkali membuat pemeriksaan bulanan dihospital. Malahan pada setiap 12 jam F akan makan ubat dan F turut setkan pemasa di telefonnya sebagai ‘Reminder’ agar tidak terlupa untuk makan ubat apabila tiba waktunya. Kini, F seperti yang saya kenal semakin sihat dan berselera untuk menjamah makanan, Alhamdulillah saya gembira melihat perubahan F dimana keadaanya semakin sihat dan bertambah baik dan kearah yang lebih positif. Sepanjang saya menjaga F ketika beliau dalam keadaan yang sakit dan lemah semasa dirumah dulu, saya tidak pernah langsung tergerak hati untuk bertanya ubat jenis apa yang telah dibekalkan oleh hospital kepada F untuk beliau makan pada setiap hari. Apa yang saya ingat semasa itu adalah setiap kali sampai waktunya saya akan menyuapkan F ubat dan menyuapkannya sedikit makanan yang saya masak/beli dan tidak pernah untuk terfikir apatahlagi bertanya dengan lebih lanjut mengenai jenis ubat2nya, almaklumlah F berada dalam keadaan sakit dan juga lemah tidak sampai hati untuk saya serabutkan fikirannya itu. Sehinggalah pada suatu hari, hati saya telah terdetik untuk bertanya F berkenaan ubat apa yang beliau makan setiap hari dan apa fungsi ubat2 tersebut sebab jika dilihat nama ubat2 itu dan jenis ubat2 itu adalah agak asing bagi saya dan ianya membuatkan telah timbulnya pelbagai persoalan dalam hati saya sendiri. Terutamanya telah hampir setahun F telah keluar darpada wad akan tetapi F masih lagi mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan kiranya masih bergantung pada ubat2an.
Disebabkan ubat2tan itu telah menimbulkan pelbagai2 persoalan dan juga kemusykilan, saya tergerak hati untuk menyelidik sendiri ubat2 yang dibekalkan oleh hospital pada F, pada ketika ini F telah pun bekerja seperti biasa. Saya mengambil beberapa jenis botol ubat2 yang telah kosong dan tanpa banyak memikirkan apa2 terus saja digoogle nama dan jenis ubat2 tersebut. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu itu adalah merupakan ubat untuk pesakit HIV+ dan fungsi ubat tersebut adalah untuk melemahkan serta melambatkan aktiviti virus HIV itu dari terus menyerang sistem daya tahan pesakit HIV. Sekarang barulah saya faham menagapa F pengsan secara tiba2 dirumah pada malam itu dan terlantar sakit selama hampir dua bulan dihospital sehingga badan F telah menjadi kurus kering adalah disebabkan oleh penyakit HIV+ yang menyerangnya. Hampir sejam saya terduduk diatas sofa depan kaca tv apabila terbaca keterangan ubat2 tersebut dari google. Tapi tidak mengapa, saya harus berfikiran positif dan saya juga tidak boleh meminggirkan F, saya tahu F memerlukan sokongan. Saya sebelum ini ada terbaca beberapa artikel mengenai pesakit HIV ini begitu sensitif emosinya terutamanya bila berbangkitnya beberapa isu yang membuatkan pesakit itu sensitif.
Semasa F pulang kerumah dari tempat kerjanya, saya agak keberatan pada mulanya untuk menyuruh beliau berterus terang sahaja akan penyakit yang dihidapinya. Tetapi sebab tidak mahu berlengah2 saya terus memberanikan diri saya untuk bertanya semula kepada F yang dia sebenarnya menghidapi penyakit apa ( pertanyaan kali kedua saya). F hanya jawap itu adalah sakit biasa2 saja, kurang minum air, kerja terlalu kuat, kurang makanan berkhasiat, merokok, dan paling terkejut pengakuannya adalah sebab terkena santau dengan bekas isterinya… MasyaAllah,Nauzubillah. Dalam keadaan yang serba salah itu saya turut memberanikan diri untuk berterus terang bahawa saya telah pun mendapat tahu berkenaan penyakit yang dihidapinya iaitu HIV+. Reaksi wajah F amat terkejut dan terdiam sahaja semasa saya memberitahu tentang F mempunyai penyakit HIV+. Lantas saya pegang bahunya dan sempat memberikanya kata2 semangat kepada F bahawa saya sesekali tidak akan meminggirkannya apatah lagi untuk menyuruhnya keluar dari kediaman saya. Saya boleh terima F seadanya walau mempunyai HIV+ dan sebagai seorang sahabat saya akan tetap memberikan sokongan penuh kepada F sendiri. Ketika itu F menangis sambil memekup mukanya dan terus memeluk erat saya selepas itu, dan dalam nada tersekat dan ada sedikit ketar2 F hanya mampu berterima kasih kepada saya kerana masih boleh menerimanya walau F menghidapi penyakitHIV+ dan jelas F dia bukan secara sengaja hendak merahsiakan penyakitnya itu dari mana2 pihak tapi F risau kerana masyarakat kebanyakan diluar sana ada segelintir masih tidak boleh menerima dan turut memandang rendah dengan pesakit HIV+ malah turut memberi perspektif yang agak serong dengan orang sepertinya.
….Seandainya ada diantara kalian dikalan semua seperti dalam situasi apa yang saya lalui, apa tindakan yang kalian akan lakukan? Adakah kalian masih mampu menerimanya atau pun melakukan perkara yang sebaliknya..?
Last edited by brader_CD on 17-10-2014 09:55 AM
|