CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] TMJ: Akad Nikah 24 Okt, Majlis Perkahwinan 8 Nov,

[Copy link]
Post time 20-10-2014 03:10 PM | Show all posts
TMJ boleh score
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 03:26 PM | Show all posts
Aku rasa bakal bini dia dpt lambo as hantaran dah..sbb bekenalan pun sbb lambo...haiii untung laa  
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni kawin sbgai formality saja...

Spare part maintain kiri kanan.. anytime nak blh dpt.. itulah pengorbanan sesiapa yg nk jd pasangan golongan berdarah biru ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:34 PM | Show all posts
kat metro ada gambar cik khaleeda ni versi photoshop(?)
sapa2 rajin tepek la kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:31 PM | Show all posts
cupu posted on 20-10-2014 11:49 AM
takut la aku klu jd khaleeda ni.sbb slalu jer dgr peel dia ni yg semenggah.

Tittle itu penting.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:03 PM | Show all posts
chinta89 posted on 20-10-2014 02:57 PM
penah tgk gambar bakal dia kat mne ntah.. tak secantik pajurah kan?

aah,pajurah lebih cantik,walaupun......errm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel posted on 20-10-2014 03:34 PM
kat metro ada gambar cik khaleeda ni versi photoshop(?)
sapa2 rajin tepek la kat sini


BH dh tolong photoshop..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:57 PM | Show all posts
Charlie_Lady posted on 20-10-2014 05:46 PM
BH dh tolong photoshop..

gmbr sama kat metro.
Tq ye tlg tepekkn.

dlm gmbr ni cik kida nmpk tua..
pdhal dia lg muda dr ai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 06:01 PM | Show all posts
Tahniah TMJ. Doa TMJ dan bakal isteri dirahmati dan bahagia selalu. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 06:06 PM | Show all posts




Macam Barbie Doll....

Last edited by kak_sue on 20-10-2014 06:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 06:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 06:10 PM | Show all posts
TMJ Tamat Zaman Bujang Jumaat Ini

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 11:54 AM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, Isnin.

Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.

Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu.

Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim.

Katanya, istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 Sept lepas dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor itu juga mengumumkan istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan.

Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.

Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.

Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.

Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.

Baginda mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.

Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan.

Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Januari  2007.

Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 06:13 PM | Show all posts
TMJ nikah jumaat ni lah 24hb Oktober 2014
8hb Nov tu istiadat bersanding

Selamat Pengantin Baru TMJ
didoakan bahagia till jannah

amin
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:31 PM | Show all posts
tahniah la . kesian si fazura .
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:51 PM | Show all posts
famri7 posted on 20-10-2014 12:44 PM
tema jdt ke sis

PPRT nya tema perkahwinan... hidup mati tonggang tonggik hanya untuk JDT ke sis?

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:51 PM | Show all posts
Tahniah TMJ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
fake mesti dh x sng ddk skrng..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:08 PM | Show all posts
tahniah kpd bakal pengantin.
w/pon tak minat missfake tp sbg pompuan, simpati gak dgn sheols... i feel ya, sista.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:18 PM | Show all posts
wa nak hadiahkan dia tiang bendera corner
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:22 PM | Show all posts
Ada mak kisah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.080664 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list