CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4539|Reply: 10

Formula Untuk Kulit Muka Yang Lembut Dan Cantik Berseri

[Copy link]
Post time 22-10-2014 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Pertama sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr salwa atas undangan sebagai penulis jemputan untuk blog klinik keputihan.Saya menerima undangan ini dengan hati terbuka dan perasaan syukur kehadrat Allah swt.  
Saya juga akan akan cuba melakukan yang terbaik sekedar mana kemampuan dan ilmu yang ada.Semoga pengalaman sebagai penyelidik herba yang pernah saya lakukan bersama pakar -pakar herbologi di dalam dan luar negara membantu.


Formula Khas Melembutkan Kulit Muka

Dari azali lagi,telah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki wajah yang cantik,gebu dan berseri-seri begitu juga impian kami dalam usaha untuk  merealisasikan apa yang setiap wanita hajati sehingga menjadi realiti.Bahan-bahan untu formula ini mudah didapati ,murah dan selamat untuk digunakan berbanding kosmetik yang di jual dipasaran.

Memandangkan ketika ini terdapat berbagai-bagai jenis dan ragam produk kecantikan dipasaran Malaysia.Namun sayangnya, KKM akhir-akhir ini banyak melakukan rampasan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan yang terlarang.Apa yang dibimbangi,kosmetik-kosmetik “haram” ini boleh menyebabkan kerosakkan yang kekal kepada kulit wajah apabila digunakan untuk jangkamasa yang lama.


Saya akan kongsikan rahsia dan formula serta cara yang selamat untuk mendapatkan kulit wajah yang lembut,cantik berseri-seri dan lebih muda dari usia anda sekarang.


Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:-


  • Pelembab Muka (sunblok tidak kira jenama asalkan yang halal)
  • Hidrogen perosida (air + oksigen dan boleh dibeli di farmasi)
  • Telur ayam(ambil putih  sahaja)
  • Sabun muka yang lembut (tidak kira jenama )
  • Bebola kapas dan tuala lembut

Bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat skrub muka:

  • ¼ camca teh gula merah
  • 1 camca teh cuka epal
  • 1 camca teh madu
Ketiga-tiga bahan ini dicampurkan dan di kacau sehingga sebati .

Cara-caranya :
  • Pertama sekali bersihkan kulit muka anda dengan sabun muka  yang lembut  dan sesuai untuk muka,tidak kira jenama apa sekalipun,asalkan yang halal.
  • Selepas itu sapukan scrub muka yang telah di buat tadi dengan rata,sama caranya sepertimana anda menggunakan skrub muka yang lain.Kemudian cuci muka dengan air bersih.Keringkan muka anda dengan tuala yang lembut.
  • Ambil bebola  kapas dan basahkan sedikit dengan hidrogen peroksida dan sapukan kepada wajah anda. Ini akan mengurangkan bakteria di kulit dan juga boleh menghilangkan tompok hitam.
  • Kemudian ambil putih telur disapukan pada muka sama sepertimana kita munggunakan masker.Biarkan sehingga 30 minit, ia akan merapatkan dan menegangkan semula kulit muka anda.
  • Selepas 30 minit ,hilangkan bekas masker putih telur dengan tuala lembut yang sedikit basah.
  • Untuk hasil yang lebih baik,ikuti  dengan pengunaan pelembap muka,sebaik-baiknya yang mengandungi sunblok disebabkan kulit muka mendapat banyak kerosakan dari sinaran uv.
  • Pada waktu malam sebelum tidur, bersihkan kulit muka anda dengan sabun dan hidrogen peroksida sekali lagi.
  • Tidur dengan bantal yang lembut dan bersih untuk mengelak dari jangkitan kuman pada muka.
Setelah melakukanya selama 3 hari,jangan terkejut apabila anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar,tiada lagi pori, tompok hitam dan kulit muka akan menjadi selembut sutera.

Selamat Mencuba!

http://www.klinikkeputihan.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2014 01:19 AM | Show all posts
PENYAKIT SEMBUH HANYA DENGAN KEYAKINAN MINDA

Bismillah,

Hartini adalah seorang pesakit kemurungan yang telah sekian lama berusaha untuk mengubati penyakit yang dihidapi sejak dari zaman gadis lagi.Dalam usaha mencari kesembuhan ,hartini telah banyak menghabiskan masa dan wang termasuk semua simpanan peribadinya.

Sehingga satu hari,hartini merasakan tidak boleh terus menerus berbelanja disebabkan kemampuan kewangan yang semakin terbatas.Rawatan perlu diberhentikan sementara waktu sehingga dapat mengumpul kembali wang yang mencukupi.

Setelah hampir berputus asa,akhirnya hartini mengunjungi saya dirumah atas anjuran seorang sahabat lama.Setelah bercerita dan mengakui atas ketidakmampuanya untuk terus menerus membiayai kos perubatan,hartini merayu saya seikhlasnya membantu dan hanya mampu membayar kos yang jauh lebih rendah.

Sebagai seorang doktor wanita yang berjiwa lembut dan bersikap kemanusiaan,tidak sampai hati membiarkan seorang wanita yang baik dan sopan ini menderita lebih lama lagi hanya disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk meneruskan rawatan lanjut.

Tanpa berfikir panjang,saya bersetuju untuk merawatnya tanpa mengenakan bayaran. Setelah merekodkan sejarah hidup hartini dan semua sejarah perubatannya selama ini, akhirnya saya memutuskan untuk memberinya ubat khusus yang perlu diambil setiap hari sehingga terdapat perubahan atau sembuh.

Seminggu sekali hartini akan mengunjungi saya dirumah untuk dikonsultansi dan menambah lagi stok ubatan. Seperkara yang tidak disedari hartini,sebenarnya saya hanya memberikan prekripsi kapsul yang berisi serbuk gula glukosa.”Ubat” ini sebenarnya tidak mengandungi bahan aktif bagi menyembuh penyakit,ia hanya kapsul biasa yang di isikan dengan serbuk glukosa.

Dalam istilah medik,ubat ini dinamakan plasebo. Dan itulah terapi yang saya berikan pada hartini selama beberapa bulan lamanya.Plasebo sebenarnya adalah “ubat saikologi” yang berfungsi sebagai penambah nilai keyakinan keatas efek harapan untuk sembuh.

Kesembuhan yang hartini nikmati,sebenarnya bukan dari kesan pengambilan ubat,umat Islam wajib percaya kesembuhan hanya dari Allah swt, namun setiap sesuatu usaha perlu penjelasan,rasa yakin,percaya dan optimisnya atas efek ubat itu merupakan satu proses penyembuhan tersendiri.

Setiap kali hartini mengunjungi rumah, saya akan memanggil anak kesayangan yang turut membantunya. Setiapkali anak saya mengunjungi hartini di rumahnya untuk sekedar menghibur dan menjadi teman dikala sepi.Kiriman salam yang di sampaikan oleh anak saya kepadanya menjadi motivasi tersendiri dalam proses mencapai kesembuhan. Alhamdulillah,sehingga kini hartini telah kembali sembuh 100%.

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui cerita tentang efek plasebo ini.Dan untuk menguatkan lagi cerita tentangnya,saya kemukakan satu kajian “double blind test “ yang pernah dilakukan dimana doktor dan pesakit,kedua-duanya tidak mengetahui apakah ubat yang digunakan samada plasebo atau ubat yang sebenarnya.

Efek yang didapati dari sejumlah pesakit yang diberikan ubat plasebo kemudian dibandingkan dengan pesakit yang diberikan ubat yang sebenarnya. Keputusannya,ternyata sama, tidak ada perbezaan antara dua kelompok pesakit tadi.

Bagaimana efek plasebo berlaku,biarlah pakar yang kompeten yang menjelaskannya.Kita hanya mengambil pelajaran bahawa keyakinan, fikiran, dan jiwa sangat besar pengaruhnya terhadap zahir dan batin manusia.Tentunya hasil dari kebijaksanaan pencipta yang maha agung.

Sekarang baru faham kenapa kita selalu disuruh untuk berfikiran positif dan menghindari pemikiran yang negatif.Ini disebabkan ternyata hubungan antara fikiran yang negatif dan kemungkinan datangnya penyakit tersangat rapat.

Dalam bukunya yang berjudul “self healing”, Louis Proto menjelaskan bahwa kekuatan atau kelemahan sistem kekebalan tubuh kita pada akhirnya dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan, kita rasakan, kita katakan dan kita lakukan.

Banyak kajian mendapati bagaimana pesakit yang menderita penyakit kronik yang berfikiran positif lebih besar kemungkinan untuk sembuh berbanding pesakit yang berfikiran negatif.
Keyakinan, fikiran dan jiwa yang positif akan menghasilkan sesuatu yang positif. Optimism adalah kekuatan terpendam yang boleh muncul menembusi dunia realiti.

Sebenarnya ada kekuatan yang besar dimiliki oleh jiwa kita untuk terapi-terapi kesihatan ataupun melakukan perkara-perkara yang luar biasa.Contohnya,ada diantara kita yang pernah melompat pagar,jika diukur dengan ukuran biasa agak terlalu tinggi,bila waktunya? ketika dikejar oleh anjing yang garang.

Realitinya,walaupun efek plasebo berkesan merawat beberapa jenis keadaan penyakit.Namun ilmu perubatan moden masih tetap diperlukan bagi merawat penyakit-penyakit lain yang bertahap serius atau mungkin yang memerlukan pembedahan untuk pulih.

Semoga bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:42 PM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tq..nanti leh cube scrub tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cuba gak la.. Mlm tadi duk cuba bersihkan muka gan soda bikabonat terasa gak pipi jd lembut...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:58 AM | Show all posts
tq for sharing
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-11-2014 03:09 AM | Show all posts
no problemo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2014 01:09 PM | Show all posts
DMT posted on 1-11-2014 03:09 AM
no problemo

ada siap yang dah cuba bagi lah feedback

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2014 03:02 PM | Show all posts
hai sonyap yo..kalau ada yg dah test boleh lah bagi feedback sikit,mungkin ramai lagi yg boleh cuba xpayah belanja mahal2 beli kosmetik yg banyak kimia
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 12:09 AM | Show all posts
mcm i, semasa cuci muka..saya akan letak pencuci muka kat muka..pastu ambik berus gigi brus kat muka secara bulatan..cara ni buat muka i kurang dpt jerawat dah..
lepas cuci..saya guna berus gigi kosong..berus bibir supaya bibir nmpak bersih dan anjal
lepas tu pakai toner, pakai pelembab...yg ni i akan selang seli...sehari pakai pelembap, sehari lagi pakai cream whitening
lepas tu..yg penting sekali i urut muka i ...cara2 urut tu ada kat youtub..i buat setiap hari supaya muka nmpk slim dan anjal
weekend..saya buat scrub sendiri...soda bicarbonat + Madu + perahan lemon + sedikit serbuk kunyit (letak sikit ja..nanti kuning sangat)...campur semua apply kat muka...lepas dah kering..cuci...yg ni mmg best..muka nampak bersih dan lembut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 12:10 AM | Show all posts
poyohabis replied at 29-10-2014 01:04 PM
Nak cuba gak la.. Mlm tadi duk cuba bersihkan muka gan soda bikabonat terasa gak pipi jd lembut...

mcm i, semasa cuci muka..saya akan letak pencuci muka kat muka..pastu ambik berus gigi brus kat muka secara bulatan..cara ni buat muka i kurang dpt jerawat dah..
lepas cuci..saya guna berus gigi kosong..berus bibir supaya bibir nmpak bersih dan anjal
lepas tu pakai toner, pakai pelembab...yg ni i akan selang seli...sehari pakai pelembap, sehari lagi pakai cream whitening
lepas tu..yg penting sekali i urut muka i ...cara2 urut tu ada kat youtub..i buat setiap hari supaya muka nmpk slim dan anjal
weekend..saya buat scrub sendiri...soda bicarbonat + Madu + perahan lemon + sedikit serbuk kunyit (letak sikit ja..nanti kuning sangat)...campur semua apply kat muka...lepas dah kering..cuci...yg ni mmg best..muka nampak bersih dan lembut

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.532230 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list