Kota Tinggi: Empat sekeluarga yang menaiki Perodua Alza maut dalam kemalangan di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Kampung Bukit Samsu di sini, pada jam 10.15 pagi tadi. Mangsa yang maut adalah Penolong Pengurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Bukit Easter, Ruhaizad Said, 48; isterinya, Aliza Osman, 45; anak bongsu lelaki, Muhammad Zaki, 13 dan ibu mentua Ruhaizad, Hainee Jamil, 70. Kejadian berkenaan membabitkan tiga kereta termasuk milik Ruhaizad, Proton Satria Neo dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish. Pemandu Satria Neo, Muhammar Mas Bakri, 21, mengalami kecederaan parah dan menjalani rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT). Empat sekeluarga itu dibedah siasat di HKT. Kesemua jenazah dijangka dikebumi di Kampung Makam Bendahara, Kota Tinggi selepas solat Isyak.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 3:38 PM
FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3864#sthash.cuNL7ogn.dpuf
|