View: 3148|Reply: 29
|
[Tempatan]
Azmin Jamin Salur RM500 Juta Untuk Infrastruktur Selangor
[Copy link]
|
|
Azmin Jamin Salur RM500 Juta Untuk Infrastruktur Selangor
Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 5:54 PM
Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
[email protected]
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyalurkan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM500 juta setahun kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing bermula tahun depan.
Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, keseluruhan wang tersebut akan diserahkan kepada setiap PBT untuk menyelesaikan empat isu utama iaitu jalan berlubang, banjir, sampah dan wabak demam denggi di negeri itu.
"Keluarkan wang (peruntukan) itu dan serahkan kepada PBT untuk kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan masing-masing.
"Ini bukan wang saya. Saya boleh kedekut dengan duit saya sendiri tetapi wang rakyat harus dikembalikan kepada rakyat.
"Rakyat tak minta lebih daripada kerajaan, mereka meminta supaya hak mereka dipertahankan dan kesejahteraan mereka terbela dibawah sebuah kerajaan berjiwa rakyat" katanya ketika berucap semasa majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Program Gotong-Royong Mega: Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014.
Tambah beliau, sebelum ini hanya sebahagian daripada peruntukan itu disalurkan kepada PBT manakala selebihnya dimasukkan ke dalam rizab negeri.
Kenyataan Azmin dilihat seolah-olah membidas tindakan bekas Menteri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan sebagai 'kedekut' dalam membelanjakan peruntukan ketika mentadbir negeri itu.
Menurut Azmin, rizab besar yang dimiliki Selangor sehingga membolehkan negeri itu diangkat sebagai sebuah negeri terkaya dibawah pimpinan Pakatan Rakyat tidak bermakna sekiranya kemudahan infrastruktur tidak dijaga.
"Apa guna rizab begitu besar tetapi jalan masih berlubang dan sampah tak diangkat. Ada PBT cakap tak cukup duit, ini Selangor. Sebab itu antara langkah awal kita buat adalah mengumumkan satu peruntukan yang cukup besar untuk penyelenggaraan," katanya.
Jelas beliau, sehingga hari ini sebanyak RM20 juta telah disalurkan kepada PBT untuk tujuan perkhidmatan kutipan sampah.
Beliau turut memberi tempoh masa sehingga 31 Disember ini kepada setiap PBT untuk menyelesaikan empat isu utama itu.
"Saya isytihar empat perkara utama itu harus diselesaikan sehingga 31 Disember ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kurang suka bila kata "untuk rakyat"
|
|
|
|
|
|
|
|
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM......... TUNGGU DAN LIHAT |
|
|
|
|
|
|
|
duit peruntukan dari kerajaan persekutuan... bukan dari duit rizab... duit rizab simpan tok aktiviti parti tok PRU 14... ekekeke... |
|
|
|
|
|
|
|
MB Penang punya kata...takder hujan lebat takder banjir |
|
|
|
|
|
|
|
BERITA BAIK UNTUK PENDUDUK SELANGOR ...
KALAU NAMPAK SAMPAH TIDAK DI KUTIP SILA TEKS KEPADA AZMIN "JOKOWI" ALI 012-2052020.
Nampak sampah belum kutip, ‘teks’ saya, kata MB S'gor Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberi masa tiga bulan kepada pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan semua sampah-sarap di Selangor, khususnya di kawasan Petaling Jaya. Malah, katanya, orang ramai boleh menghantar teks kepada nombor telefonnya jika mereka mendapati ada sampah yang belum dikutip. Kepada seluruh rakyat Selangor, gunakanlah kesempatan dan peluang terbaik ini .. dia berjanji semasa jamuan makan malam kutip dana untuk DAP di Petaling Jaya malam tadi. Seperti biasa sempat lagi kutuk pentadbiran lama TSKI lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus,
Harapnya dilaksanakan segera.
Tak tahan la, jalan banyak yg berlubang2 |
|
|
|
|
|
|
|
zaman khalid gagap pojaan ameno dulu, duit2 ni tak di salurkan...dia masuk fd, dapat 3.5% setahun... |
|
|
|
|
|
|
|
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyalurkan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM500 juta setahun kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing bermula tahun depan.
"Ini bukan wang saya. Saya boleh kedekut dengan duit saya sendiri tetapi wang rakyat harus dikembalikan kepada rakyat.
benda siAzmin cakap ni....itu pederal punya wang lah...
blakang kasi kutukan dewata ....
"Apa guna rizab begitu besar tetapi jalan masih berlubang dan sampah tak diangkat. Ada PBT cakap tak cukup duit, ini Selangor. Sebab itu antara langkah awal kita buat adalah mengumumkan satu peruntukan yang cukup besar untuk penyelenggaraan," katanya. "Saya isytihar empat perkara utama itu harus diselesaikan sehingga 31 Disember ini," katanya.
kito lihat 1.1.2015...adok clear tak... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa Khalid jd MB...macai2nya ckp khalid pandai perintah...jimat cermat..simpan billion2.
Saya ckp pandai APA kalau peruntukkan pusat tak guna..sampah berulat2 berminggu2 tak kutip...jln berlobang sana sini...rumput jln tak bersabit.
Saya pun boleh jd MB mcm tu..jual eset2 kerajaan...simpan duit peruntukan pusat..lepas saya dabik Dada pandai Dari khir toyo.
Skrg terbongkar duit marris tak guna sgt...macai mesti tak tahu malu punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 4-11-2014 04:18 PM
Dulu masa Khalid jd MB...macai2nya ckp khalid pandai perintah...jimat cermat..simpan billion2.
Sa ...
Makanya azmin lebih pandai menguruskan peruntukan yg ada untuk infra berbanding khalid lah yer dik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh...dulu kata masalah sampah disabotaj oleh HUMNO katanya. Sekarang salah Khalid |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 idea ni berjaya dan menguntungkan semua pihak. Next plan ialah untuk membentuk pemikiran Rakyat Malaysia yang majoritinya mempunyai mentaliti tahap dunia ke-3
kendian baru la suasana Selangor tuh urban dan menten |
|
|
|
|
|
|
|
vandergooh posted on 4-11-2014 04:23 PM
Makanya azmin lebih pandai menguruskan peruntukan yg ada untuk infra berbanding khalid lah yer d ...
Yalah...bajet dah lulus...gunalah...pi simpan dabik Dada kata pandai pada hal bodoh tu mendenya kak. |
|
|
|
|
|
|
|
penyo posted on 4-11-2014 04:25 PM
Oh...dulu kata masalah sampah disabotaj oleh HUMNO katanya. Sekarang salah Khalid
Secara tidak lansung..aiskrim dapat kenakan khalid. |
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 4-11-2014 11:06 AM
aku kurang suka bila kata "untuk rakyat"
Dah start liga rasuah PR..Untuk Rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
projek tuk rakyat atau tuk kroni azmin n PKR |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 4-11-2014 04:35 PM
Yalah...bajet dah lulus...gunalah...pi simpan dabik Dada kata pandai pada hal bodoh tu mendenya ka ...
Jangan cakap bodoh dik, nanti kena serang ngan org khalid, tak dapatlah laa akak backup... nanti semua salah umno... umno dan mahathir bela azmin...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|