CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 28-3-2015 05:18 PM | Show all posts
sharifa82 replied at 6-12-2014 12:09 PM
mmg terbaik keadaan kat sana tu. Sha pernah kene dengan gula2.

Ada satu hari tu, Sha b ...

oni-san resident malinja(zoo linja gelaran yg diberi oleh resident kolej pmpuan),penah dngaq cita n rsa ckit psai bnda2 kt ctu...hehehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ayen...tgu dgn pnuh setia smpi 5 thun..akhir nya nikah ngn org lain..
Takda jodoh ayen ngn perempuan tu..mcm2 halangan..

Cik nana..org yg dok sms ayen tu mmg tak tau la sape?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 07:07 PM | Show all posts
waketheladies replied at 18-1-2015 12:24 PM
kalu sha last 2004, aku baru nak masuk 2004...hujung tahun...

kiranya sha xsempatla studio DIDE ...

hehehe...hat nh ako penah dngaq cita...time nh klo xslap,bnda tu mcm mnegamuk sbb merak tu kena kcau ka macam mana ntah...ako dh lpa...

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 12:54 PM | Show all posts
cik.nana replied at 25-3-2015 11:04 AM
Kisah 29 - Kenduri Kahwin Takde Pengantin

Ni kisah manusia dengki busuk hati jugak ni. Yang ini t ...

Bila baca kisah ni dok asek terbayang je yg ayen tu pompuan
sebab ada member pompuan kami panggil ayen
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 11:56 AM | Show all posts
bookmark...sedara pun pernah kena cm tu ada orang dengki dia berkhwin dengan orang lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2015 10:03 AM | Show all posts
cik.nana replied at 25-3-2015 11:04 AM
Kisah 29 - Kenduri Kahwin Takde Pengantin

Ni kisah manusia dengki busuk hati jugak ni. Yang ini t ...

Cik.Nana takde story baru ke?

Rindu pulak dgn story Cik.Nana
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 04:48 PM | Show all posts
kesiannya ayen dengan bekas tunangnya tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2015 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah cik nana.... Hebat sungguh pengalaman mu ni.. Byk pengajaran bley saya dapat... Hebatttt hebat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 02:35 PM | Show all posts
Edited by Shareeza.K at 7-4-2015 03:26 PM

best!! layan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 03:48 PM | Show all posts
dh lama @cik.nana x update ceghita...
kita winduuuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 10:23 AM | Show all posts
bestt baca kisah cik.nana
bahasa & jln cerita yg mudah difahami
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:51 PM | Show all posts
tt menghilang ke mane.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 11:19 AM | Show all posts
Asslamualaikum w.b.k.t...

Adoi lamanya tak jenguk ke rumah sendiri, kerja dok merantau rumah orang *tiup-tiup habuk sikit*

Sebenarnya ada je online hari-hari, tapi jari ni rasa teramatla malas nak menaip. Mitok maaf la ke saing-saing hok mari sini nok baca kisah kita. Sibuk kerja pun ada jugak ni. Ini ada kelapangan sikit sebab bos pi outstation 2 minggu. Rasa macam menang muto bila bos kata nak pi outstation 2 minggu. Ni ada 1 kisah pendek sangat cik.nana kongsi ye.


Kisah 30 - Perempuan Misteri dalam Kereta

Alkisahnya, ada 1 hari ni, hujan turun agak lebat masa dah habis waktu kerja. Aku pergi balik kerja suami hantar naik motor berdua. Suami aku dah sampai dah masa ni, dalam pukul 6.15 macam tu. Memandangkan hujan, kami berdua tunggula kejap sementara hujan nak reda sikit. Tapi ceritanya, makin lebat adala. Tengok-tengok jam, dah nak pukul 7. Aku pun selamba je la ajak suami redah je hujan. Suami aku ikut je. Dia bawak motor slow-slow meredah hujan. Dalam 10 minit perjalanan kami, hujan mulai reda, alhamdulillah. Tapi sempatla jugak basah walaupun pakai baju hujan.

Hari makin gelap...

Masa nak masuk simpang menuju ke kawasan perumahan aku, sebuah kereta Myvi kelabu lalu sebelah kanan motor kami. Sipi-sipi je lutut kanan aku nak cium tepi kereta Myvi tu. Suami aku siap hon kereta sebab dah rapat sangat dengan motor kan. Aku pun angkat sikit visor, nak tengok kereta tu. Masa tu aku perasanla ada perempuan yg duduk kat seat belakang Myvi tu. Perempuan tu rambut panjang, muka putih macam cina. Dia tengok je aku. Aku jeling la sedas, marah ni marah sebab drebar dia bawak kereta macam apa je. Dalam gerimis tu, aku perasan perempuan tu terus tengok je muka aku dengan ekspresi kosong. Muka dia jenis takde perasaan punya muka.

Aku buat tak tahu je la mula-mula, tapi lepas tu aku rasa semacam sebab perempuan tu pandang aku tak berkelip-kelip pun mata dia. Sikit pun pandangan mata dia tak beralih ke lain. Aih, aku mula rasa lain macam. Aku pun cuit la bahu suami.

Aku: Abang, apsal minah tu dok tengok Sayang semacam je?
Suami: Mana?
Aku: Tu, dalam kereta Myvi bongok tu.
Suami: Mananya?

Suami aku pun macam terjenguk-jenguk arah kereta Myvi kat depan kami tu.

Aku: Ish, tu la, perempuan yg duduk kat belakang tu! Dia dok usha Sayang semacam je dari tadi.
Suami: Mana ada orang duduk kat belakang tu, Sayang...

Perlahan je suami aku cakap. Aku terus terdiam. Bulu roma dah mula meremang. Tengkuk dah rasa mengembang semacam. Suami aku tekan minyak motor, terus potong kereta Myvi tu. Aku sempatla pandang ke arah seat belakang kereta tu. Kosong! Memang dalam kereta tu cuma ada drebar bodo tu sorang je. Terus aku pandang ke depan dan peluk suami kuat-kuat. Natang betul, senja-senja gini kena kacau! Aku dok pikir macam tu. Nasib aku ler tu kan. Mujurla sampai takat tu je aku kena.


Ok, dah habis.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 12:47 PM | Show all posts
cik.nana replied at 24-4-2015 11:19 AM
Asslamualaikum w.b.k.t...

Adoi lamanya tak jenguk ke rumah sendiri, kerja dok merantau rumah oran ...

hadoyai...hijab ko dah terbuka ke nanaaaa

baru malam td dok baca pasal buka hijab..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 12:45 PM | Show all posts
cik.nana replied at 24-4-2015 09:19 AM
Asslamualaikum w.b.k.t...

Adoi lamanya tak jenguk ke rumah sendiri, kerja dok merantau rumah oran ...

mata ko ni mmg leh nmpk ye benda2 ni ...
nsb baik dia pndg je...
kalo minah tu berubah wajah x ke naya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2015 02:27 PM | Show all posts
bottombikini replied at 24-4-2015 12:47 PM
hadoyai...hijab ko dah terbuka ke nanaaaa

baru malam td dok baca pasal buka hijab..

Dulu dah biasa nampak. Lepas kahwin, dah berubat, dah tak nampak. Sekali-sekala tu ada la.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 02:29 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 27-4-2015 12:45 PM
mata ko ni mmg leh nmpk ye benda2 ni ...
nsb baik dia pndg je...
kalo minah tu berubah wajah x k ...

Dolu-dolu zaman bujang biasa dah nampak. Lepas kahwin, jarang sangat-sangat la nampak. Kalau nampak pun, macam sekali lalu/sekilas pandang je. Ni first time la nampak jelas gitu lepas dah kahwin ni.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 02:36 PM | Show all posts
cik.nana replied at 27-4-2015 12:29 PM
Dolu-dolu zaman bujang biasa dah nampak. Lepas kahwin, jarang sangat-sangat la nampak. Kalau nampa ...

oo mmg ade 6th sense la ni...untung ko ye....
tingin gak aku nk ade skali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 02:44 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 27-4-2015 02:36 PM
oo mmg ade 6th sense la ni...untung ko ye....
tingin gak aku nk ade skali

Untung pe fifie oiii... boleh sakit jantung juga dibuatnya kalau ko tengah tido, bukak je mata 'si dia' dok bertenggek sebelah!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.189926 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list