CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 15-11-2014 07:53 PM | Show all posts
Ape jadik lepak tu dekkk?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 08:17 PM | Show all posts
uishh seram. sambungannya tt. best best
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah.....seramnye citer cik ton ni
X sabo nk tau sudahnye
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
X tidoq aku bc cite hampa. Btw, aqif tu nm ank aku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhuhuhu.......saspen nye....saspen nye.......      

Bibir cik ton mmg merah ke sbb dia pakai lipstick?
Tak sabo nk bc sambungan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ishh berckp psl cik ton ni teringat pulak iklan cantik tak Kak ton???huhu...btw scary giler. sila sambung TT.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2014 12:07 PM | Show all posts
cik.nana posted on 13-11-2014 10:55 AM
Ni satu kisah lagi. Sebelum tu, saya bagitau dulu siap-siap, saya ada 6 beradik. Along (saya ler tu) ...

Cerita yang bagus
sampaikan salam saya pada ayahanda
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan please....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
TT mohon smbung
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 07:45 PM | Show all posts
nana..bila nk sambung lgi..
ape jadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 08:24 PM | Show all posts
Mintak maaf bagi yg tertunggu-tunggu sambungan kisah Cik Ton. Jom kita sambung.

=================================

"Naaaaaaanaaaaaaaaa..." selimut aku terus ditarik-tarik. Aku masih gigih memegang selimut, menutup kepala. Dalam hati, terus berdoa dan berdoa walaupun dalam ketakutan yg teramat. Aku pun tak ingat dah apa doa aku baca. Tiba-tiba, selimut aku berhenti ditarik. Suara yg memanggil nama aku pun berhenti. Aku duduk diam, tak bergerak walau sedikit. Aku menunggu sambil memasang telinga. Senyap sunyi. Bunyi cengkerik ke, katak ke, apa pun tak ada. Aku masih lagi belum berani nak buka kain selimut. Biarlah aku tunggu sampai Subuh nanti baru bukak.

Tapi...

Zrahhhhhh! Selimut aku direntap kasar, sampai terlepas dari pegangan. Aku menjerit tapi tak ada suara yg keluar. Nun di hujung kaki aku, sesusuk tubuh berdiri. Dalam samar-samar, aku nampak rambut yg menggerbang. Makinla aku menggigil. Aku tengok Ateh di sebelah. Masih tidur macam takde apa-apa yg jadi. Aku pandang depan, arah kaki aku. Dah nampak muka dia...

Cik Ton! Tapi ini bukan Cik Ton yg versi duduk tengok TV, bersanggul cantik berbibir merah. Ini Cik Ton versi yg aku nampak dok meratah ayam panggang kat dapur tu, versi yg menyeringai nampak gigi tajam-tajam. Aku pun tak tau hantu jenis apa gigi tajam-tajam macam jaws ni. Aku nak menjerit pun aku tak mampu dah sebab terlalu takut. Aku cuma mampu tengok Cik Ton dengan air mata berlinangan. Sungguh, aku rasa takut sangat. Sampai dalam kepala otak aku tak boleh nak fikir apa-apa.

Mata Cik Ton yg merah menyala merenung aku dengan marah.

"Ini... ini semua kau punya pasal!" marah Cik Ton. Sambil tu, dia panjat katil yg aku tidur. Ya Allah! Aku terus kaku atas katil. Cik Ton merangkak dari hujung kaki aku, perlahan-lahan naik ke atas. Seingat aku, aku dah berhenti bernafas masa tu. Mata aku terbeliak melihat muka yg menakutkan tu makin lama makin hampir dengan muka aku sendiri. Aku nak fikir pun, otak aku dah jem. Muka Cik Ton dah hampir benar dengan muka aku. Dia duduk mencangkung di atas badan aku.

"Heeeeee..." dia menyeringai, menampakkan baris gigi dia yg tajam-tajam. Dan akhirnya, dengan izin Allah, aku dapat menjerit. Kuat dan panjang aku menjerit. Cik Ton ghaib begitu sahaja. Aku terus bangun duduk sambil beristighfar berulang kali. Jantung masih berdegup kencang. Seluruh badan masih menggigil. Aku pusing arah Ateh, berniat mahu mengejutkannya. Tapi apa yg aku lihat di sebelah aku sebaliknya bukanlah Ateh, tapi satu makhluk berwarna hitam pekat dengan mata merah merenung ke arah aku. Menggelupur aku cuba turun dari katil.

Sebaik sahaja dapat turun dari katil, aku terduduk. Kepala lutut lembik. Kaki aku bergoyang hebat. Aku menangis teresak-esak. "Mama..." aku memanggil, tapi suara aku keluar terlalu perlahan. Aku cuba kuatkan diri. Aku cuba bangun berdiri sekali lagi. Jatuh terduduk juga. Aku macam lumpuh, tak dapat bergerak. Aku terdengar hilaian ketawa dari atas katil. Aku tak pandang. Aku cuma pikir nak keluar dari bilik, nak ke bilik Mama. "Mamaaaa..." aku cuba panggil sekali lagi. Sama saja, terlalu perlahan.

Aku tak nak tunggu lagi. Aku mengesot, menuju ke pintu. Sedaya-upaya aku mengesot, dengan esak tangisnya, dengan hilaian tawa atas katil.

"Nak pergi mana tuuuuuuuuuuu..." satu suara mengejek aku. Aku buat tak peduli, buat tak endah. Aku terus mengesot, sikit demi sikit. Hampir sampai pintu. Hampir sampai...

"Nak pergi mana tuuuuuuu..." tiba-tiba Cik Ton dah berdiri di antara aku dan pintu. Aku sikit tak angkat kepala. Aku baca surah Kursi dengan suara tersekat-sekat. Cik Ton ketawa mengilai-ngilai dengar bacaan Kursi aku.

"Naaaaanaaaaaaaaa..." dia buat panggil aku cara menakutkan macam dalam filem seram lagi.

"Along! Along!" handle pintu bilik ditekan-tekan berulang kali. Suara Mama memanggil aku kedengaran di balik pintu. Mama! Automatik, aku angkat muka. Cik Ton masih berdiri di depan aku, mengilai. Tapi yg lebih menakutkan, aku tengok hanya badan Cik Ton saja di depan aku. Kepala Cik Ton ada di tepi kaki aku. Allah!

Dan aku tak sedar apa-apa dah lepas tu.

Lepas insiden malam tu, aku demam panas tiga hari berturut-turut. Tiga hari, aku antara sedar dan tidak. Kata Mama, aku meracau-racau sepanjang aku demam. Sembuh demam tu, aku jadi macam budak kecik. Aku takut duduk dalam gelap, aku takut ditinggalkan seorang diri. Aku jadi macam pendiam. Lemah semangat, ikut kata Opah. Sampai aku diberi cuti khas oleh pihak U selama 2 minggu. 2 minggu tu Mama bawa aku berubat, untuk pulihkan semangat aku semula. Tapi untuk aku kembali ke diri aku yg betul, ambil masa lama jugakla. Dalam dua tiga bulan macam tu. Tapi sampai sekarang, aku tidur mesti kena ada lampu buka. Kalau tak, memang aku tak tidur.

Bila aku dah betul-betul ok, baru aku berani tanya Mama apa yg jadi malam tu. Ini cerita Mama...

Malam tu Mama tak boleh nak lelap, Mama rasa tak sedap hati. Tengah Mama cuba nak tidur tu, Mama dengar macam suara aku panggil Mama. Tapi Mama tak berapa pasti. Mama takut ada yg main-main dengan Mama. Kali kedua tu, Mama dengar lagi aku panggil Mama dengan suara yg perlahan. Mama rasa tak sedap hati sangat-sangat. Mama kejut Acu, ajak ke bilik aku. Bila Mama try nak buka pintu bilik aku, kunci. Mama terpaksa kejut Opah. Masa nak kejut Opah, Mama lalu bilik Cik Ton dan nampak pintu bilik Cik Ton tak tutup. Mama ternampak macam ada lembaga hitam dalam bilik Cik Ton, tapi Cik Ton tak ada.

Mama tak tunggu lama. Satu rumah Mama kejutkan. Semuanya berlari ke bilik aku, cuba buka pintu bilik. Tak boleh. Anak kunci dah lama hilang sebab pintu bilik di rumah Opah tak pernah dikunci. Last-last, Pak Ngah pecahkan pintu bilik tu. Terbuka je pintu, Mama nampak aku dah tak sedar diri depan pintu. Ateh tengah menangis atas katil. Cik Ton pulak hilang entah ke mana. Opah suruh bawa semua orang ke rumah Pak Teh. Sampai rumah Pak Teh masa orang tengah azan Subuh.

Cerita Ateh pulak, dia dengar apa semua yg jadi malam tu. Cuma dia tak boleh bergerak langsung. Di sebelah dia, ada satu lembaga hitam mata merah duduk bertinggung tengok Ateh, macam jaga Ateh tak bagi buat apa. Jadi Ateh memang tak boleh buat apa. Yang suara panggil aku, mengilai apa semua dia dengar. Tapi dia tak boleh nak gerak sikit pun.

Aku tanya Mama, apa jadi pulak dengan Cik Ton?

Mama: Yang balik tu bukan Cik Ton. 'Benda' dia. Opah dah panggil orang 'bersihkan' dan pagar rumah. Orang tu kata Cik Ton lama dah meninggal, 'dimakan' belaan sendiri.

Macam tak masuk akal aku rasa benda ni, tapi benda ni lah yg terjadi kat aku sendiri. Sampai sekarang pun, kalau balik rumah Opah, aku rasa berdebar-debar. Walaupun tak pernah dah jadi apa, rasa gentar tu masih lagi berbaki. Aku tak pernah tidur dah bilik tu. Aku tidur bilik yg Mama tidur.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Best citer tt....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 01:49 AM | Show all posts
boleh buat filem cikton, fazura jd cikton dgn loghat utagha
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hoiiiiii takut citer ko nih.tak tau la aku susunan ayat ke isinya ke tapi citer kak ton memang seram!tt citer la lagiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 09:12 AM | Show all posts
pr3ttytw33ty posted on 15-11-2014 07:53 PM
Ape jadik lepak tu dekkk?

Dah sambung tu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 09:13 AM | Show all posts
nasi_goreng posted on 15-11-2014 08:17 PM
uishh seram. sambungannya tt. best best

Dah sambung. Enjoy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2014 09:13 AM | Show all posts
edoraixora posted on 16-11-2014 01:59 AM
Ya allah.....seramnye citer cik ton ni
X sabo nk tau sudahnye

Dah sambung sampai habis. Enjoy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 09:15 AM | Show all posts
cmf_jy77 posted on 16-11-2014 07:05 AM
X tidoq aku bc cite hampa. Btw, aqif tu nm ank aku.

Suka nama Aqif tu, nice name
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 09:15 AM | Show all posts
seeri_7843 posted on 16-11-2014 07:46 AM
Huhuhuhu.......saspen nye....saspen nye.......      

Bibir cik ton mmg merah ke sbb dia pakai l ...

Tak taula dia pakai lipstik ke tak. Bibir merah macam kaler lipstik Taylor Swift tu ha.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Peerrgh...... menakut kn btol citer ni......seriau aku mmbaca nye

Pandai cik nana mengarang.....
Nnti sambung lg citer2 yg best ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.197006 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list