Kerjaya sebagai pemandu van jenazah memang bukan kerja yang mudah. Walaupun hanya menghatar sahaja, nasib bukannya selalu baik sebab mayat yang dibawa berbeza-beza latar belakangnya maksudnya sebelum menjadi jenazah.
Dan jarak untuk menghantar jenazah itu pula kadang-kadang memakan masa yang lama, katakan dari Kuala Lumpur nak kena hantar Kedah. Jauhkan! rasa takut itu mesti bermain diminda.
Pengalaman seorang pemandu jenazah menceritakan pengalaman beliau semasa menghantar jenazah melalui jalan yang agak gelap dan dikelilingi pokok kelapa sawit, tiba-tiba muncul nenek tua berwajah hitam duduk disebelah pemandu itu. Lalu didalam hati baca ayat qursi, nenek tua itu pun hilang.
Pengalaman kedua pemandu van jenazah ialah, tersempak pocong betul-betul disebelah pemandu diluar van jenazah. Pocong itu dikatakan cuba memotong van tersebut.
Saksikan clip video dibawah ini, menceritakan semula situasi semasa memandu van jenazah ini.
Aku teringin nak rasa pengalaman seram macam ini Last edited by berun on 18-11-2014 03:32 AM
abg sepupu aku sorang pernah bawak van jenazah..mcm2 cerita dia cerita.. yang aku igt.. die sesat dekat jengka pahang nun..pusing2 balik kat situ je die.. last2 ade pakcik tua datang dr celah mana ntah tunjukkan jalan keluar.. nasib baik..
org yang bawak van jenazah ni pun jenis yg kuat sebenarnya. sama laa macam orang yang kejenya mandikan mayat then kafankan. kalau aku memang tak laaa. iman di dada pun belum cukup lagi. huhu
abg ipar aku nazir kat salah satu masjid kat n9. kat masjid tu mmg ada 1 van jenazah yg selalunya pemandu adalah di kalangan org2 masjid takpun pekerja2 abg ipar aku ni...
satu hari, abg ipar aku ada tanya kat pekerja2 dia, sanggup x nak bawak 1 jenazah ni ke utara?dia nak 3 org yg betul2 'kuat'..
dari apa yg aku dgr, jenazah ni mmg byk 'mengacau' kat rumah mayat...dorg xtahan..so nak htr balik ke tmpt asal (siam)...
abg ipar aku siap nak pakej percutian lagi kat sape yg sanggup...
tp aku taktau apa cerita selanjutnya sbb budak2 pekerja ni semua x sanggup...