CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5058|Reply: 13

kalau terjumpa geng ni, cepat-cepat cabut tau!

[Copy link]
Post time 4-12-2014 05:53 PM | Show all posts |Read mode
5 Geng Yang Paling Kejam dan Berbahaya Di Dunia..
5 Geng ini terkenal dengan sikap mereka yang ganas dan kejam serta menghukum mangsanya tidak berperikemanusiaan bahkan membunuh sudah menjadi kebiasaan kepada mereka. Hal ini membuatkan geng ini ditakuti oleh banyak orang.


1. Mara Salvatrucha




Mara Salvatrucha adalah geng kriminal yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat dan menyebar ke Amerika Tengah serta sebahagian sebahagian daripada Amerika Syarikat dan Kanada. Biasanya geng ini juga disebut sebagai MS, Mara dan MS-13 dimana sebahagian besar anggotanya tediri dari orang El Salvador, Honduras, Guatemala, dan Nikaragua. Salah seorang anggotanya percaya bahwa pada 2005 anggota Mara Salvatrucha sudah mencapai lebih lima ribu orang. Kejahatan-kejahatan yang dilakukan MS-13 termasuk penyeludupan dan penjualan da dah,  perdagangan manusia, pencurian kenderaan, gaduh, dan pembunuhan.




2. Gang Latin Kings





Almighty Latin King and Queen Nation (ALKQN, ALKN, LKN) dianggap sebagai geng jalanan Hispanic terbesar dan paling terstruktur di Amerika Syarikat, yang telah dibentuk sejak tahun 1940-an di Chicago, Illinois. Pada awal penubuhannya Gang ini didominasi oleh orang Puerto Rico namun pada masa ini kebanyakkannya di anggotai oleh orang mexico. Geng ini tidak sekejam Geng Mara Salvatrucha namun masih terlibat dalam penjualan da dah yang lebih terancang dan pembunuh upahan.



3. Gang Aryan Brotherhood




Geng Aryan Brotherhood, juga dikenali sebagai Brand atau AB, adalah geng dari penjara semasa era neo-Nazi dan sindiket jenayah terancang di AS dengan ahli kira-kira seramai 10,000 dari dalam dan luar penjara. Menurut Biro Persekutuan Siasatan (FBI), walaupun kumpulan itu memenuhi lebih kurang 0.1% daripada banduan di penjara, tetapi mereka bertanggungjawab lebih kurang 20% daripada kes pembunuhan di penjara persekutuan. AB memberi tumpuan kepada aktiviti ekonomi khas entiti jenayah terancang, terutama pengedaran da dah, peras ugut, tahanan pela curan, dan pembunuh upahan.



4. Gang Los Zetas




Geng Los Zetas adalah kumpulan sindiket jenayah kejam yang berkuasa daripada Mexico dan geng ini dianggap sebagai kartel paling berbahaya, paling canggih, dan memiliki teknologi terbaik di Mexico oleh pemerintah Amerika Syarikat. Geng ini ditubuhkan pada 1999 oleh bekas komando Askar Mexico yang disisihkan dan membuat keputusan bekerja kepada Gulf Cartel, kartel penyeludupan da dah yang berkuasa pada masa itu. Namun pada Februari 2010 mereka memberontak dan mendirikan organisasi kriminal sendiri. Los Zetas memiliki persenjataan dan perlengkapan yang canggih tidak seperti geng lain. 50% pendapatannya berasal dari penyeludupan da dah. Taktik yang digunakan secara brutal, termasuk pemenggalan kepala, penyiksaan, dan pukul, memperlihatkan mereka lebih memilih pendekatan kekerasan daripada rasuah.



5. Gang 18 Street




Geng 18 street merupakan geng brutal dari Bandar Los Angeles, Amerika Syarikat. Mereka dipercayai mempunyai beribu ahli dari seluruh Negeri. Rival mereka utama yakni Mara Salvatrucha dan sering berperang senjata api antara geng. Mereka juga melaksanakan peraturan ketat pada anggotanya demi melindungi geng. Ada hukuman bernama 18 saat dibelasah. Masa itu anggota yang kena hukuman harus rela mendapat tendangan, pukulan, atau tonjokan ahli lain selama waktu ditentukan.




Sumber: wikipedia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 11:38 PM | Show all posts
KL Gangster mana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
hahahaha depa ni hantu gak ka
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 08:37 AM | Show all posts
agak2 lepas imigresen tk dorg ni kalau dtg msia
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 08:46 AM | Show all posts
geng yg bergerak kat negeri kebangga di ketuai lge tu tak masuk list ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 11:17 AM | Show all posts
memang larik pun kalau nmpk org2 cenggini. menakutkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2014 12:52 PM | Show all posts
kejam2 sumenye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
La.. semua gang tu kt amerika sana, kt rumah saya pun ada geng yg boleh tahan brutal. Geng kanak2 ribena, takutnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
saya rasa nak join je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 4-12-2014 03:38 PM
KL Gangster mana?

kat panggung wayang naa
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pisangbaik posted on 4-12-2014 08:15 PM
hahahaha depa ni hantu gak ka

Tak..kacang hantu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 07:16 PM | Show all posts
Esmiria posted on 19-12-2014 07:13 PM
kat panggung wayang naa

Aaron Aziz dan Syamsul Yusof sangat hensem dalam filem tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 05:25 PM | Show all posts
sib baik xde  geng ni dalam malaysia.. fuhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 06:14 PM | Show all posts
selagi wujud gangster selagi tu 'kerajaan & polis' tak telus, dan capitalist friendly

serupa juga samseng2 & penjahat malaysia yg sengaja dibiarkan demi bisnes pasang gril tingkap & pintu, selepas tu orang2 vip, layer di Bar council membela merekam jangan dibelasah atau dipukul sebab mereka ada hak untuk hidup,


BS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.312291 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list