CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4302|Reply: 6

Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh.. Perghh!! bahaya2

[Copy link]
Post time 8-12-2014 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh..


Tasik Chagan di Kazakhstan mempunyai panorama yang sangat indah. Rumput hijau dan batu kecil menghiasi di pinggir tasik, airnya yang tenang juga menggoda pelawat untuk berenang. Tapi awas, pelawat dilarang menyentuh air tasiknya!


Tasik yang berada di Kazakhstan, Tasik Chagan jadi tempat yang perlu diberi perhatian. Tasik yang menjadi saksi Perang Dingin di Kesatuan Soviet, tasik ini terbentuk kerana letupan nuklear dan hingga sekarang airnya masih mengandungi radioaktif.

Ketika Perang Dingin, Kesatuan Soviet melakukan letupan nuklear di seluruh bahagian timur laut Kazakhstan. Tujuannya untuk menyiasat kemungkinan penggunaan tenaga nuklear untuk pembinaan, seperti penggerudian minyak, pembuatan saluran dan takungan.

Sebanyak 156 letupan nuklear dilakukan Kesatuan Soviet. Salah satunya adalah ujian di Chagan, Kazakhstan. Letupan ini untuk pembuatan takungan atau tasik buatan.

Hasilnya, kawah besar hasil letupan terbentuk. Kawah dengan keluasan 400 meter pesegi dan kedalaman 100 meter dan diberi nama Tasik Chagan atau Tasik Atomik.

Program letupan ini ternyata idea yang buruk. Air dalam tasik jadi mengandungi radioaktif. Bahkan, jumlah radioaktif yang terkandung mencecah 100 kali lebih banyak dari had yang dibenarkan.


Jika dilihat, Tasik Chagan sebenarnya mempunyai panorama yang indah. Rumput hijau dan batuan kecil di pinggir kawah menambah indah pemandangan.


Pelawat yang ingin melihat harus berhati-hati. Jangan sembarang menghampiri atau bahkan menyentuh air tasik, anda boleh terkena radioaktif.







Tasik ini memang sangat berbahaya. Kerana kuatnya radioaktif, ikan pun tak boleh hidup. Tidak hanya itu, burung dan haiwan lain tak boleh tinggal di sana.



sumber: papankekunci77.blogspot.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2014 11:01 PM | Show all posts
wah... too hot to handle
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 11:42 PM | Show all posts
pengalaman mendewasakan kita. bila kita dah tahu ia hanya sia2, kita takkan ulangi dan menjadi sejarah untuk tatapan generasi akan datang tak buat idea tu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 08:52 AM | Show all posts
good info tt..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 09:07 AM | Show all posts
klo pegg gak jd ape ek...kulit hancur ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 09:41 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 9-12-2014 09:07 AM
klo pegg gak jd ape ek...kulit hancur ke

tak. jadi X-men. berlaku gene mutation. hehe. okay, berlaku gene mutation tu betul, tapi tak effect kat ko. akan effect pada anak-anak dan keturunan ko, sbb berlaku perubahan pada gene, dan gene ni akan turun pada zuriat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2015 05:40 PM | Show all posts
wahh .. info yg bagus ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.122807 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list