CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3203|Reply: 0

[Budaya] Jamrut juara Guwau Basiut sempena Gata Sipitang 2014 - 31m 39s

[Copy link]
Post time 9-12-2014 08:14 AM | Show all posts |Read mode


SIPITANG 8 Nov. – Mencatatkan masa 31 minit dan 39 saat, Jamrut Hamit berjaya mengetepikan cabarnya dari Brunei iaitu Abdullah Bahar dan Khamis Bahar untuk menjuarai kategori tradisi Guwau Basiut dalam pertandingan gasing sempena Gata Sipitang 2014 yang lalu.

Kejayaannya itu bukan sahaja menjadi penghalang kepada Brunei tetapi memastikan Sipitang turut sama berada dalam senarai juara kejohanan gasing terbabit.

Bagi kategori itu, Abdullah menduduki tempat kedua dan memenangi RM400 serta trofi manakala Khamis di tempat ketiga.

Walau bagaimanapun, kejua-raan yang dicipta Jamrut gagal disusuli oleh peserta Sabah mahupun Sipitang untuk kategori Borneo jemput-an.
Pasukan Sipitang Gabungan sekadar menduduki tempat kedua untuk meraih RM2,500 dan trofi dengan pasukan Lawas muncul juara bagi kategori tersebut dan membawa pulang RM3,000.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi pasukan Ulu Merapok dan Lawas B dengan masing-masing membawa pulang RM2,000 dan RM1,500 beserta trofi.

Kehebatan Brunei pula menyer-lah apabila mengungguli dua tempat teratas bagi kategori Gasing Pangkah jemputan.
Juara kategori itu dimenangi pasukan Brunei C dan kedua oleh Brunei B manakala pasukan Sabah di kedudukan ketiga dan keempat oleh pasukan dari Singapura.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sapawi dan turut diha-diri Pegawai Daerah Sipitang, Latip Amat dan Pengerusi Pelaksana Kejohanan Gasing Gata Sipitang 2014, Jaini Puasa.

Menyebut soal permainan ga-sing, Sapawi memberitahu, permainan tersebut bukan lagi permainan tradisi kaum tertentu tetapi sudah mula popular dalam kalang-an kaum lain.

Beliau menyifatkan permainan gasing sebagai salah satu landasan yang memperlihatkan betapa utuh dan hebatnya persefahaman serta perpaduan kaum di negeri ini.

“Permainan gasing berkembang dengan baik dan inilah antara landasan untuk kita membuktikan betapa hebat dan perkasanya perpaduan serta persefahaman kaum di negeri ini.

“Kita mungkin tidak sedar bahawa permainan gasing turut menarik minat beberapa buah negara seperti Jepun yang telah menerbitkan animasi kanak-kanak tentang gasing meskipun ditampilkan dengan ga-sing yang moden,” katanya.

Ujar beliau, pihaknya akan terus mengembangkan permainan ga-sing dengan yang lama tidak dike-tepikan dan yang moden pula tidak ditolak.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.Z2fPAda4.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.223105 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list