Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1762
View
0
Reply

[Budaya] Lembaga adat naning sah ke? Tak silap ada artis suam2 kuku pakai anugerah naning

[Copy link]

Author: Cluster77       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-12-2014 08:17 AM | Show all posts |Read mode
MELAKA 8 Dis. - Kerajaan negeri mahu bersemuka dengan Lembaga Adat Naning dan juga beberapa individu yang mendakwa sebagai Undang Luak Na-ning yang sah bagi menyelesaikan kemelut institusi adat itu yang telah menyebabkan ber-lakunya kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, kerajaan negeri melalui Institut Seni Malaysia Melaka (Isma) akan menganjurkan persidangan meja bulat dalam tempoh terdekat sebagai langkah permulaan mencari penyelesaian masalah itu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan menyentuh mengenai urusan adat atau pelantikan Undang Luak Naning tetapi menjurus kepada perkara yang perlu dipatuhi oleh kelompok masyarakat itu agar tidak mencetuskan kekeliruan kepada orang ramai khususnya mengenai upacara penganugerahan pingat, darjah dan bintang.

Pertemuan ini perlu dilakukan secepat mungkin kerana ramai yang keliru terutamanya mengenai status penganugerahan sebarang bentuk pingat, darjah dan bintang yang membawa gelaran kerana istiadat ini tiada kena mengena dan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Anugerah yang diiktiraf ha-nyalah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan mana-mana pihak lain di negeri ini tidak boleh melakukan istiadat yang serupa kerana tidak sah dan mengelirukan, katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Hasan berkata, kerajaan negeri menghormati Adat Perpatih Naning sebagai salah satu adat dan budaya yang diamalkan oleh sebilangan rakyat negeri ini dan ia juga me-nyumbang kepada kepelbagaian dan keunikan budaya di negeri ini.

Namun begitu katanya, pihak berkenaan dinasihatkan agar tidak melangkaui batas serta kuasa kerajaan negeri dan Yang Dipertua Negeri.
Perlu diingatkan bahawa pengamal Adat Perpatih Naning ini adalah sebuah institusi dan komuniti adat, apa juga acara atau istiadat perlu berlaku dalam kelompok adat itu sahaja dan tidak sesekali boleh meli-batkan orang luar, katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri tiada halangan sekiranya Lembaga Adat Naning mahu menganjurkan majlis penganugerahan pingat, bintang atau darjah kebesaran tetapi hanya boleh dilakukan dalam ka-langan mereka iaitu komuniti adat itu sendiri.

Tambahnya, gelaran seperti Datuk, Datuk Seri atau Datuk Paduka melalui penganugerahan lembaga adat itu hanya boleh diguna pakai dalam urusan adat itu dan ia tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri dan Persekutuan.

Minggu lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menegaskan akan mengambil tindakan ke atas Lembaga Adat Naning kerana meng-anjurkan aktiviti yang mengelirukan sehingga boleh mencemarkan sistem adat dan keharmonian di negeri ini.

Katanya, tindakan juga akan dikenakan terhadap penghulu, sidang dan kakitangan kerajaan ne-geri ini yang didapati terbabit secara langsung dalam majlis serta upa-cara yang dianjurkan oleh Lembaga Adat Naning.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.bwSF98Mr.dpuf
Last edited by Cluster77 on 9-12-2014 01:38 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091720s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list