View: 6993|Reply: 27
|
5 Perkara Yang Patut Ada di Malaysia Sebelum Tahun 2020
[Copy link]
|
|

5 Perkara Yang Patut Ada di Malaysia Sebelum Tahun 2020
Tahun 2020, Malaysia ada enam tahun lagi untuk menuju ke wawasan cetusan Tun Mahathir ini. Setakat ini, pelbagai kemajuan telah kita kecapi; bangunan mencakar langit, menjadi hub atau pusat pelbagai jenis kepentingan dan operasi, menjadi salah sebuah negara anggota OIC dan sebagainya. Penulis sendiri secara peribadi, ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh pemimpin dan rakyat Malaysia atas pencapaian setakat ini.
Tetapi itu kemajuan secara dasarnya. Kita juga perlu memajukan diri dari segi jati diri, betul kan? Kami di Satrika.MY telah membuat brainstorming session (ye ke?). Keputusannya, kami ingin mencadangkan enam perkara ini, yang kami rasakan patut ada di Malaysia:
1. Sistem pembesar suara pada kenderaan
Memandangkan masih ramai yang gagal memberi signal atau penunjuk arah jika memasuki simpang, atau suka-suka hati memotong barisan, kami mencadangkan supaya diimplementasikan sistem pembesar suara pada kenderaan. Kegunaannya:
Kalau pemandu tak sempat nak memberi signal ke kanan / kiri, boleh gunakan pembesar suara untuk memberitahu.
Kalau yang belok ke kanan / kiri tak memberi signal, pemandu lain boleh memberi teguran atau peringatan melalui pembesar suara.
Begitu juga kalau memotong barisan, pemandu lain boleh memberi teguran atau peringatan melalui pembesar suara.
Kelebihan: Arus lalu lintas menjadi lebih teratur kerana pemandu bersikap saling tegur-menegur.
Kekurangan: Boleh menyebabkan pergaduhan dan pertengkaran di jalan raya yang kemudiannya diluahkan pada pembesar suara. Atau dengan kata lain, boleh bikin gaduh.
2. Sistem penggera yang boleh mengesan pembuangan sampah merata-rata
Sistem Penggera mengesan pembuangan sampah merata-rata
Tak guna ada bangunan tertinggi di dunia, kalau masih mentaliti kelas ketiga. Pembuangan sampah adalah salah satu petanda rakyat Malaysia belum bersedia sepenuhnya untuk wawasan 2020. Jadi kami mencadangkan supaya diadakan sistem penggera yang boleh mengesan pembuangan sampah merata-rata. Sesiapa yang menghidupkan penggera ini, akan segera diberikan saman oleh pihak berkuasa.
Kelebihan: Juga boleh mengesan pembuangan bayi, jika perlu.
Kekurangan: Memerlukan kos berbilion-bilion.
3. Gaji penjawat awam dan swasta dibayar secara harian dan mengikut prestasi
Dari segi teknologi dan cara kerja, kita masih ketinggalan jika dibandingkan dengan Indonesia, Singapura mahupun Thailand. Kami mencadangkan supaya gaji bagi golongan bekerja diberi secara harian berdasarkan prestasi kerja. Jika pekerja tersebut dapat mencapai tahap KPI yang ditetapkan, dia mendapat gaji penuh. Jika tidak, dia hanya akan dibayar mengikut kerja yang disiapkan pada hari tersebut.
Kelebihan: Semakin ramai rakyat Malaysia yang akan bekerja bersungguh-sungguh, dan ini membantu menaikkan prestasi kemajuan intelektual negara.
Kekurangan: Nampaknya penulis sendiri pun hari-hari kena potong gaji 
4. Denda bagi yang gagal mengucapkan terima kasih
Sebenarnya, mengucapkan terima kasih tak adalah sesukar mana, tapi masih ramai di kalangan kita yang susah nak cakap terima kasih apabila menerima bantuan dan sebagainya. Kami mencadangkan supaya diwujudkan anggota khas untuk mendenda mereka yang gagal mengucapkan terima kasih ini.
Kelebihan: Rakyat akan lebih menghargai antara satu sama lain, dan keharmonian sentiasa dijaga.
Kekurangan: Memerlukan kos berbilion-bilion.
5. Sistem tempat duduk di pengangkutan awam mengikut umur dan fizikal
Touch N Go dah ada. Tak ada salahnya jika kita mereka-bentuk sebuah sistem berkad yang boleh memperuntukkan tempat duduk mengikut keutamaan seperti berikut:
Warga emas - paling diberi keutamaan
Wanita mengandung
Ibu / bapa yang membawa anak kecil
Mereka yang membawa barang yang banyak
Perempuan cantik
Perempuan
Lelaki
Lelaki tampan - paling kurang keutamaan
Kelebihan: Rakyat akan lebih menghargai antara satu sama lain, dan keharmonian sentiasa dijaga.
Kekurangan: Penulis akan selalu tak dapat tempat duduk 
Ditulis oleh, yours truly - Satrika.MY
Last edited by Geng_Satrika on 10-12-2014 04:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
gagal segala impiannnn
tinggal bersamaaa erti sejatiiii
yang telah engkau janjikan duluuuuu
wooowwoooooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara serius niiiiiii!
Tiba2 kt bod kelakar pulak,,
Hmm,denda apa yg paling berkesan untuk orang yg tak ucap terima kasih ye? |
|
|
|
|
|
|
|
nourahfey posted on 10-12-2014 04:32 PM 
Perkara serius niiiiiii!
Tiba2 kt bod kelakar pulak,,
Hmm,denda apa yg paling berkesan untuk orang ...
Mana ada serius.. hehehehe
Kau rasa? Aku rasa patut la denda dia buat kerja sosial
|
|
|
|
|
|
|
|
..no 3 aku setuju...sesangat..
..no 5 ak tak setujuuuu...kopem la ak yg jelita ni takde tempat duduk... |
|
|
|
|
|
|
|
jihah_kudat posted on 10-12-2014 05:04 PM 
..no 3 aku setuju...sesangat..
..no 5 ak tak setujuuuu...kopem la ak yg jelita ni takde temp ...
Awak golongan mana satu ni, perempuan ke perempuan cantik? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng_Satrika posted on 10-12-2014 09:08 AM 
Awak golongan mana satu ni, perempuan ke perempuan cantik?
..tengah2 kot..perempuan pun xbape perempuan...perempuan cantik??lagi la jauh...
|
|
|
|
|
|
|
|
jihah_kudat posted on 10-12-2014 05:09 PM 
..tengah2 kot..perempuan pun xbape perempuan...perempuan cantik??lagi la jauh...
Kita berdiri je la uolss camgitu 
|
|
|
|
|
|
|
|
Haa ini bagus. Pekata usulkan pada kerjaan? |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba mengaku cantik/tampan TT ni  |
|
|
|
|
|
|
|
pembesar suara pd kenderaan  |
|
|
|
|
|
|
|
Munnalicious posted on 10-12-2014 05:32 PM 
Haa ini bagus. Pekata usulkan pada kerjaan?
macamlah pak menteri nak... kan? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Yoongie posted on 11-12-2014 08:54 AM 
pembesar suara pd kenderaan
Kalau betul ada, bolehlah cakap "ketepi ketepi" kat kereta sebelah 
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju..... |
|
|
|
|
|
|
|
yg no 1 tu
harus riuh rendah atas jalan |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka no 2 dan 4  |
|
|
|
|
|
|
| |
|