perantau
Perantau Kelmarin kamu bilang sama aku Kau sudah terbang jauh, Jauh dari pandangan negara kotamu. Yang membawa kamu ke sini itu Nyatanya Kerana memori tak ternyah Yang mau kau hindarkan Di jendela malam ini aku masih berkira-kira Apa dia yang tlah menolak kamu sejauh ini? Siapa dia yang melayangkan kamu beribu batu ke sini? Perantau Masih lagi rahasia Kesemua tentang kamu Masih lagi misteri setiap derap-derap tapakmu ketika berlalu masih lagi terkatup rasa-rasa pilu di sebalik tebal jambangmu masih lagi terbuku tangis yang sengaja kau bekukan dibalik keruh kolam matamu. Pada malam pekat ini Menyaksikan aku Yang terus2an tenggelam Dalam kira2 Mengenai perantau bisu Yang telah melayang tinggi jiwa aku.
Last edited by namihisham on 11-12-2014 10:52 PM
|