CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4923|Reply: 8

Walaupun Bertaubat, Antara 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah

[Copy link]
Post time 16-12-2014 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun Bertaubat, Antara 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah



Setiap detik kehidupan kita, pastinya kita tidak akan terlepas daripada berbuat dosa. Dosa-dosa yang kita lakukan itu hanya boleh terhapus dengan amalan baik dan dengan bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.
Setiap manusia tidak mungkin terlepas daripada berbuat dosa besar mahu pun dosa kecil. Dalam  pada kita berusaha untuk bertaubat padaNya,  ada antara dosa-dosa yang tidak diampunkan oleh Allah…iaitu :


1- Makan harta anak yatim secara haram.


( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).


2- Menuduh wanita solehah berzina.


( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).


3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.


( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).


4- Melakukan sihir.


( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).


5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.


( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).


6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.


( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).


Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 07:45 PM | Show all posts
harap dijauhkan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 02:49 PM | Show all posts
Ya Allah,ampunkan dosa hambaMu yang kerdil ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 07:20 AM | Show all posts
Allah Maha Besar..semoga dilindungi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 03:26 PM | Show all posts
pernah terdengar sorg ustaz ckp kita ni setiap masa melakukan syirik kecil
contohnya yakin lepas isi minyak kereta bole jalan, dgn makan panadol demam bole baik dll...
tp sbnrnya yg menjadikan dan memulihkan cuma Allah sahaja
sebab tu kita disuruh solat dan sentiasa meminta keampunan
walaupepon tq TT sbb share
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 11:38 PM | Show all posts
Tq for sharing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2014 04:44 PM | Show all posts
Semoga dibawah perlindungan Allah sentiasa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:39 PM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Ikot susunang ke tak ni...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 03:12 PM | Show all posts
new knowledge gained. thanks TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.074152 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list