CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 20-8-2015 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-8-2015 07:47 PM

Kehadiran Zulkarnain menerbitkan tanda tanya dalam benak Ku Iz. Penat memandu jauh membuatkan badan keletihan. Kantuk makin dirasakan.  Baring di atas tilam empuk. Niat untuk melelapkan mata terbantut. Ku Iz segera turun semula ke ruang tamu untuk menemui Zulkarnain.

"Mana kau sorokkan Jiha?!"

Zulkarnain terus menghampiri Ku Iz yang sedang menuruni tangga. Kesabaran kian tipis.

"Apa kau mengarut ni? Jiha kan dah tak ada.."

Ku Iz menyoal hairan. Masakan Zulkarnain juga seperti Zack. Hilang akal sehingga menganggap Jie masih bernyawa sedangkan Jie sudah mati.

"Jangan nak menipu, Hafiz ! Aku tahu kaulah dalang sebenar menculik Jiha.. Jiha masih hidup ! Mayat itu bukan dia !"

Zulkarnain tambah emosi melihat raut wajah keliru Ku Iz.

"Kalau mayat tu bukan Jiha.. Mana Jiha sebenarnya ?!"

Ku Iz jadi penasaran.

"Cukuplah dengan lakonan kau ! Mana kau sorokkan Jiha?"

Zulkarnain mengulang soalan yang sama. Menggenggam penumbuk. Tunggu masa untuk meluah kemarahan.

"Serius aku tak tahu !! Kau tuduh tuduh aku ni kenapa?!"

Tingkah Zulkarnain agak keterlaluan. Menuduh Ku Iz menyembunyikan Jie. Sudahlah sedang kepenatan, terpaksa pula menghadap tuduhan Zulkarnain.

"Kau jangan nak menipu lah, Hafiz !!"

Lantaran marah Zulkarnain menyerang Ku Iz.

Tak sempat mengelak. Mereka bergelut. Tiada siapa mahu mengalah. Ego menebal dalam diri.

Ada masa Ku Iz nampak berjaya menumpaskan Zulkarnain. Namun  Zulkarnain lebih mendominasi pergaduhan. Cuma Ku Iz pantang mengalah.

Ruang tamu berselerakan. Habis semua perhiasan kaca berkecai.

Ku Iz terduduk lemah. Sepakan dari Zulkarnain mengenai rusuk. Melemahkan.

"Kau boleh bunuh aku, Zul ! Tapi percayalah aku tak ada kaitan dengan kehilangan Jiha.. Macam mana kau sayangkan Jiha, aku pun sama.. "

Lelah menahan kesakitan. Mata Ku Iz terpejam. Rapat.

"Hafiz..."

Zulkarnain dilanda perasaan bersalah. Menghampiri Ku Iz. Jantung berdetak kencang. Menyentuh pergelangan tangan temannya untuk mengesan denyutan nadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2015 05:36 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-9-2015 01:00 AM

Saat terakhir untuk mereka menghabiskan masa bersama. Shahrul resah memikir. Berbulan duduk bersama Jie , selepas ini mereka perlu kembali ke kehidupan asal. Shahrul mungkin akan mengahwini Lily. Perlu belajar untuk menyesuaikan diri tanpa Jie disisi. Satu keluhan terluah. Tak sedar menghampiri Jie lalu memeluk erat. Mungkin ini kali terakhir wanita itu berada dalam dakapannya.

"Kita nak berangkat sekarang.. Abang dah minta tolong Pak Akub untuk tunjuk jalan ke bandar.  Abang akan simpan kenangan kita dekat sini sampai mati. Thanks for everything, sayang !"

Walaupun Pak Akub memujuk supaya mereka tinggal saja disini sehingga Jie selamat melahirkan, Shahrul tidak tega memungkiri janji yang terucap pada Jie. Cukuplah Jie sudi menemani selama ini. Shahrul bahagia menikmati hidup disamping Jie. Lagipula Jie masih isteri orang. Cuma hati adakala tamak. Masih tak puas bersama.

"Sayang sepatutnya cakap macam tu pada abang. Thanks sebab jaga sayang dan baby dalam kandungan sayang.."

Agak sebak kerana Jie tahu selepas ini status antara mereka bakal jadi pemisah. Tunang dan isteri orang tak mungkin bersama. Kadang Jie keliru dengan perasaan sendiri.  Rasa bersalah pada Zack. Jie yakin cinta dalam hati kekal milik Zack. Barangkali Zack jauh dari sisi. Maka Shahrul yang berada dekat dimata sedikit sebanyak membuat Jie goyah.Tambah pula dengan sikap penyayang dan prihatin Shahrul. Tunang Shahrul bertuah mendapat lelaki sebaik Shahrul. Sempat berdoa agar Shahrul hidup bahagia buat selamanya.

Enggan tunduk pada emosi Jie bangkit seraya senyum ke arah Shahrul.

"May be kita kena switch balik panggilan antara kita.. Takut tersasul pulak nanti.." Jie gelak. Menyembunyikan getaran didada. Sebak.

"You will be my sayang forever ! Well, semoga sayang bahagia dengan Zack !" Shahrul ingin sekali mengekalkan panggilan antara mereka, namun apalah daya.. Jie ditenung. Sayu.

"Thanks, Shah ! Jangan lupa jemput I bila you kahwin nanti.. Boleh I jumpa bakal wife you.. You tak pernah kenalkan tunang you pada I.."

Jie segera mengubah topik.

"Insya Allah !"

Shahrul tersenyum pahit.

"Sayang.. Kalau Zack tak pernah wujud dalam hidup sayang, adakah abang berpeluang untuk pikat hati sayang?"

Soalan itu sepatutnya Shahrul tanyakan saat di Ohio dulu. Sayangnya tiada keberanian dalam diri menyebabkan Shahrul hanya mampu memendam rasa.

Entah kenapa Jie jadi dejavu. Pertanyaan Shahrul mencetus suatu peristiwa dalam fikiran. Satu bayangan samar menerpa diminda. Kepala pusing. Pandangan mata berpinar pinar.

Jie terus rebah tidak sedarkan diri !
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la jie..
  dah dok berduaan dgn shahrul.. Cuma blom zina aje lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 06:47 PM | Show all posts
fizamn replied at 21-8-2015 06:40 PM
Dah la jie..
  dah dok berduaan dgn shahrul.. Cuma blom zina aje lagi....

blh lak shahrul thn nafsu puih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 25-8-2015 07:04 PM

Taufik gelak besar. Pasti Hareez sukakan idea menarik yang bermain difikiran. Mempermainkan hidup Najiha. Itu lebih baik faripada mengotorkan tangan membunuh ramai nyawa. Risiko untuk ditangkap juga tiada.

"Bro.. kerja kau tak settle lagi ! Jangan ketawa sangat lah !"

Satu suara menegur sinis. Berang kerana Zulkarnain masih bernyawa. Taufik gagal menyempurnakan arahannya.

Hareez bengang. Memandangkan Taufik itu teman baik maka segala kemarahan dipendam.

"Rileks, brother ! Aku ada idea ! Peluang cerah untuk kau dapatkan Najiha kesayangan kau tu tanpa perlu membunuh sesiapa.. Semua orang akan benci dia dan husband dia sendiri mesti ceraikan dia. Kau tengoklah nanti .."

Ada satu rancangan jahat ingin diutarakan oleh Taufik.

"Maksud kau?! Kau dah dapat maklumat Najiha dekat mana ke? Dia selamat, kan?"

Hareez teruja untuk tahu.

"Dia selamat dengan mamat tu.."

Taufik menghulurkan beberapa keping gambar. Segala pelakuan Shahrul dan Jie berjaya dirakam. Berguna untuk mengenakan Jie semula.

"Perempuan ini memang macam sial ! Kau rasa dia dah tidur ke dengan mamat tak guna ni?!"

Angin satu badan Hareez melihat.  Amarah membara melihat kemesraan Jie disamping Shahrul meski hanya melalui gambar. Ternyata Jie bukan sebaik yang disangka. Sudah bersuami tetapi masih saja curang.

"Sejauh mana hubungan Najiha dengan mamat ni aku tak tahu ! Tapi kalau kau yang bukan suami dia pun marah tengok gambar gambar ni.. Agak agak apa reaksi Zack bila nampak gambar ni? Kau dapat baca tak apa yang ada dalam pemikiran aku?"

Taufik sengaja menduga. Memancing reaksi Hareez.

Hareez kerut dahi. Memikir. Keliru dengan Taufik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 02:47 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-8-2015 04:09 PM

"Kita kena patah balik ke banglo tu !!"

Jie bersuara sebaik saja terjaga dari pengsan.

Ternyata masa silam kelam masih menyelubungi diri. Pertanyaan Shahrul tadi pernah ditanyakan oleh seseorang suatu masa dulu. Dan kini baru Jie sedar. Barangkali ada janji lama yang sudah dilupakan. Satu wajah samar menerpa ingatan.

"I memang jahat, Shah !! I banyak hancurkan hati orang yang sayangkan I !!"

Jie tahu saat pembalasan untuk semua dosa silam makin mendekat. Bukan salah lelaki itu jika masih menagih janji. Khilaf Jie kerana lupakan semua begitu saja.

"Please Sayang.. Kenapa ni?" Cuba memujuk Jie yang keresahan.

Shahrul gusar melihat Jie. Sudahlah tak semena pengsan. Tiba tiba mengajak mereka kembali ke banglo tempat mereka dijadikan tahanan dulu. Satu kerja gila bagi Shahrul !

"I kena hentikan semua ini, Shah! I rasa I kenal siapa penculik kita ! I nak jumpa dia.."

Jie bingkas bangun. Tergesa gesa. Malangnya langkah tersadung lantai kayu terbongkah. Terjelepuk jatuh tanpa sempat ditahan oleh Shahrul.

"Are you okay, sayang?!"

Shahrul pantas bangkit mendapatkan Jie. Cemas. Berderau darah Shahrul melihat keadaan Jie.

Wajah Jie pucat lesi. Perut merasa sakit teramat. Cuba bertahan namun longlai. Rebah semula.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2015 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 22-8-2015 06:01 PM

Viana membantu Zulkarnain menuam lebam di wajah menggunakan beg ais. Masak benar dengan sikap panas baran lelaki ini. Walaupun mudah marah sehingga terlibat dalam pergaduhan namun Zulkarnain mempunyai tahap kesabaran tinggi bila melibatkan kaum hawa. Prinsip hidup takkan sesekali mengasari wanita kekal dipegang.

"Thanks Vee ! I tak tahu kenapa I boleh bertindak gila macam tu.. I risaukan Jiha.."

Zulkarnain melahirkan kekesalan diatas keterlanjuran perbuatannya tadi.

Mujur, Ku Iz berada dalam keadaan stabil. Enggan dirawat dihospital.

Namun, doktor peribadi yang merawat Ku Iz mengatakan lelaki itu tidak mengalami sebarang cedera parah. Lebam dan luka luka biasa.

"I tak tahu Papa Cu besarkan hal ini ke tak.. Tapi you jangan risau Zul.. I akan sentiasa support you.. I tahu you buat semua ini sebab adik I.."

Viana merujuk kepada Tengku Azhan, yang tampak emosi sewaktu Viana dan Khalid melawat tadi. Papa Cu marah melihat anak sulungnya lunyai dibelasah Zulkarnain. Dato' Hanafi cuba meyakinkan Tengku Azhan supaya melupakan perselisihan faham antara Zulkarnain dan Ku Iz. Meminta Tengku Azhan mengambil tindakan bijak. Bimbang hubungan Tengku Azhan dan Abi Zulkarnain juga berantakan.

Jika konflik ini diperbesarkan, Daddy bimbang hubungan perniagaan yang terjalin sekian lama bakal musnah.

Andai Tengku Azhan berkeras membawa perkara ini ke tengah, Viana juga ada cara sendiri untuk membantu Zulkarnain.

"Kalau bukan Hafiz sorokkan Jiha, siapa dalangnya, Vee?"

Zulkarnain meraup wajah. Bingung.

"I dah dapat maklumat lokasi Shahrul dan Jie dibawa selepas diculik. Kalau you nak join I belasah orang malam ni, kita jumpa dekat sini tepat 10 malam.."

Itu adalah tujuan utama Viana mengajak Zulkarnain ke mari. Jauh dari kecurigaan. Khalid memang jarang sekali menjejakkan kaki ke rumah Faridah.

Memandangkan Khalid kini masih berada di kediaman Ku Iz. Viana sudah meminta izin dari Khalid untuk menghabiskan masa bersama Faridah. Mudah untuk Viana bergerak bebas.

"Mana you tahu?"

Segala kekusutan tadi hilang serta merta. Zulkarnain kembali fokus. Bersemangat semula. Misi utama adalah untuk mencari kebenaran tentang Jie.

"I dapat tangkap seorang penyangak dalam rakaman kamera kereta Shahrul dan paksa dia bocorkan semua rahsia..Taufik minta dia culik Jie dan Shahrul.. Hantar ke sebuah banglo terpencil.. Itu saja maklumat baru buat masa ini."

Selepas melalui beberapa fasa siksaan, penjahat itu memberikan kedudukan tepat banglo yang dimaksudkan. Viana yakin dapat menjejaki Jie dan Shahrul. Pasti adiknya masih bernyawa.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 06:33 PM | Show all posts
Bidan diundang untuk merawat Jie mengesahkan Jie dan anak dalam kandungannya stabil. Alhamdulillah tiada berlaku sebarang  pendarahan. Meminta Jie berehat sehingga saat melahirkan. Bimbang berlaku perkara tak diingini.

Shahrul akur dengan segala nasihat yang diberikan oleh Mak Bidan. Mengusap rambut Jie.

"Ni ubat akar kayu untuk pulihkan tenaga dan lancarkan perjalanan darah.. Shah, jangan lupa bagi isteri minum nanti.."

Mak Dara mengingatkan Shahrul sebelum berlalu bersama bidan. Pak Akob juga meminta diri untuk pulang. Lega melihat Jie selamat.

"Sayang rehatlah dulu.."  

Shahrul menghalang Jie dari bangun. Membetulkan kedudukan bantal. Meminta Jie untuk baring semula.

"Sayang tak sedap hati, abang.."

Sedari tadi Jie berdebar tak semena. Trauma untuk menghadap segala dendam. Naluri menyatakan musuh bakal muncul bila bila masa.

"Perasaan saja tu sayang.. Abang yakin lelaki psiko tu takkan jumpa kita disini.. Yang penting sayang tenangkan fikiran.."

Buat masa sekarang Shahrul yakin mereka berada dalam keadaan selamat. Mustahil musuh boleh menjejak jauh ke dalam belukar ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2015 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 04:11 PM

Lily teruja menerima pelawaan makan malam dari Tengku Safiah. Dapat melawat Rayyan dan dalam masa sama boleh meluangkan waktu bersama Zack. Pernah menemui si Kembar sekali. Berharap Danny dan Daryl turut serta. Hati memang terpaut sayang pada si Kembar. Kebijakan Daryl dan kelincahan Danny menghiburkan.

Walau mudah untuk Lily bermesra dengan Danny namun Daryl agak sukar didekati. Tidak seperti Danny yang memanggil Lily sebagai Mommy meski pertama kali bersua, Daryl hanya menggelarnya sebagai Aunty.

Itu bukan masalah kepada Lily. Faham mungkin Daryl masih terkesan gara gara kehilangan ibu kandung dalam usia sangat muda. Maka sukar menerima hakikat itu.

"Sorry buat Lily tunggu lama.."

Sapaan Tengku Safiah membuat khayalan Lily terhenti. Berpaling ke arah Tengku Safiah.

"Tak apa Aunty.. Lily tak kisah ! Lily pun bukan ada hal malam ini.."

Bekerja dengan agensi modelling membuatkan Lily selalu sibuk mengatur jadual penggambaran dan pertunjukan fesyen model model jelita dibawah seliaannya.

"Aunty baru balik dari rumah anak saudara Aunty. Cedera sebab diserang.."

Tengku Safiah bercerita tanpa diminta.

"Teruk ke Aunty?"

Lily bertanya, prihatin dengan nasib anak saudara Tengku Safiah. Dewasa ini memang banyak kes jenayah berlaku. Manusia makin hilang kewarasan agaknya. Sempat Lily menganalisis dalam hati.

"Nasib baik luka luka ringan.. Marilah kita makan dulu.. Hari ini Aunty suruh orang gaji Aunty masak special untuk Lily.. Uncle dah tunggu kita dekat meja makan.. Zaf dengan si kembar tengah main game dalam bilik. Kejap lagi turunlah tu..."

Tengku Safiah malas bercerita lanjut mengenai peristiwa yang menimpa Ku Iz. Marahkan Zulkarnain yang suka mencari pasal. Memikirkan besannya Dato' Hanafi menganggap Zulkarnain seperti anak sendiri maka kemarahan terpaksa dipendam.

Lantas menarik lengan Lily menuju ke dewan makan. Mereka berjalan beriringan. Kemesraan terjalin erat meski baru berkenalan.

Lily hanya menurut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 11:20 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 01:08 AM

Imej imej dalam whatsapp yang diterima oleh Zack membuat jantung hampir gugur. Nombor telefon penghantar tiada dalam senarai kenalan. Pasti datang dari seorang tidak dikenali. Selera untuk makan malam hilang. Perasaan bercampur baur. Gembira dan kecewa. Silih berganti.

Mesej tertulis dibaca. Zack sukar percaya.

Shahrul yang rancang penculikan dan pemalsuan kematian isteri kau sebab dia ada hubungan sulit dengan Najiha. Isteri kau curang terhadap kau. Gambar gambar ini semua sebagai bukti. Najiha masih hidup dan sedang berbahagia dengan kekasih gelap dia. Kalau kau nak tahu mana mereka bersembunyi, call aku.

Tubuh Zack lemah longlai. Memikir logik Shahrul sanggup mengkhianati persahabatan mereka sebegitu rupa. Pilu mengenang isteri yang dicintai sepenuh hati tega meninggalkan dirinya dan zuriat mereka terkontang kanting untuk bersama Shahrul.

"I ada benda nak tunjuk you !" Nada suara Zack agak keras.

Tanpa menghiraukan Tengku Safiah dan Tan Sri Isa, Zack menarik tangan Lily supaya menuruti langkahnya.

Lily pelik dengan tingkah Zack namun tidak membantah. Meminta diri untuk meninggalkan meja makan. Tengku Safiah hanya senyum, memberi izin.

Zack segera menghubungi Azim. Nampaknya mereka perlu berjumpa untuk berbicara. Azim perlu tahu tentang perkara ini kerana ia melibatkan abang kandungnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 31-8-2015 04:41 PM

Ternyata usaha Viana sia sia. Banglo terpencil yang diserbu oleh mereka kosong. Tiada tanda berpenghuni. Zulkarnain mengarahkan Viana dan beberapa orang suruhan Daddy meninjau kawasan berhampiran manakala Zulkarnain sendiri akan masuk ke dalam memeriksa.

Setelah pasti banglo tidak berpenghuni, Zulkarnain segera merempuh pintu. Gagal untuk membuka. Menembak bertalu talu ke arah kunci sebelum menyepak kuat. Pintu berjaya dibuka. Zulkarnain melangkah masuk pelahan lahan. Bersiaga.

Mata melilau melihat hiasan dalaman banglo itu. Kagum sejenak menatap kecantikan terpapar didalam. Kaki tersepak sesuatu dibalik pintu. Zulkarnain tunduk mengutip. Sebuah beg duit kulit berwarna hitam. Segera membuka untuk melihat isi didalam. Kad pengenalan milik Shahrul ! Bermakna benarlah ini banglo tempat Shahrul dan Jie dijadikan tawanan. Ada kebarangkalian dompet ini jatuh sewaktu Shahrul dibawa ke mari. Akal Zulkarnain mencerna.

Sementara di halaman luar menghala ke arah hutan, Viana terpandang sesuatu dibalik rumput. Sapu tangan berwarna merah. Minda mengingati isyarat rahsia antara mereka dua beradik.

Jika berlaku kesukaran, tinggalkan petanda. Viana dan Jie memilih sapu tangan sebagai medium meninggalkan pesan. Mungkin Jie berjaya larikan diri ke arah hutan. Itu teori Viana.

Lantas Viana mengambil sapu tangan yang agak kusam. Mencari jahitan nama adiknya. Jumpa jalinan benang emas tersusun membentuk perkataan 'Jie'. Baik Jie atau Viana tidak akan lupa membawa sapu tangan milik mereka. Ditempah khas untuk mereka dua beradik.

Enggan membuang masa, Viana masuk ke dalam banglo untuk mendapatkan Zulkarnain. Ingin mengajak Zulkarnain meredah hutan mencari jejak Jie.

Jika benar Jie masih hidup, ada kemungkinan Jie berada didalam hutan dan kesesatan.

Vee akan cari Jie sampai jumpa ! Viana tekad untuk menjayakan misi pencarian ini. Berdoa Jie dalam keadaan selamat walau dimana saja berada. Begitu juga dengan Shahrul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 03:42 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-8-2015 03:46 AM

Azim kaget melihat paparan imej Jie dan Shahrul didalam skrin telefon bimbit Zack. Keduanya tampak bahagia menikmati masa bersama. Persekitaran dalam gambar diteliti. Barangkali Jie dan Shahrul berada dikawasan terpencil memandangkan kiri kanan diselubungi pohon nan merimbun. Satu lokasi sesuai untuk menyorok dari dikesan. Mungkin benar Jie dan Shahrul berhubungan sulit. Wujud prasangka difikiran Azim.

Mengenali Shahrul, abang sulungnya walau tampak moden agak berpengetahuan luas dalam bidang agama. Hal ini memandangkan Shahrul juga memiliki latar belakang pendidikan syariah. Mustahil pula Shahrul keliru membezakan baik buruk. Tidakkah Shahrul terlintas bertapa besar dosa menjalin hubungan dengan isteri orang ? Di tambah pula dengan status Shahrul sebagai tunangan Lily. Azim buntu memikir.

"Aku tak yakin Shahrul buat semua ini.. Lagipun Najiha bukan perempuan murahan macam tu.. Kenapa mereka nak jalinkan hubungan sulit? Ini perangkap, bro !"

Azim pasti ada penjelasan lain disebalik semua ini.

Zack serabut. Otak berbelit untuk mencerna fakta yang diterima. Sudah menghubungi nombor si penghantar whatsapp gambar isterinya dan Shahrul. Sakit hati mendengar kenyataan tadi.

Lily disisi berair mata. Memikir tergamak Shahrul melakukan semua ini. Cinta dan kesetiaan selama ini hancur musnah lantaran kecurangan Shahrul.

"Shah pernah cintakan Jie.. Tak mustahil ! Well, hati manusia boleh berubah, kan?"

Zeeta yang juga berada di Villa Safiah menyampuk tiba tiba. Sempat mencuri dengar perbualan tadi. Naluri ingin tahu membuat diri bertindak begitu. Sementelah melihat wajah serabut Zack dan air mata Lily.

"You jangan nak mengarut, Zeeta ! I kenal abang I !"

Azim tetap mempertahankan Shahrul.

"I cuma cakap benda betul saja.. Terpulang pada you nak percaya ke tak.." Selamba saja Zeeta berkata begitu sebelum berlalu masuk semula ke ruang tamu.

Sorakan bergema dalam hati kerana berjaya menimbulkan spekulasi negatif mengaitkan Jie dan Shahrul.

"Kita kena jumpa Shahrul dan Najiha.. Kau tahu mana mereka berada sekarang?"

Kata kata Zeeta membuatkan Azim juga resah. Pelbagai persoalan muncul menagih jawapan.

Zack angguk. Menunjukkan alamat yang diberikan oleh lelaki asing melalui aplikasi whatsapp. Mungkin Azim benar. Mereka perlu bertemu empat mata dengan Jie dan Shahrul untuk merungkai semua rahsia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 23-8-2015 06:16 AM

Hareez berjalan menjingkit menaiki anak tangga kayu. Mengatur langkah pelahan. Bimbang didengari oleh sesiapa. Pengikutnya sedang berada dilaman. Mengepung sekitar rumah. Mengawasi untuk mengelakkan tawanan mereka dari terlepas lagi.

Cuba mengumpil tingkap untuk membuka. Percubaan gagal kerana diselak dari dalam. Tiada pilihan lain. Hareez terpaksa menendang kuat dipintu. Nampaknya struktur binaan pintu memang teguh melindungi penghuni didalam. Sepakan kali kedua. Berharap usaha membuahkan hasil.

Telinga Shahrul menangkap kebisingan diluar rumah. Meminta Jie bertenang sementara mata mengintai dicelahan papan untuk mengawasi kedudukan musuh. Mujur pistol yang dirampas dari pengawal sewaktu mereka melarikan diri dari tawanan dulu masih ada. Sepucuk pistol diserah kepada Jie. Peluru penuh berisi. Shahrul bersedia dengan pisau ditangan. Menanti kehadiran musuh dengan penuh debaran. Walau nyawa sendiri tergadai, Shahrul rela demi memastikan Jie selamat.

"Najiha.. I tahu you ada dekat dalam.. Elok you keluar sebelum I yang masuk !"

Hareez bersuara setelah usaha untuk masuk gagal. Enggan berputus asa lalu mengarahkan pengikutnya merempuh dipintu. Beberapa kali rempuhan padu akhirnya membuatkan struktur pintu regang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terbuka luas.

Shahrul sudah lama menanti didepan pintu tangkas menikam musuh satu demi satu. Kemahiran menggunakan senjata tajam dimanfaatkan sepenuhnya. Kelincahan pergerakan memberi kelebihan pada Shahrul untuk menumpaskan lawan.

Hareez membiarkan saja para pengikutnya mengalahkan Shahrul. Menyusup laju ke dalam untuk mencari Jie. Memasuki bilik. Mata meliar pandang. Melilau disegenap ruang. Namun bayangan Jie gagal ditemui.

Demi terpandangkan tingkap yang terkuak,  Hareez bergegas meninjau.  Yakin Jie baru saja meloloskan diri. Samar melihat susuk tubuh Jie di dalam kegelapan malam sedang menghala pistol ke arah pengikutnya. Serentak itu, bunyi tembakan kedengaran.

Isyarat dari Jie. Shahrul mengira sehingga 5 kali tembakan bergema sambil mencuba mengalahkan lawan seramai mungkin.

Masa untuk bertindak. Segera mencapai andang. Memberi sepakan terakhir kepada musuh supaya berundur. Bekas berisi minyak tanah dicapai dan disimbah ke arah musuh. Sepantas kilat membaling pelita yang masih bernyala. Api laju menyambar bahagian lantai. Shahrul berlari menuju ke halaman depan. Kemudian, mengunci pintu dari luar. Membiarkan musuh terperangkap dalam rumah.

Jahanam !  Hareez mendengus marah.

Api makin marak menyambar seluruh ruang. Hareez segera terjun melalui tingkap. Langkah sumbang lalu terhempas ke tanah. Kepedihan merajai seluruh tubuh. Mengaduh kesakitan.

Nampaknya, Jie berjaya menumpaskan hampir kesemua pengikutnya. Tiada satu pun tembakan Jie tersasar. Semua mengenai sasaran. Mayat bergelimpangan disana sini. Ada yang terkena tembakan dikepala. Ada juga peluru menembusi dada. Bau hanyir darah menusuk ke hidung.

Shahrul menarik tangan Jie supaya melarikan diri. Mungkin ini tindakan gila. Hanya ada satu cara untuk pergi dari sini. Patah balik ke banglo tempat mereka ditahan dulu. Mungkin ada kereta atau kenderaan lain boleh digunakan.  

Jie dan Shahrul perlu cepat sebelum musuh berjaya memintas. Shahrul memaut Jie dibelakang tubuh untuk mempercepatkan perjalanan mereka. Perut sarat Jie menyukarkan Jie berlari pantas. Dan, Shahrul lebih rela bersusah payah begini dari mengambil risiko keselamatan Jie dan anak dalam kandungan.

Penat lelah sudah tidak dihirau. Larian Shahrul makin pantas merentasi semak samun belukar. Onak duri melukai kaki bukan penghalang. Berharap agar semua ini akan berakhir dengan baik. Mudah mudahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 05:51 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 12:43 AM

Viana menyuluh ke hadapan. Zulkarnain disisi ligat memerhati ke arah lalang. Menebas menggunakan parang sebelum melangkahkan kaki. Bimbang terserempak binatang berbisa dan berbahaya. Tembakan bertalu talu kedengaran tadi telah membuatkan Viana dan Zulkarnain tertarik untuk meninjau lanjut. Lantas kaki pantas saja menghala ke sini. Mencari arah sebenar bunyi pistol itu. Barangkali ada kena mengena dengan penculik Jie dan Shahrul.

Cahaya lampu suluh dipegang Viana mengenai seseorang. Mengamati susuk tubuh lelaki dihadapan mata. Samar samar mengecam wajah.

"Shahrul !" Nada suara jelas namun terkawal. Memandangkan mereka berada dihutan. Pesanan orang tua tua supaya menjaga adab tetap dipegang. Takut takut kalau 'membangunkan' penghuni rimba.

Viana berlari anak mendapatkan Shahrul. Terpandangkan Jie yang berada dalam dukungan Shahrul. Serta merta air mata Viana merembes. Kegembiraan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Jie masih bernyawa. Pasti Mommy dan Daddy ceria mendengar khabar ini.

"Kita kena cepat keluar dari sini ! I takut penyangak tu berjaya ikut I dan Najiha !"

Bukan mahu mendesak. Shahrul faham dengan keadaan Viana yang sedang teruja kerana berjaya menemukan adiknya. Namun, Shahrul terpaksa berkata begitu. Takut pergerakan diekori. Bila bila masa saja penjahat tadi boleh memburu mereka.

"Kita patah balik ke kereta.. Sekarang !"

Zulkarnain memberi cadangan. Berpusing berjalan ke arah lawan jam. Niat untuk terus ke tempat mereka memarkir kereta.

Pengawal keselamatan Dato' Hanafi akur arahan Zulkarnain. Membiarkan Shahrul dan Jie berjalan terlebih dahulu diikuti Viana serta Zulkarnain. Memerhatikan persekitaran sekeliling terjamin. Amanah Dato' Hanafi supaya menjaga keselamatan ahli keluarganya dilaksanakan dengan sempurna.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 27-9-2015 05:40 PM

Zulkarnain menyerahkan jaket miliknya kepada Shahrul supaya disarungkan ke tubuh Jie. Takut Jie kedinginan duduk dibelakang. Memerhatikan dari cermin hadapan wajah yang dirindui. Zulkarnain lega Jie dan Shahrul selamat. Alhamdulillah.

"Kita nak ke mana, Zul?" Viana ingin tahu hala tuju mereka.

"Rumah Ibulah.. Kita bincang dekat sana.. Jiha pun boleh rehatkan badan.." Hanya itu tempat sesuai dan selamat dirasakan oleh Zulkarnain.

"I tak rasa keadaan Najiha selamat buat masa ini.. Penculik tu mungkin akan cari Najiha dekat tempat tempat Najiha biasa pergi.. Selagi kita tak tahu dalang sebenar, jangan ambil risiko.. So, Najiha kena bersembunyi sementara waktu.."  

Shahrul yakin penculik psiko tadi takkan berputus asa untuk mendapatkan Jie. Ada baiknya Najiha tidak diketahui berjaya loloskan diri buat masa sekarang.

"I setuju dengan Shah ! Kalau macam tu Jiha stay dengan Umi dan Abi I lah.. Safer !" Zulkarnain memberi cadangan. Lebih mudah untuk memantau keadaan Jie.

"No ! Zeeta bila bila masa boleh datang rumah parent you.. I don't trust your wife to be honest !"  Viana segera membangkang. Agak bahaya jika Zeeta tahu mengenai Jie.

Zulkarnain terdiam sejenak mendengar nama Zeeta disebut Viana.

"I ada hideout pinggir bandar.. May be Najiha lebih selamat disana.. Even family I pun takkan datang sana." Shahrul pula memberi cadangan. Tiada siapa tahu istana hinggap miliknya. Tempat rahsia Shahrul bila ingin mencari ketenangan fikiran.

"I tak setuju !" Zulkarnain membantah.

"Takkan you dengan Jiha nak tinggal berdua dekat sana?" Bagi Zulkarnain tidak manis jika Shahrul dan Jie berdua dalam satu rumah. Boleh mendatangkan fitnah.

"Ada orang gaji, tukang kebun dan pengawal keselamatan tinggal sekali. Jangan risaulah !" Shahrul memberi jaminan.

"Macam mana dengan security level dekat situ?" Viana pula menyoal.

" Ada CCTV link terus ke computer untuk kawal sebarang pergerakan.. Alarm pun akan berbunyi dan direct ke balai polis berdekatan kalau berlaku pencerobohan.."

Memang Shahrul rasa Jie lebih terjamin jika ditempatkan disitu.

"Mana tempat tu? Kita terus ke sanalah.." Viana akur akhirnya.

Zulkarnain juga tiada pilihan lain. Hanya menurut saja memandangkan Viana bersetuju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 01:03 AM

"Vee balik dulu.. Esok Vee datang lagi.. Kita fikir cara terbaik untuk tangkap penculik itu.. Jie rehatlah dulu.."

Mereka dua beradik berpelukan. Rindu terasa lantaran berpisah beberapa bulan.

"Jangan risau, Vee.. I akan jaga Najiha.." Shahrul memberikan janji. Badan letih. Mata mengantuk. Tepat pukul 4 pagi. Biasanya sebelum pukul 9 malam lagi Shahrul sudah melelapkan diri.

"Thanks sebab selamatkan adik I, Shah ! You pun take care. Jumpa esok !"
Viana pamit sebelum berlalu.

"Take care, Jiha !" Zulkarnain mendakap erat Jie. Rindu terpendam terluah. Perasan perut Jie kian memboyot. Simpati memikir berbulan Jie terperangkap dihutan. Hati berat untuk meninggalkan Jie disini. Namun demi keselamatan Jie, Zulkarnain terpaksa akur. Melangkah longlai meninggalkan Jie dan Shahrul.

"You pun rehatlah, Shah.. Thank sebab jaga Jiha !" Zulkarnain berpaling seketika sebelum terus berlalu. Mengucapkan terima kasih di atas jasa Shahrul. Hanya Allah saja mampu membalas.

"Sayang letih ke? Abang tunjukkan bilik.." Mujur Shahrul tidak tersasul menyebut panggilan itu dihadapan Viana maupun Zulkarnain.

Jie hanya angguk. Memang tubuh rasa longlai. Mata pula memberat.









Jie membuka mata pelahan lahan. Kepala pening pening lalat. Terkejut melihat jam dimeja sisi katil menunjukkan pukul 1 petang. Bingkas bangkit. Pandangan tertancap pada tuala dan pakaian terletak disisi. Sekeping nota dibaca.

Morning Mahsuri Sayang
Pakai baju abang ini dulu
Lepas mandi turun bawah ok
ILY

Serentak Jie terkenangkan Zack. Selalu juga Zack menulis nota nota sebegini. Kadang disertai hadiah. Rindu untuk bertemu suami dan anak anak.

I miss you, Bie ! Danny, Daryl.. It's been a long time without all of you...Jie mengeluh diluar sedarnya.

Malas membiarkan diri hanyut dibuai emosi. Jie terus mencapai tuala dan mandi. Itu lebih baik. Fikirnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2015 01:41 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 04:20 PM

"Hi sayang... Abang ada buatkan sup.. Sesuai untuk kuatkan rahim Mak Buyung.."

Shahrul memimpin tangan Jie menuruni tangga menuju ke meja makan. Senang hati melihat Jie tidur lena semalam. Mata beralih ke pakaian Jie.
Kemeja labuh Shahrul yang tersarung ditubuh Jie agak besar. Sesuai dijadikan pakaian ibu mengandung. Shahrul terfikir untuk mengajak Jie keluar membeli barangan peribadi nanti. Mungkin mereka terpaksa menyamar.

"Thanks, Shah !" Jie terharu. Berterima kasih kepada Shahrul kerana banyak berjasa selama ini.

"Please sayang.. So long kita masih berdua.. Just call me Abang.. You will be my sayang.." Pada Shahrul panggilan antara mereka hanya akan bertukar apabila Jie sudah kembali ke sisi Zack. Buat sementara waktu ini, biarlah Shahrul menikmati saat bersama sepuasnya.

"Baiklah Abang ! Sayang adjust ok.. " Jie gelak. Makanan terhidang atas meja menggamit selera. Perut memang lapar.

"Macam tulah.." Shahrul ketawa senang.

Ralit menatap wajah Jie. Selepas ini Shahrul tidak mungkin berpeluang melihat Jie lagi. Sayu menerpa tiba tiba.

Zack memang bertuah ! Hati Shahrul berbisik. Pilu mengenangkan perpisahan yang hanya menunggu masa untuk terjadi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 23-8-2015 05:32 PM

Tan Sri Azhari serba salah berhadapan dengan Tan Sri Isa. Tambah malu dan segan menatap wajah Zack. Tergamak Shahrul memalit arang ke muka keluarga. Sekarang reputasi mereka sudah tercemar. Hubungan baik antara Tan Sri Azhari dan Tan Sri Isa jadi taruhan.

"Mana aku nak taruk muka, Isa? Gambar gambar Shahrul dengan menantu kau dah jadi viral.. Aku tak tahu apa budak budak ini fikir.. Seorang dah ada tunang.. Lagi seorang dah ada suami.. Entahlah !"

Pening kepala Tan Sri Azhari memikir. Kalau dulu Azim yang selalu membuat diri gundah kini anak sulung kebanggaannya pula bikin onar. Dunia memang sudah terbalik agaknya. Dosa dan pahala dipandang enteng. Ternyata Shahrul tidak mempraktikkan pengetahuan didada. Berilmu tapi tak beramal.

"Aku sedih, Isa ! Punyalah degil anak aku ni ! Seramai ramai perempuan dalam dunia ini yang dah jadi isteri orang tu juga digilakan !" Tan Sri Azhari kesal dengan sikap Shahrul.

"Papa..  Setakat gambar ini tak membuktikan apa apa ! Kita kena jumpa Shah dengan Najiha dulu ! Dapatkan penjelasan mereka.."  Bagi Azim sangat berat sebelah jika Jie dan Shahrul dihentam kerana beberapa keping gambar. Sementelah Najiha dan Shahrul gagal dijumpai dialamat yang diberi pengirim gambar semalam.

"Zack.. Kau suami Najiha ! Takkan kau sanggup biarkan isteri kau dituduh bukan bukan? Speak up, bro !"

Azim geram dengan sikap diam diri Zack. Membiarkan Najiha dituduh sesuka hati oleh Tengku Safiah dan Zeeta.

"Dayus kalau Zaf simpan perempuan macam tu sebagai isteri ! Mama nak Zaf ceraikan dia !"

Tengku Safiah emosi. Dipandangan mata, Najiha adalah wanita kotor. Pernah menyakiti Ku Iz. Mempermainkan hidup Rayyan dan Zack. Tega pula meninggalkan anak dan suami untuk bersama lelaki lain.

"Aku lebih rela Najiha mati ! Dia dah hancurkan kepercayaan dan cinta aku!"  Gagal mengawal perasaan marah, Zack tega bertutur begitu. Jie sanggup mengkhianati janji mereka.

Dato' Hanafi yang baru tiba disitu tersentak mendengar butir bicara Zack. Niat untuk memberitahu berita gembira Jie sudah ditemui kepada menantunya terbantut.

"Daddy menyesal izinkan Jie kahwin dengan kamu dulu !"

Usai berkata begitu, Dato' Hanafi terus berlalu. Air mata mengalir memikirkan Jie. Membayangkan jika Jie mendengar kata kata pedih Zack sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 05:25 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-8-2015 05:31 PM

"Mommy, Jie rindu sangat masakan Mommy !!" Menerpa ke arah Maznah yang sedang mengacau kuah dalam kuali didapur.

Jie segera memeluk tubuh tinggi lampai Maznah. Rindukan belaian Mommy. Selendang dan cermin mata hitam yang dipakai untuk menyembunyikan identitinya dibuka.

Viana hanya membiarkan Jie dan Maznah melepas kerinduan. Berjalan ke ruang tamu. Merehatkan badan seketika. Kepenatan.

Shahrul dan Zulkarnain kini sedang berbincang di halaman belakang.

Viana tidak sabar menunggu kepulangan Daddy. Sudah berjanji kepada Jie untuk menemukan dengan Zack dan Si Kembar. Adik bongsunya kepingin benar bertemu mereka. Sedaya mungkin Viana memenuhi permintaan Jie. Itulah satu satunya adik yang dimiliki.  

Dato' Hanafi terus masuk ke rumah. Mengeluh berat lalu menghempas punggung di sofa empuk. Tekanan dengan sikap besan dan menantunya.

"Daddy seorang saja ke?" Viana melilau pandang mencari bayangan Zack dan Si Kembar.

Setahu Viana, Dato' Hanafi pergi ke Villa Safiah tadi untuk menemui adik iparnya sekaligus membawa Si Kembar berjumpa Jie.

"Mana mereka?" Pertanyaan terluah jua. Hairan melihat wajah sedih Daddy.

Dato' Hanafi gagal mengawal air mata. Berjuraian jatuh. Seteruk manapun kesalahan yang dilakukan Jie, itu adalah darah dagingnya. Sedih bertandang apabila mendengar besan dan menantunya menuduh Jie bukan bukan tadi. Andai Jie tidak layak bergelar isteri Zack lagi, Dato' Hanafi rela Jie diceraikan.

"Kenapa ini, Daddy ?!"

Zulkarnain baru saja melangkah masuk ke dalam terkejut. Pandangan menangkap Dato' Hanafi menitiskan air mata. Barangkali ada yang membuat Dato' Hanafi terluka. Tebaknya.

Shahrul juga tersentak dengan keadaan Dato' Hanafi.

Tidak mampu memendam rasa, Dato' Hanafi menceritakan perihal gambar dan fitnah yang mengaitkan Shahrul serta Jie. Bertapa Tengku Safiah dan Tan Sri Isa memandang serong Jie. Malah Zack juga dilihat termakan tekanan disekeliling. Tergamak menutur kata kesat terhadap Jie. Bersetuju untuk memfailkan perceraian.

Ketiga mereka mendengar cerita Dato' Hanafi dengan teliti. Masing masing tidak sedar perbualan mereka turut didengari oleh Jie.

Deruman kereta kedengaran dari arah luar. Viana segera berlari ke arah parkir. Melihat Jie memecut laju keluar.

"Jie mungkin terdengar cerita Daddy tadi." Viana gusar.

"Kita ikut adik you ! I rasa dia pergi jumpa Zack !" Zulkarnain yakin tekaannya tepat. Mungkin Jie inginkan penjelasan lanjut dari Zack. Faham benar dengan sikap Jie.

"Kita naik satu kereta saja.." Shahrul memberi cadangan.

Viana dan Zulkarnain hanya menurut. Risaukan Jie.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 23-8-2015 07:06 PM

Puas Jie merayu dari tadi. Sayang, rayuan dipandang sepi. Zack bukan setakat enggan bertemu dirinya malah menghalang Danny dan Daryl dari keluar berjumpa Jie. Pengawal yang berkawal dipagar depan Villa Safiah juga tidak membenarkan Jie masuk ke dalam. Arahan dari Tengku Safiah dan Tan Sri Isa supaya menghalau Jie pergi.

"Bie.. I nak jumpa anak kita sekejap saja...Tolonglah I !" Jie melutut merayu didepan pagar besi. Mengharap Zack sudi menunaikan permintaannya.

"Cik Najiha baliklah ! Puan Sri dan Tan Sri tak benarkan Cik Najiha dekati cucu cucu mereka .." Pengawal muda itu simpati melihat Jie merayu dari tadi. Akan tetapi apalah daya membantu. Hanya menerima gaji hasil belas ihsan Tan Sri Isa.

Jie enggan berputus asa. Berlari pantas memanjat tembok  batu sebelum sempat dihalang pengawal bertugas. Terjun pantas ke tanah dan berlari laju untuk menceroboh masuk. Tujuan utama mendapatkan Danny dan Daryl.

Walau dikejar pengawal keselamatan Villa Safiah, Jie tidak peduli !  Melaung nama Danny dan Daryl. Kesakitan diperut diabaikan.

"Mommy !!" Teruja melihat Jie berada depan mata.

Daryl berlari mendapatkan Jie yang kelelahan. Berjaya melepaskan diri dari pegangan Tengku Safiah.

Zack juga terpaku melihat kemunculan Jie disini. Jie berjaya nampaknya melepasi kawalan keselamatan diluar. Antara cinta dan amarah. Keliru untuk mengambil tindakan lanjut. Separuh hati mendesak untuk memeluk Jie manakala ego pula menghalang. Maka berdiri kaku disitu memerhati.

"Bie.. I rindukan you ! Anak anak kita ! You gotta trust me ! I still loving you !"

Jie yakin Zack masih teguh mencintai dirinya. Mustahil Zack sanggup memusnahkan kebahagian yang tercipta selama ini hanya semata mata beberapa keping gambar.

"Just get out from here ! Do not touch my son !"

Ternyata cemburu dan curiga lebih menguasai diri Zack. Menarik Daryl ke sisi supaya menjauhi Jie.

"Please, Bie ! I boleh explain.. Pasal Shah dan I.. Gambar gambar tu.. Semua tu bukan macam yang you fikir !"

Jie tak segan merayu. Menyentuh tangan Zack. Mengharap Zack sudi memberi peluang Jie membela diri.

Malangnya, Zack menepis kasar tangan Jie.

"Elok you pergi dari sini sebelum I suruh pengawal halau you ! Pergi !!"  Nada suara Zack meninggi. Menengking.

"Fine !! You boleh halau I ! Tapi I nak anak anak I ikut I !" Jie terus mendukung Daryl. Memanggil nama Danny.

"I cakap dengan you elok elok, Najiha ! Lepaskan Daryl !" Zack mendekati Jie. Berniat merampas semula Daryl dari dukungan Jie.

Jie berkeras. Pantang menyerah kalah. Menepis tangan Zack.

"Kamu ini tak tahu malu ke?! Berbulan kamu hilang macam tu saja.. Tiba tiba kamu muncul nakkan balik anak anak kamu.. Mana kamu masa mereka perlukan Mommy? Kamu tengah berseronok dengan jantan lain, kan? Dasar perempuan murah !!"

"Mama boleh cakap apa saja.. Jie nakkan anak anak Jie !" Ini bukan masa untuk bertekak. Jie ligat mencari kelibat Danny. Jumpa.

"Come to Mommy, Dear !" Jie mendapatkan Danny yang sedang leka bermain piano disisi Danish. Menarik tangan comel itu supaya menurut langkahnya.

Danny terkejut melihat Jie. Memeluk pinggang Jie. Akur dengan arahan Mommy.

"Where we will be going, Mommy ?" Daryl dalam dukungan Jie menyoal.

Walau masih kecil, Daryl faham ada perselisihan faham antara Momny dan Daddy. Pertama kali melihat Zack menengking Jie. Malah Grandma juga memarahi Mommy. Simpati melihat Mommy dimaki hamun.

Jie membiarkan soalan Daryl tidak berjawab. Bergegas keluar sambil membawa Si Kembar. Langkah terhenti melihat Zack bersama beberapa pengawal dipintu depan.

"Encik Zafrey arahkan saya halang Cik Najiha dari bawa si Kembar bersama.. Maafkan saya !"

Pengawal muda terpaksa merampas Danny dan Daryl dari pegangan Jie. Menahan Jie dari mendekat. Gagal mengawal imbangan, tubuh Jie terhentak ke pagar.

"Sampai hati you buat I macam ni, Zack !" Jie tidak berdaya menahan kesedihan. Terduduk lemah. Memegang perut yang terasa ngilu.

"I tengah mengandungkan anak you ! Macam ini layanan you pada I ! Thanks Zack !"  Air mata Jie mengalir laju. Tunduk menahan kesakitan.

Baru Zack perasan perut Jie memboyot sewaktu Jie menyentuh ke situ tadi. T shirt besar yang tersarung ditubuh Jie menutupi bahagian itu. Terlupa langsung Jie masih mengandungkan anaknya sewaktu hilang.

"I akan datang balik untuk tuntut anak anak I !"

Mengalah bukan kalah. Jie bangkit lalu berjalan lemah ke arah kereta. Berpaling merenung wajah Zack buat kali terakhir. Sedar Zack tidak lagi mencintainya. Lantas meneruskan saja langkah kaki. Air mata jadi teman setia.

Zack ingin bersuara menahan Jie dari pergi tetapi bicara bagai tersekat di kerongkong. Terpaku saja memandang langkahan Jie.

Namun, demi terlihat darah merah menitik disepanjang jalan dilalui Jie. Hati Zack bergetar kencang. Bimbangkan Jie.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.075765 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list