CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3551|Reply: 14

| Bestnyaaaa kalau dapat design rumah sendirii..! |

[Copy link]
Post time 24-12-2014 09:23 PM | Show all posts |Read mode



Hajar Yahya







| Bestnyaaaa kalau dapat design rumah sendirii..! |

Masa saya kekecik dulu, saya ingat lagi abah selalu bawak saya berhenti depan rumah banglo putih tiang dua.

Masa tu, pergi balik sekolah rendah abah hantar saya naik motor. Jadi, sebelum balik rumah, mesti kami akan parking motor depan rumah banglo putih tu. Untuk sekitar 5 ke 10 minit.

Abah cakap kat saya, cantik kan rumah tu. Saya senyum, angguk. Kalau dapat rumah camtu kan best. Masa tu kecik sangat, apa lah yang saya faham. Orang kata best, saya pun jawab best. hehe

Tak lama lepas tu, saya tengok Abah ada satu lukisan lakaran rumah. Macam yang arkitek punya tu. Ada pandangan sisi, tepi, depan, belakang.

"Cantiknyaa, rumah siapa ni Abah..?" soal saya.

"Inilah rumah kita nanti..!" kata Abah bangga.

Saya gelak. Yelah Abah bukannya Menteri atau pun Dato' yang gaji puluhan ribu nak ade rumah banglo besar cantik pulak tu. Abah cuma kerja kilang masa tu. Kilang kereta kalau tak silap.

Hari2 saya perhatikan Abah. Kertas lakaran rumah tu Abah jadikan model guna kadbod. Potong sendiri dan gam satu persatu.

Abah adjust model rumah tu cantik2 ikut citarasa dia. Sampai abis bersepah kadbod dipotong-potong oleh Abah semata-mata nak dapatkan design bumbung yang cantik.

Abah dalam dunia angan2 dia. Hehe

Tahun 2007, Abah mulakan projek rumah idaman dia. Abah tak bergantung pada orang. Abah ikat batu satu persatu. Abah naikkan tembok. Abah ratakan konkrit.

Abah kata model rumah dia buat masa saya kecik tu nak jadi realiti. Saya sengih. Boleh ke.?

Cukup 6 bulan, rumah saya naik macam banglo. Belum siap sepenuhnya tapi sudah ada rangka. Sebiji sama macam model rumah idaman Abah.

Hari2 Abah upgrade sikit2. Saya ingat lagi Raya pertama kat rumah tu, rumah kami tak sempurna. Bahagian dapur masih berpasir belum pasang tiles, sedangkan bahagian depan dah macam hotel cantik dia. (boleh refer album saya tajuk Rumah Taj Mahal)

Abah nak buktikan pada orang yang Abah mampu buat rumah idaman dia dengan kudrat dia sendiri.

Saya cukup terpegun masa tu. Abah takde background enjinia. Abah bukan kontraktor. Abah tak pernah belajar ilmu fizik.! Abah bukan orang kaya. Abah cuma orang kampung yang ada wawasan, ada matlamat nak dikejar, yang ada citarasa tinggi.

Abah bukti kehebatan dan idola kekuatan semangat saya. Semangat Abah tak pernah luntur walaupun sekelumit mulut orang lain memburuk2kan usaha Abah. Abah teruskan mengejar matlamat hingga rumah kami megah berdiri macam dalam gambar.

Itu lah rumah saya dan Abah. Orang labelkan rumah kami rumah ratusan ribu, sedangkan kos pembuatan sebenar mungkin tak cecah jumlah tu. Sebab semuanya kami buat sendiri. Bukan saya, Abah yang buat. Seingat saya, upah membuat bumbung hanya sekitar RM18 000.

Hingga kini, rumah kami megah berdiri. Saya panggil rumah ni rumah Taj Mahal, sebab ini bukti kasih sayang Abah kat kami. Bila sandar kat dinding rumah, terasa kasih sayang Abah terpancar kat kami sekeluarga.

See...!!!

Abah bukti semua manusia boleh berjaya.! Sesusah mana pun hidup kita, kita boleh ubah kehidupan kita kalau kita ada matlamat yang jelas dan semangat yang tinggi..!

Best ke best kalau boleh design rumah sendiri..? Terimakasih Abah.!


— with Zaila Suyuti.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 11:26 PM | Show all posts
Spidey tengah terbayangkan design rumah Spidey dan Cik@Esmiria
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 24-12-2014 03:26 PM
Spidey tengah terbayangkan design rumah Spidey dan Cik@Esmiria

Design mcm mna tu bang?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:43 PM | Show all posts
Esmiria posted on 24-12-2014 11:40 PM
Design mcm mna tu bang?

Spidey suka design kombinasi Cina dan Melayu. Es ada idea tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 24-12-2014 03:43 PM
Spidey suka design kombinasi Cina dan Melayu. Es ada idea tak?

Kita masukkan elemen indon nak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:47 PM | Show all posts
Esmiria posted on 24-12-2014 11:46 PM
Kita masukkan elemen indon nak?

Bali concept Spidey suka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2014 11:50 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 24-12-2014 03:47 PM
Bali concept Spidey suka.

Minangkabau cmne?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:53 PM | Show all posts
Esmiria posted on 24-12-2014 11:50 PM
Minangkabau cmne?

Spidey ok jer asalkan design concept tu sesuai dan comfortable untuk kita sekeluarga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 24-12-2014 03:53 PM
Spidey ok jer asalkan design concept tu sesuai dan comfortable untuk kita sekeluarga.
...

Bila nk membuatnya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 12:00 AM | Show all posts
Esmiria posted on 24-12-2014 11:57 PM
Bila nk membuatnya?

Tunggu Spidey kumpulkan wang dulu...abang sedang berusaha.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 24-12-2014 04:00 PM
Tunggu Spidey kumpulkan wang dulu...abang sedang berusaha.

okayy.chaiyok chaiyok.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 01:03 AM | Show all posts
Satu usaha yang maha hebat oleh abah anda, dan abah anda berhak menyatakan dengan bangga "I DID IT... ALONE"

Apabila Islam sebenar dizahirkan, inilah sebahagian dari hasilnya. Allah itu indah, dan Ia suka pada keindahan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:00 AM | Show all posts



cantiiik arrr

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2014 03:25 PM | Show all posts
mmg best dapat design rumah sendiri..cuma perlu xtra fulus je la..

hehehe..

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 01:52 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Kurang gemar rumah atap tinggi gini...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.097587 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list