CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1887|Reply: 9

[Tempatan] Lagi kes rumah meletup

[Copy link]
Post time 31-12-2014 01:23 AM | Show all posts |Read mode
Edisi berita harian

Kanak-kanak putus jari akibat letupan bom ikan


SERI ISKANDAR: Dua kanak-kanak cedera termasuk seorang putus jari selepas bahan letupan dipercayai bom ikan meletup di dalam bilik di sebuah rumah di Bandar Universiti di sini, pagi tadi.

  Sumber polis berkata, ketika kejadian tiga kanak-kanak berada di dalam rumah berkenaan namun hanya dua daripada mereka berusia lima dan sembilan tahun cedera manakala seorang lagi yang berusia dua tahun terselamat.

  Katanya, mangsa berusia sembilan tahun parah akibat putus jari manakala seorang lagi cedera pada muka, tangan dan kaki.

  Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan kebakaran di rumah itu  pada jam 11.55 pagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2014 01:24 AM | Show all posts
edisi sinar harian

SERI ISKANDAR - Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana putus jari kelengkeng apabila pengecas bateri helikopter mainannya meletup, di rumahnya di Bandar Universiti, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Indra Adam Mohd Azlim, 9, dikatakan bersama dua adiknya masing-masing berusia 5 tahun dan 18 bulan dalam bilik tempat bateri berkenaan dicas, sementara ibu mereka memasak di dapur.

Datuk mangsa, Ishak Dollah, 62, berkata, ketika kejadian terdengar letupan dari bilik berkenaan dan menyebabkan tangan mangsa berdarah.

Bagaimanapun, menurutnya, dua lagi cucunya tidak mengalami sebarang kecederaan dan bersyukur kerana tiada kejadian lebih buruk berlaku.

"Saya yakin letupan disebabkan caj elektrik sebab hanya ada barang mainan itu dalam bilik. Dia memang suka main helikopter yang dibelikan ayahnya.

"Lagipun, mereka baru pindah ke Seri Iskandar dua minggu lalu dan sekarang ayahnya di Sarawak bekerja," katanya.

Difahamkan, mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang sebelum dirujuk ke Hospital manjung untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan mengenainya dijalankan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 01:25 AM | Show all posts
Edisi kosmo


IPOH - Dua beradik cedera dipercayai akibat satu letupan yang berlaku di rumah mereka di Jalan U21, Bandar Universiti, Seri Iskandar dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, letupan itu berlaku di dalam sebuah bilik rumah berkenaan pada pukul 12 tengah hari, mengakibatkan Indra Adam Mohd. Azlin, 9, dan adiknya Indra Adib, 5, mengalami kecederaan.

"Indra Adam mengalami cedera parah di tangan sehingga mengakibatkan jari kelingkingnya terputus manakala adiknya mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Fakri berkata, ketika kejadian ibu mereka sedang memasak di dapur.

Beliau berkata, polis masih belum mengenal pasti punca letupan itu.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 01:30 AM | Show all posts
mana satu berita sahih lagi menepati etika kewartawanan ni????
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak betol version
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 02:06 AM | Show all posts
yang mana satu btol???

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2014 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak episod boleh pilih mana satu yang berkenan
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah elohim membayar cash saja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 08:03 AM | Show all posts
kalu smpai putus jari kelingking, letupan bateri tu takdela kuat sgt.

msti psl mercun ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bom ikan neh mcmaana ropanya...
Mcm mercun bola ka..
Mcm mcm versi nak lakukan papee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.292624 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list