CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3808|Reply: 12

2014 yang amat ekstrem, 2015 ‘Tahun Hudud’?

[Copy link]
Post time 2-1-2015 08:21 PM | Show all posts |Read mode
2014 yang amat ekstrem, 2015 ‘Tahun Hudud’?






SUARA LANTANG: Segala perkara buruk yang berakhir dengan lebih buruk. Ini adalah satu cara untuk menyimpulkan tahun 2014 bagi Malaysia.




Isma, Perkasa, Taliban, pembela ‘kalimah Allah’ dan penyokong Hudud telah memastikan waktu yang amat buruk bagi kebanyakan rakyat Malaysia.


Ditambah pula dengan MH370 yang hilang tanpa kesan, MH17 yang ditembak jatuh oleh entah siapa, dan QZ8501 yang terhempas di tengah Laut Jawa.


Akhirnya, ditambah lagi dengan banjir yang dikatakan terburuk pernah melanda negara, dengan lebih 250,000 mangsa terpaksa meninggalkan rumah mereka. Kita memiliki sebab yang cukup untuk melupakan 2014.


Satu lagi hal yang buruk menunggu kita. Kejatuhan harga minyak dunia bukanlah berita baik bagi Malaysia melainkan nikmat jangka pendek harga petrol yang lebih murah. Tunggu sahajalah impak yang lebih besar.


Malah, runtuhnya harga minyak dilihat sebagai perkembangan paling signifikan bagi ekonomi dunia pada 2014.


Kemerosotan hampir 50% harga minyak mentah Brent daripada lebih US$115 segelen pada Jun lalu kepada kurang daripada US$60 pada awal Desember, telah mencetuskan krisis kewangan di negara pengeluar minyak, terutama Russia dan Venezuela. Dijangka kesan limpah akan menimpa ekonomi di seluruh dunia pada tahun hadapan.


Akar kepada keruntuhan harga ini terletak pada kepesatan minyak syal (shale oil) di Amerika Syarikat (AS), yang bermula apabila pengeluar kecil dan sederhana berjaya mengaplikasikan teknik penggalian horizontal dan peretakan hidraulik pada pengeluaran minyak sekitar 2009-10. Teknik itu sebelum ini amat berjaya dalam industri gas asli.


Kejatuhan harga minyak ini akan menyebabkan pemecahan ekonomi yang meluas, dengan tekanan serupa dalam sistem sosial dan politik di banyak negara, termasuk Malaysia.


Namun pada masa ini, kebimbangan kita adalah terhadap banjir dahsyat terutama di Pantai Timur, dan 699 penumpang dan krew tiga pesawat yang hilang. Dua daripadanya milik Malaysian Airlines, manakala QZ8501 dipunyai syarikat tempatan, AirAsia dengan pegangan sebanyak 49 peratus.


Kita tidak boleh menyalahkan ‘Pencipta Sekian Alam’ berhubung banjir dahsyat ini, seperti seorang bekas Menteri Kerja Raya yang mengatakan keretakan di Lebuh Raya MRR2 adalah ‘perbuatan Tuhan’.


Aktivis Anas Alam Faizli mendakwa di twitter bahawa pembalakan tidak terkawal adalah punca di sebalik banjir yang semakin buruk.


Katanya, menurut laporan yang berdasarkan peta hutan global, negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menerima kesan terburuk adalah mangsa kepada pemusnahan hutan secara sewenang-wenangnya.


Kata Anas lagi, laporan itu menyebut bahawa antara 2000 hingga 2012, Malaysia mencatat kadar kehilangan hutan tertinggi di dunia.


Kita membayar harganya dengan jumlah mangsa paling tinggi merangkumi negeri – Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Selangor – di saat hujan turun berterusan dan banjir memburuk.


Pekerja bantuan dan sukarelawan dikekang isu logisitik ketika menghantar bekalan makanan dan air di kawasan yang dilanda banjir, dan sesi persekolahan juga ditangguh seminggu.


Maka tidak pelik jika ada individu yang mengeluh di media sosial, bahawa ini adalah tahun yang buruk bagi semua aspek untuk Malaysia.


Pendapatan kerajaan merosot, katanya lagi. Ringgit menjunam, dan moral serta semangat bersatu padu pada tahap terendah dalam sejarah.


“Karma buruk?” soalnya lagi. Saya tidak peduli apa dia. Tapi tahun ini memang tidak berjalan dengan baik untuk Malaysia.


Beliau bukanlah seorang sahaja yang menyampah dan meluahkannya di Facebook, Twitter dan laman-laman berita lain.


Seorang pembaca memberi komen di Malaysiakini: “Oh tidak! Tuhan, kasihanilah kami!”. Yang lain berkata, “Sukar dipercayai… baru sahaja kita rasa 2014 sudah hampir tamat…#3!”


Tentunya, mereka berdua merujuk kepada kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.


Pembaca ketiga menulis: “Negara kita yang sedia teruk ini juga dilanda malapetaka besar lain, yang boleh dikatakan terjadi akibat bencana alam. Semua 10 juta penduduk Lembah Klang menghadapi krisis kekurangan air yang kritikal selama 8 bulan bermula Januari.


“Selepas itu negeri di Pantai Timur pula dilanda banjir besar dan cuaca setakat ini masih belum menunjukkan tanda untuk reda. Ringkasnya, lima dugaan besar menghempas kita.”


Pembaca keempat pula menulis, hukuman terbesar ke atas Malaysia masih belum tiba. “Ia dipanggil 1Malaysia Development Berhad.”


Pastinya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlepas.


Ada yang menulis, “Mengapa PM kita tidak berada di kawasan banjir di saat beliau paling diperlukan dan menggunakan masa tersebut untuk bertemu dan bercampur dengan mangsa?


“Beliau sibuk bermain golf bersama Obama dan tidak boleh lepaskan peluang itu.” Oh oh.


Alangkah teruk dan celarunya 2014! Adakah keadaan akan menjadi lebih baik pada 2015?


Tanyalah Isma, Perkasa, Taliban dan penyokong hudud. Kemudian berdoalah. Berdoalah bersungguh-sungguh.




Tan Jooi Long meletakkan jawatan selaku editor di Bernama untuk mengetuai bahagian Asia Pasifik sebuah agensi berita Amerika Syarikat. Seorang pengguna Twitter yang prolifik.


oleh Tan Jooi Long


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 02:03 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

2024 = Bila minyak nak turong lagi...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 10:06 AM | Show all posts
Bebenang lama nih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 12:41 PM | Show all posts
dah 2024,memang ekstrem cuaca sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 08:50 AM | Show all posts
rumahbiru replied at 22-3-2024 12:41 PM
dah 2024,memang ekstrem cuaca sekarang

[AceHand SPECTaceLAR]

Sepuloh tahong sudah berlalu...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 08:35 AM | Show all posts
AceHand replied at 30-6-2024 08:50 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Sepuloh tahong sudah berlalu...

belum cukup 10 tahun

hai abe ace klong klong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2024 08:37 AM | Show all posts
AceHand replied at 16-2-2024 02:03 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

2024 = Bila minyak nak turong lagi...?

kudos ko gigih lagi jadi smod kat sini....
aku dah hidup nyawa ke berapa dah kat sini, ko masih smod...

nyawa pertama aku kat sini 2006,pastu aku lahir semula beberapa tahun kemudian dan ada lagi la kot kelahiran semula tanpa rela
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 01:24 AM | Show all posts
rumahbiru replied at 1-7-2024 08:35 AM
belum cukup 10 tahun

hai abe ace klong klong

[AceHand SPECTaceLAR]

Bila cukop...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2024 01:25 AM | Show all posts
rumahbiru replied at 1-7-2024 08:37 AM
kudos ko gigih lagi jadi smod kat sini....
aku dah hidup nyawa ke berapa dah kat sini, ko masih  ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Eh...! Ko salah tengok tu... Aku baru jer jadi Super Moderator minggu lepas...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 08:28 AM | Show all posts
AceHand replied at 2-7-2024 01:25 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Eh...! Ko salah tengok tu... Aku baru jer jadi Super Moderator minggu lepas ...

sodahlahhhhh....kalau aku beranak zaman dulu tu, anak aku dah sekolah menengah kot,menunjukkan betapa lamanya ko jadi SMOD
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 12:48 AM | Show all posts
rumahbiru replied at 2-7-2024 08:28 AM
sodahlahhhhh....kalau aku beranak zaman dulu tu, anak aku dah sekolah menengah kot,menunjukkan bet ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Aku rasa ko tertukar aku ngan @admin6 ni... Selamat Tahong Baru...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 02:07 PM | Show all posts
AceHand replied at 7-7-2024 12:48 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Aku rasa ko tertukar aku ngan @admin6 ni... Selamat Tahong Baru...

takde makna dari kejauhan aku kenal klong klong mu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 04:27 AM | Show all posts
rumahbiru replied at 10-7-2024 02:07 PM
takde makna dari kejauhan aku kenal klong klong mu

[AceHand SPECTaceLAR]

Eh...! Dah hada worang pakai ke tag tu sebelong ni...? Natam sunggoh...!


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.117860 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list