View: 14121|Reply: 134
|
[Tempatan]
Edisi JDT:Murtabak Cheese Jadi Pilihan
[Copy link]
|
|
Muhamad Najib menunjukkan menu istimewa murtabak cheese yang menjadi kegemaran ramai.
BAGI penggemar murtabak, anda boleh ke Murtabak Majid Special No 1 Corner di Kampung Kurnia, di sini kerana pelbagai menu murtabak yang disediakan bakal membuatkan anda menjilat jari.
Beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 6 petang, Murtabak Majid Special No 1 Corner sentiasa dikunjungi orang ramai tanpa mengira masa.
Menyajikan menu murtabak istimewa seperti jumbo cheese cake dan jumbo cheese kambing, selain menu daging, ayam dan kambing tradisional menjadikan Murtabak Majid Special No 1 Corner dikunjungi ramai pelanggan luar daripada Johor.
Pengusahanya, Muhamad Najib Mustaffa, 41, berkata, perniagaan murtabak itu sebenarnya diwarisi daripada bapa saudaranya yang mengusahakan perniagaan itu sejak lebih 40 tahun lalu.
Bagaimanapun menurutnya, menu murtabak cheese yang merupakan resipi hasil kreativitinya tidak disangka menjadi kegemaran ramai sehingga membuatkan Murtabak Majid Special No 1 Corner semakin dikenali.
“Perniagaan murtabak ini sebenarnya daripada pakcik saya, kemudiannya abang saya dan saya sendiri yang sudah lebih 10 tahun bertapak di Kampung Kurnia ini.
“Alhamdulillah, murtabak cheese hasil kreativiti saya menjadi kegemaran ramai sehingga ada yang sanggup datang dari Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Singapura semata-mata untuk menikmati murtabak yang dianggap istimewa ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menawarkan harga paling minima RM6 untuk murtabak daging tradisional biasa, Murtabak Majid Special No 1 Corner turut menawarkan harga tertinggi RM28 untuk murtabak jumbo cheese kambing yang boleh dihidangkan untuk tiga keempat orang.
Murtabak Majid Special No 1 Corner turut melatih penebar murtabak sehingga memiliki dua profesional penebar bagi memastikan keunikan murtabak yang dihidangkan tidak lari dari keunikan asal.
“Kita setakat ini sudah memiliki dua cawangan Murtabak Majid Special No 1 Corner di Larkin Perdana dan Jalan Cenderawasih Larkin Jaya.
“Insya-ALLAH, kita merancang untuk memperluaskan lagi Murtabak Majid Special No 1 Corner di beberapa cawangan lain pada masa akan datang,” katanya.
[url=]
[/url]Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
oooh nice... but aku buat sendiri murtabak kat rumah guna kulit spring roll aka popia, letak lebihan kari ayam, kentang yang dihancurkan pastu taruk cheese... |
|
|
|
|
|
|
|
sume benda nk letak cheese..pisang goreng cheese, murtabak cheese..pasni ape lak? |
|
|
|
|
|
|
|
Gamba yang screams jawa tongkang at its best...makan cheese sebab nk nampak urban pdhal duk dumah cicah kicap saja.
@peYno.sila save gamba ini untuk masa hadapan. |
|
|
|
|
|
|
|
a'aah kan semua nak taruk cheese, memandangkan permintaan meningkat patut bukak kilang pengeluaran cheese kat malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Keropok lekor cheese pun dah ada. nexttt.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa lebih 10 tahun dulu.. aku tgk rancangan macam jalan jalan cari makan Singapore. diorang dah lama letak cheese ni.. segala benda diorang letak.. and mmg nampak SGT sedap.. i really mean it
murtabak, roti canai.. roti john.. semua benda.. aku rasa pengaruh dah start masuk Johor..
so x yah hairan la kalau johor dah ada product mcm ni sebab johor and singapore berjiran |
|
|
|
|
|
|
|
pisang cheese.. murtabak cheese... sume yg kasi cepat kojol |
|
|
|
|
|
|
|
satu mutabak dah 600 kalori..tambah cheese da berapee..lumayan
tp kalu nak kurus bole amik cheese tp jgn banyak..
|
|
|
|
|
|
|
|
stars83 replied at 6-1-2015 09:01 AM
lepas ni menu apa pulak letak cheese..
Cadangan : roti canai,keropok lekor,apam balik, karipap,sate... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mcm sedap je.. ada peluang mesti cuba~ |
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak, rojak, nasi dagang, tomyam, karipap, satey, mihun, mee goreng .....gemoooooo ......gemo gemo
|
|
|
|
|
|
|
|
X muak ke...mutabak tu pun sendri dh muak...nk tambah chis plak..pape la..tekak masing2....pas ni mau tempe goreng chis plak pas ni |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 6-1-2015 09:38 AM
Cadangan : roti canai,keropok lekor,apam balik, karipap,sate...
kopok lekor cheese dh ada yunk..ekeke |
|
|
|
|
|
|
|
jawa johor cam biasala
pastu klaim ni johor style...
pastu kata johor terbaik
alahai jawa |
|
|
|
|
|
|
| |
|