View: 3631|Reply: 7
|
Qasr Al Haj : Bank Kuno Untuk Kegunaan Bakal Haji Di Libya
[Copy link]
|
|
Qasr Al Haj : Bank Kuno Untuk Kegunaan Bakal Haji Di Libya (12 Gambar)
Bank Yizlumik
Qasr Al Haj dalam bahasa Arab bermaksud Istana Haji. Ianya dibina 130 kilometer di luar Tripoli sekitar abad ke-13 sebagai ruang menyimpan harta bakal haji yang dalam perjalanan ke tanah suci. Terdapat 114 bilik di dalam bangunan berbentuk bulat ini. Ini adalah simbolik dengan 114 surah di dalam kitab suci Al Quran. Ruang bilik ini disewa oleh bakal haji untuk menyimpan harta yang tak perlu dibawa masuk ke Mekah dan Madinah dengan selamat. Jadi bakal haji tak perlu risau harta duniawi mereka dirompak ketika mereka beribadah kepada Allah.
Ia kemudiannya diubahsuai menjadi gudang menyimpan gandum oleh penduduk setempat dan digunakan sehinggalah dekad 1960an. Bayaran yang dikenakan bagi menyimpan gandum ialah 1/4 dari apa yang dsimpan. Gandum yang diambil kemudian diwakafkan kepada pusat pengajian Islam sekitar Qasr Al Haj. Qasr Al Haj kini menjadi tarikan pelancong yang mahu melihat bagaimana rupa bank zaman dahulu kala.
Laporan asal Amusing Planet
kredit:www.blogserius.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
info yang menarik ![](static/image/smiley/default/icon8.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mcm susah nak trace bilik mana kita punye
sume lebih kurang je |
|
|
|
|
|
|
|
mcm colliseum kalo tgk dr luar |
|
|
|
|
|
|
|
Tamaddun Islam lebeh maju dari barat.Tapi malangnya bila bumi Baghdad dijarah oleh Jenghiz Khan habis semua ilmu org2 Islam hilang lenyap lalu diambil oleh org2 barat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak kejadian merompak semasa harta2 di simpan di situ?? |
|
|
|
|
|
|
|
good info...sayang kita sendiri tak tau benda ni sebelum dihighlight oleh orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
hu3..aku pun baru tahu ada bank macma nie yang orang islam buat |
|
|
|
|
|
|
| |
|