View: 6954|Reply: 45
|
[Tempatan]
Pegawai terlibat klip video Zamani ditukar tugas - Ketua Polis...
[Copy link]
|
|
Pegawai terlibat dalam insiden klip video Zamani ditukar tugas - Ketua Polis S'gor
Bernama | Kemas kini: Januari 24, 2015
(Diterbitkan pada: Januari 24, 2015 21:34 MYT)
SHAH ALAM: Empat anggota polis dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran klip video seorang penyanyi lelaki era 1990-an yang ditahan beberapa hari lalu berhubung kes dadah, telah ditukarkan ke bahagian operasi pejabat.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kesemua mereka masih bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik tetapi tidak lagi terlibat dengan kerja berkaitan penyiasatan dan operasi.
"Mereka ditugaskan untuk kerja pejabat atau non-active task. Keputusan muktamad mengenai kedudukan mereka hanya akan dibuat selepas selesai siasatan," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Abdul Samah berkata pihaknya masih menyiasat sekiranya ada lagi anggota yang terlibat dalam insiden yang mencuri perhatian ramai itu.
Video berdurasi 1 minit 21 saat yang menjadi viral itu memaparkan penyanyi utama kumpulan Slam, Zamani, diminta menyanyikan lagu hitnya ‘Gerimis Mengundang’ dalam keadaan duduk dan tangan bergari.
Ia mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah penyanyi itu.
Abdul Samah berkata siasatan mengenai insiden itu tetap dijalankan walaupun Zamani dilapor telah mengeluarkan kenyataan memaafkan anggota yang melakukan kesalahan itu.
"Kita tidak akan melindungi mana-mana anggota kerana ini kesalahan serius yang bukan hanya memalukan individu berkenaan malah ia turut mencemarkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia," tegasnya.
Zamani dan seorang wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat pada Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dan tempoh reman empat hari terhadap mereka tidak disambung.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita ... polis-sgor-52743?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian psl wife suri rumah tu excited nk sebarkn...4 jd mngsa |
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah....
aku suka macam ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Penangan sosial media.... |
|
|
|
|
|
|
|
bambimo replied at 24-1-2015 10:14 PM
kesian psl wife suri rumah tu excited nk sebarkn...4 jd mngsa
wife polis ke yg sebarkan
aduhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
isteri polis memang perangai pprt(yang xkerja la)...
kenal sorang tu sebiji2 kerja laki dia,dia dok citer..OKT la,apa la,operasi laki dia,semua dia tahu
orang kata kalau laki koperal,bini sarjan la(padahal surirumah) |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 24-1-2015 10:52 PM
wife polis ke yg sebarkan
aduhhhh
Ye..wife salah sorang pilis huuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
mesti wife tu tgh menggelabah dan serba salah sgt.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya tidak dipaksa nyanyi
Kuala Lumpur: Bekas penyanyi Slam, Zamani Ibrahim, 43, menafikan dia dipaksa untuk menyanyi ketika ditahan atas penyalahgunaan dadah, Rabu lalu.
Zamani berkata, ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, seorang daripada anggota memintanya menyanyikan lagu popularnya dan dia tidak keberatan mendendangkannya.
“Dia mengaku meminati saya dan kumpulan Slam. Jadi, saya hanya menyanyikannya kerana menganggap dia peminat saya,” katanya pada sidang media di Damansara, di sini.
Hadir sama pengurusnya, Johan Aziz dan abangnya, Zulfazil.
Zamani berkata, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap pihak yang merakam video itu dan menganggapnya sudah selesai.
Selain itu, dia juga berterima kasih dengan peminat yang menyokongnya namun meminta mereka yang memiliki video berkenaan tidak menyebarkannya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad, ketika dihubungi, berkata, penyanyi berusia 43 tahun itu dibebaskan.
“Dia sebelum ini direman atas kesalahan memiliki dadah dan siasatan kes itu sudah dilengkapkan. Kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut," katanya.
Penyanyi yang ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Taman Keramat Ampang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 bini2 polis mcm ni kot tgk dl ms siapa pelakon n penerbit tu yg janda ameng spring tu pun karet gila ms jd bini polis yg berpangkat... |
|
|
|
|
|
|
|
ke glabah nak kena belasah dgn laki..
nak glamer sgt kan..ha ambik..baru glamer betul
|
|
|
|
|
|
|
|
raya nanti laki sheols kensel balik rumah mak sheols
meroyan lah bini polis tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMBETULAN
bini tak takut suami.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 25-1-2015 06:57 AM
bagus untuk jamin kredibiliti polis sebab ia berkaitan confidentiality. walaupun saya tak lah back up perlakuan zamani tu kalau sabit kesalahan, sebab penagih dadah ni atau memiliki dadah ni memang satu liabiliti pada all malaysians. Tetapi apa pasal yg polis tu pi tunjuk dan rakamm lagi kat wife dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
amboihhhhh...ayat cover....
dah takut tu,memang takut la..
dengan penjahat bukn main ganaih..dengan isteri kecut..
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu x ambil tindakan.. Abis la.. Pastinya ramai pesalah kene nyanyi @ buat mcm2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|