CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104370|Reply: 1595

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

  [Copy link]
Post time 26-1-2015 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 30-3-2015 08:33 PM

Disclaimer:
citer ni campur aduk dari cerpen-cerpen Ipo yang dalam simpanan : Mawar Hitam aka Dendam Hani, Maafkan Aku, Dan Kau Kucari...untuk forumer dan reader BOD ni...meh la kita sama-sama merepekNak hilangkan rasa fobia aku...



PELUH merecik semakin laju. Galak membasahi badan. Langkah semakin laju meninggalkan kawasan gelap di malam pekat itu. Tanpa arah tuju, dia meredah kepekatan malam tanpa menoleh lagi ke belakang. Apa yang berlaku sebentar tadi, sungguh tidak masuk akal! Apa yang dihidangkan di depan mata tadi, sungguh tidak logik dek akal! Adakah dia berada di dunia metafora? Apakah yang selalu ditonton di kaca televisyen benar-benar terjadi di alam realiti ini? Bingung!!

Laju dan semakin laju langkahnya ingin segera keluar dari tempat itu. Dia perlu harus segera sampai ke rumah dan berselubung. Dia perlu jauhkan diri dari tempat itu secepat mungkin jika tidak ingin dituduh pembunuh! Bukan! Dia bukan pembunuh! Sampai di tempat kereta yang diletakkan di bahu jalan, enjin kereta segera dihidupkan dan kereta dipecut laju meninggalkan kawasan itu. Setengah jam saja dia  sudah sampai di halaman rumah.

Bergegas dia keluar dari perut kereta. Berkali-kali pintu diketuk sehingga bergegar daun pintu. Tidak cukup dengan itu, daun pintu itu ditendang beberapa kali. Terbuka luas! Lalu segera dia meluru masuk dan menghempas pintu sehingga tertutup rapat. Badan berpeluh dingin tidak dihiraukan lantaran rasa ketakutan melebihi segalanya. Terus saja dia meluru ke bilik dan berselimut lingkup.

Diam seketika, melepaskan lelah dan mengah. Entah kenapa kejadian tadi membuatnya merasa begitu takut dan seolah berada di luar alam nyata. Peluh masih galak membasahi tubuh. Selimut ditarik semakin rapat.

Krikkk...krikk...criiitt....criit....

Dalam keadaan masih berselimut lingkup, Nicki pasang telinga. Jelas di cuping telinganya bunyi dinding dicakar dengan kuku tajam. Berkali-kali. Dia membatu di atas katil, masih berselimut lingkup. Telinga ditadah lagi. Kali ini bunyi cakaran di dinding dan daun pintu tidak lagi kedengaran. Perlahan selimut ditolak dan dilurut ke bawah. Tercegat Nicki bangun dari baringnya tadi.

"Dah pergi agaknya..." Nafas lega dihembus perlahan. Peluh di muka disapu perlahan.

Nicki melangkah ke ruang dapur. Segelas air kosong diambil dari dalam peti sejuk dan dia melabuhkan punggung di kerusi. Air kosong itu diteguk perlahan. Ketika ini, segala yang berlaku tadi mula berputar satu persatu. Ya..satu pembunuhan sudah berlaku di depan matanya dan apa yang pasti, itu bukan pembunuhan biasa.

Air kosong diteguk lagi. Kejadian sejam yang lalu menerjah semula di benaknya. Semuanya terasa masih segar. Tiba-tiba saja keretanya meragam di satu kawasan gelap. DI kiri kanan jalan hanya hutan. Jam pula hampir sebelas malam. Membebel dia sebaik kereta tiba-tiba tidak boleh dihidupkan enjinnya. Membebel pula pada bos yang menyuruhnya menghabiskan juga kerja yang perlu dihantar esok pagi kepada klien sampai pukul dua pagi!! Gila! Memang kerja gila!!

Gelas air dibawa ke ruang tamu dan Nicki duduk pula di sofa. Otak masih ligat memikirkan kejadian tadi. Sungguh itulah kali pertama dalam hidupnya menyaksikan kejadian  bunuh di depan mata. Apa yang pelik, bukan dibunuh oleh manusia! Ya bukan manusia!

Tuk! Tuk! Tuk!

"Siapa pulak?" Berkerut kening Nicki sebaik mendengar ketukan di daun pintu. Dia masih membatu di sofa. Bimbang ketukan itu bukan ketukan biasa. Dia menelan liur. Mata tepat menghala ke arah daun pintu yang masih diketuk kuat.

"Siapa?!!" Geram mendengar ketukan itu semakin kuat, Nicki mula melaung kuat bertanya.

Tiada jawapan tetapi ketukan semakin kuat sehingga bergegar daun pintu. Nicki semakin geram. Dia bingkas bangun dan menapak laju ke daun pintu. Dia tahu, teman serumahnya Conan masih belum pulang. Kerja shift seperti Conan selalunya jam lima pagi baru muncul di rumah. Sempat dia melihat jarum jam sebelum tombol pintu dipulas. Sudah menghampiri tiga pagi.

"Siapa?" Nicki bertanya untuk kepastian.

"Woi!! Aku la!"

"Aku tu siapa?!" Jerkah Nicki lagi.

"Conan!! Buka la wei!!"

Tombol pintu dipulas, belum sempat pintu dibuka, daun pintu sudah ditendang.  Conan sudah meluru ke sofa. Tercengang Nicki dengan perlakuan Conan.

"Tutup pintu tu!!" Ujar Conan yang sudah pucat mukanya.

Pintu dikunci dan Nicki menapak ke arah Conan yang sudah memeluk lutut di atas sofa.

"Kau ni kenapa? Cepat kau balik?" Tegur Nicki, hairan melihat kelakuan aneh Conan yang terkenal dengan sikap berani dan garang, tiba-tiba menikus seperti itu.

"Nanti aku cerita kat kau." Gelas air kosong di atas meja sofa diteguk sampai habis. Conan mula bangun dan masuk ke bilik.

Nicki terpinga-pinga dengan sikap Conan. Dia turut bangun. Lampu di ruang tamu ditutup. Semua pintu dan tingkap diperiksa dan dikunci. Terasa kakinya terpijak sesuatu sebelum dia melangkah dari pintu. "Eh, apa ni?"

Sekeping kertas kecil berlipat dicapai dari atas lantai. Kertas yang kelihatan agak berkeronyok itu dibuka perlahan.

'P/S: Permulaan'














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 09:13 AM | Show all posts
Fuyyyooooo.....


Nicki tu mesti cute-cute jambu gitukan...


P/s 1: Apa yang di fobiakan?
P/s 2: Mana pergi Mawar Hitam?

Nampak tak aku mengikut tema tatkala menyoal?

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 09:38 AM | Show all posts

Nay bayangkan Nicki tu ala2 kokping gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 09:47 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 26-1-2015 10:01 AM

sambung sikit...nak hilangkan pening buat calculation nih


JAM enam setengah pagi. Nicki masih malas di atas katil. Selimut ditarik semakin rapat. Terasa kesejukan hawa pagi yang dingin menerjah ke tubuh. Mata terasa susah  dibuka luas. Malam tadi, jam lima pagi baru dia boleh melelapkan mata.

"Woi! Bangun! Kau tak kerja ke?" Badan Nicki digoncang kuat. Conan tarik selimut yang menutupi tubuh Nicki. Berkerekut tubuh mamat tu.


"Apa ni?" Nicki menarik semula selimut.


"Bangunlah! Subuh!!" Sekali lagi selimut ditarik kasar.


Tercegat Nicki bangun. Meluru dia ke bilik air, tuala disambar dari palang di tepi katil. Mandi dan gosok gigi ala kadar. Tidak sampai sepuluh minit, Nicki sudah menapak keluar dari bilik air.


"Kau mandi kambing ke apa ni?" Usik Conan, dia cuba menahan gelak. Rambut Nicki bersisa syampu.


"Aku dah lambat." Tanpa hiraukan Conan yang sudah ketawakannya tadi, dia terus saja menunaikan solat Subuh.

Conan gelak lagi, dia berlalu ke ruang dapur.




DI RUANG DAPUR, Conan sudah siap bancuh air kopi O panas bersama roti disapu mentega. Jus oren yang diambil dari peti sejuk turut dituang ke dalam gelas. Pagi-pagi begini, dia lebih senang teguk jus oren dulu kemudian barulah dia jamah makanan. Roti dikunyah perlahan. Sengih Conan sebaik melihat Nicki sudah menapak ke ruang dapur. Segak dengan kemeja dan seluar denim.

"Weh! Nicki! Mana talileher kau?" Tegur Conan. Senyum saja melihat kemeja di tubuh  Nicki aka Nik Mohamad yang berkdeut seribu, tak bergosok. Rambut bukan main lagi kemas bersisir.

Nicki mencebik. Dia melabuhkan punggung di kerusi berdepan dengan Conan yang sudah hampir separuh roti Gardenia diimakan. Kuat melantak kau ni! Kopi panas dituang ke dalam cawan dan diteguk perlahan.

"Nan, aku nak tanya ni.." Nicki mula berbicara.

"Apa?" Conan sengih lagi. Matanya melekat pada rambut Nicki yang agak panjang tapi sudah kemas bersikat. Siap disapu minyak rambut 'dashing' lagi.

"Malam tadi..kenapa kau pucat je? Kau balik rumah, macam kena kejar hantu, kau lari dari apa? Dan satu lagi...kan kau habis kerja pukul lima pagi?" Muka Nicki sudah serius. Wajah teman serumahnya ditenung lama. Pagi ini, wajah itu sudah berubah 360 darjah. Seolah tiada apa-apa yang berlaku malam tadi.

Conan diam seketika. Roti yang ke lapan dikunyah sampai habis. Dia intai mentega jenama Daisy yang sudah tingal suku dalam bekas. Sekeping lagi roti dicapai dan disapu mentega lalu dikunyah perlahan.

"Weh! Aku tanya ni!" Roti di tangan Conan disambar pantas. Nicki tepat memandang ke muka Conan  yang sudah meneguk kopi panas pula.

"Soalan kau ada tiga. Mana satu kau nak aku jawab?" Conan ambil semula roti dari tangan Nicki.

"Err...semua!" Nicki sengih sumbing. Dia faham sangat sikap Conan yang tak suka diajukan soalan macam peluru tapi kes malam tadi dia perlu juga tanya.

"Hmm...kau jawab sendiri." Conan teguk kopi sampai habis. Dia kemudian menapak ke ruang tamu menonton tv.

Nicki geleng. Dia habiskan kopi panas dan capai sekeping roti yang sudah disapu mentega. Dia kemudian menapak ke ruang tamu dan duduk sebelah Conan. Matanya beralih pada kaca tv. Rancangan 'Tanyalah Ustaz'. Dia mengalih pandang pada Conan yang sudah melekat mata ke arah skrin tv. Satu yang dia cukup hormat dan kagum dengan Conan. Conan tidak pernah terlepas dari menonton rancangan itu jika dia bekerja shift malam. Entah dari mana datangnya tenaga mamat ni. Tak mengantuk ke dia? Dan malam tadi, entah apa yang mengejarnya sehingga pucat muka.

"Nan..aku serius ni. Malam tadi, kau lari dari siapa? Kau kena kejar ke?" Sekali lagi Nicki mengajukan soalan yang tidak berjawab tadi.

Conan menoleh. "Kenapa?"

"Tak adalah..sebab muka kau pucat." Nicki kunyah roti di tangannya. Mata masih melekat pada Conan.

"Ya..memang aku lari dari sesuatu." Conan akhirnya menjawab.

"Maksud kau?"

"Aku nampak satu mayat yang dirobek-robek dengan kejam terdampar kat tepi hutan. Masa tu motor aku rosak..dari cahaya lampu suluh aku tu..aku ternampak satu susuk tubuh yang sudah hancur. Aku beranikan diri ke situ. Huih..sadis! Aku terus saja cabut. Lari! Tak nak aku dituduh pembunuh. Kebetulan pulak ada teksi lalu kat situ. Aku tahan dan terus saja balik." Terang Conan apa yang sebenarnya yang sudah berlaku. Dia jeling Nicki yang sudah ternganga mendengar ceritanya tadi. Muka jambu mamat ni mengalahkan artis KPop! Kalau dia ni seorang gay, dah lama Nicki tu jadi mangsa! Tapi dia abang sado! Ada  awek cun lagi! Conan sengih sendiri.

"Kau...kau pun nampak?" Melopong lagi Nicki sebaik mendengar cerita dari Conan aka Tengku Adnan. Nama dah ala hero novel, jadi Conan konon! Ceh!

"Maksud kau?" Kali ini Conan pula yang bingung. Dia pula yang ternganga.

Nicki tunjuk pula sekeping kertas yang hanya ada nota kaki kepada Conan. "Ni..aku jumpa di bawah pintu malam tadi."

"Nota kaki?" Berkerut dahi Conan membaca nota kaki itu.

Nicki angguk. "Kau rasa siapa yang hantar? Kenapa dia nak bagi kat kita?"

Conan jongket bahu. Nota itu ditatap lagi. "Macam nilah...nanti aku tanya kawan aku. Dah! Kau dah lambat! Tengok jam dah pukul berapa?"

Nicki sengih. Jam sudah hampir lapan pagi. Dia perlu sampai awal ke tempat kerja. Semalam bos garangnya, Cik Julia aka LadyFinger sudah berpesan supaya datang awal ke pejabat. Sudahlah malam tadi, dia terpaksa habiskan kerja sampai pukul dua pagi. Tak ada belas kasihan langsung! Rasa nak ambil cuti kecemasan saja, duduk rumah tidur! Buat tahi mata!

"Haih..kenalah jugak pergi pejabat. Kalau tak..mahunya bos aku tu pot pet pot pet nanti." Nicki mengeluh. Mengingatkan itu semua, dia sengih sendiri. Memang patut pun kena bambu kalau sudah buat kerja pun main taram saja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 09:49 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 26-1-2015 09:38 AM
Nay bayangkan Nicki tu ala2 kokping gitu

Errrr....Kokping tu cute-cute jambu ke?

Cop. Nicki dgn Conan dalam cerita ni lelaki ke pompuan? Iols terasa macam lelaki je...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 09:50 AM | Show all posts

fobia sebab karya aku yg dah dicuri...

mawar hitam aku dah buang...tapi selit kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-1-2015 09:50 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-1-2015 09:49 AM
Errrr....Kokping tu cute-cute jambu ke?

Cop. Nicki dgn Conan dalam cerita ni lelaki ke pompu ...

lelaki.....FYI...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 09:51 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 26-1-2015 09:38 AM
Nay bayangkan Nicki tu ala2 kokping gitu

Kokping?......pondanlah jadinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 09:53 AM | Show all posts

Owwhh... Nik Mohammad ke namanya.

Baru nak fefeeling Nicki Lee Abdullah gitu..... pprrrftfftfttttthhhhh.....

So si Conan tu nama betul apa? Adnan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 09:57 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-1-2015 09:53 AM
Owwhh... Nik Mohammad ke namanya.

Baru nak fefeeling Nicki Lee Abdullah gitu.....  pprrrftff ...

Hahaha..aku tersilap...
ok, nanti edit semula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 09:58 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-1-2015 09:53 AM
Owwhh... Nik Mohammad ke namanya.

Baru nak fefeeling Nicki Lee Abdullah gitu.....  pprrrftff ...

eh..dah betul la tu..aku ingat aku yg tersilap...

biul kejap otak nih..

sat...aku nak tukar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 10:13 AM | Show all posts
Ipo replied at 26-1-2015 09:58 AM
eh..dah betul la tu..aku ingat aku yg tersilap...

biul kejap otak nih..

Okay...calon untuk watak Nicki ...



Conan atau Adnan





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 10:17 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-1-2015 10:13 AM
Okay...calon untuk watak Nicki ...

waaaaaahhhh..meleleh tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:47 AM | Show all posts

errkk.... ni bukan tema LGBT kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:51 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-1-2015 09:49 AM
Errrr....Kokping tu cute-cute jambu ke?

Cop. Nicki dgn Conan dalam cerita ni lelaki ke pompu ...

tu la.. aku dah terasa kecelaruan jantina kejap neh..
eh aku takdek lesen moto.. naik moto, membonceng pon tak pernah
boleh tanya.. conan bawak moto apa? duccati? harley? KTM?
nicki naik BMX kan kan kann??
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:52 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-1-2015 10:13 AM
Okay...calon untuk watak Nicki ...

ewwww ewwww eewwwww... aku lagi sanggup ko letak muka nabil ahmad kat situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 12:01 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 26-1-2015 12:02 PM
cmf_conan replied at 26-1-2015 11:52 AM
ewwww ewwww eewwwww... aku lagi sanggup ko letak muka nabil ahmad kat situ

As you wish....





Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:03 PM | Show all posts

bongok!
tu katak rambut itam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:09 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-1-2015 11:47 AM
errkk.... ni bukan tema LGBT kan?

tak..ini cerita straight...tak dak LGBT..
tapi kalau ko nak jugak, boleh je aku selit..
ada kisah benar pasal LGBT nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:10 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-1-2015 11:51 AM
tu la.. aku dah terasa kecelaruan jantina kejap neh..
eh aku takdek lesen moto.. naik moto, ...

motor kapcai jek...
keta kancil jek..
takat mamat 'Average Joe' back kata Nicki Lee...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.193552 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list