CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

  [Copy link]
 Author| Post time 26-1-2015 10:48 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 27-1-2015 01:02 AM

Papp!!
Ipo terkejut. Tepukan kuat dari tapak tangan Conan tadi di bahunya menyedarkannya dari lamunan. Dia berpaling. Terus saja dia meluku kepala Conan tapi sempat pula Conan mengelak.

"Berangan lagi! Kau fikir apa?" Conan sengih. Dia tahu kalau sudah senyap macam itu, Ipo tentu sedang berkhayal. Entah apa yang dikhayal. Dulu, bila ditepuk kuat,  melatah tak ingat mamat tu. Siap sebut nama Pretty Zinta aka Pretty Sofea lagi.

Ipo sengih sumbing. Dia kembali menatap berita di suratkhabar. Tadi dia perasan, Conan sengih semacam. Perli aku la tu!

"Kau jangan duk berangan nak tackle Pretty tu. Dia dah ada boyfriend." Conan mula ingatkan Ipo yang sudah tersengih-sengih sambil menatap berita tadi.

"Alah...tadi aku bukan fikir pasal Pretty tu, aku fikir pasal benda ni ha! Kan kita bincang pasal ni tadi. Apa kau ingat aku hadap sangat kat minah tu? Apa hebat sangat ke Zamzam tu?" Ipo mencebik. Zamzam, lelaki yang sering dilihat bersama Pretty Sofea. Tersenyum sendiri bila mengingati semula perkenalannya dengan Pretty yang sukakan kucing. Berhabis duit dia beli kucing parsi untuk Pretty. Alih-alih Zamzam juga yang dipilih. Haih...

Conan gelak besar mendengar kata-kata Ipo. Dari riak Ipo pun dia sudah tahu apa yang ada dalam fikiran lelaki itu. Ipo sudah banyak kali cuba tackle Pretty. Bermacam hadiah diberikan kepada gadis itu sampaikan kucing pun dijadikan hadiah! Sudahlah nama tak semenggah! Elok-elok mak bapak beri nama Sharipuddin, ditukarnya nama Ipo. "Sudahlah! Sekarang ni..kes ni macam mana?"

"Aku ingat nak tanya Hanna. Aku rasa benda ni ada kaitan dengan formula yang dihasilkan Kurt tu dulu. Kurt pernah beritahu aku pasal kajiannya ke atas sejenis bakteria dan dari bakteria tu dia ekstrak sejenis enzim sebelum diubah genetiknya menggunakan teknik kejuruteraan genetik. Tapi sayang...Ryan tu yang dengki dan aku rasa dia yang jadi dalang kehilangan Kurt dulu." Jelas Ipo sambil mata tidak lepas menatap berita pembunuhan kejam itu.

"Hmm...mana kau tahu Ryan yang jadi dalang semua tu?" Conan  mula berminat ingin tahu kes Kurt.

"Ryan tu dulu pernah sukakan Hanna tu tapi Hanna pilih Kurt. Sejak di kampus lagi. Bila dah bekerja ni, tak sangka pula Kurt dan Ryan tu satu makmal dan Hanna di makmal lain. Aku masih ingat, masa majlis perasmian formula CB yang dihasilkan Kurt dulu, syarikat tempat Kurt kerja tu begitu bangga dengan hasil kajian Kurt dan masa tu aku turut diundang ke majlis tu. Tak sangka, Ryan sudah tukar semua slaid pasal formula tu kepada formula lain yang menjatuhkan kredibiliti Kurt dan menuduh Kurt sudah bersubahat dengan sindiket pasaran gelap dengan menjual berjuta ringgit. Terang-terang Kurt dituduh. Siap ada video Kurt berjumpa dengan sindiket tu. Lepas tu..Kurt ditangkap pihak berkuasa dan dihukum tanpa bicara. Gila!!" Ipo geleng.

Conan diam seketika. Dia tidak nafikan semua itu. Ipo dulu satu kampus juga dengan Kurt, Ryan dan Hanna dan belajar bidang yang sama iaitu mikrobiologi. Hanya Ipo saja yang tercampak ke dunia penyiasatan dan penulisan selepas lima tahun bekerja di makmal. Sudah tentu Ipo tahu apa yang berlaku pada Kurt.

"So, Kurt kat mana sekarang?"

"Dia dah balik ke pangkuan Hanna setelah tujuh tahun hilang. Dia dah tak ingat apa-apa. Kesian kat Hanna dan Danish, anak lelakinya yang tidak pernah dia tahu..." Ipo turut menggeleng mengenang nasib kawan sekampus dulu.

"Apa yang kau nampak malam tadi dan berita ni..aku rasa ini semua kerja Ryan. Dia ubah formula CB tu.." Sambung Ipo, dia baca lagi berita tadi.

"Hmm...kalau macam tu, kita tak boleh biarkan. Kurt..dia perlu pulih dari ingatannya. Hanna...dia tahu ke pasal formula tu?" Conan mula mengerti apa yang diceritakan oleh Ipo tadi.

"Entah..aku tak pasti. Aku akan tanya dia nanti. Aku kena tahu juga apa yang sebenarnya dah jadi pada Kurt selama tujuh tahun dia hilang dulu." Ipo sua semula suratkhabar kepada Conan.

Giliran Conan pula menatap berita pembunuhan itu. "Eh..kau nampak tak apa yang aku nampak?"

"Apa?"

Conan tunjuk sesuatu pada gambar  yang dipaparkan di suratkhabar itu.

"Nampak macam bunga...Mawar hitam?" Ipo terkejut. Kelihatan sekuntum bunga yang berwarna hitam berada di sisi mayat yang sudah dirobek-robek. gambar yang diambil di waktu siang itu cukup jelas menampakkan sekuntum mawar hitam di sisi mayat itu.

Conan pantas mengalih pandang ke arah Ipo. "Kau tahu ke pasal ni?"

"Detektif Hani yang siasat kes ni..pembunuh misteri  dua lelaki, anak orang kaya.." Jelas Ipo.

Conan berkerut kening. "Jadi apa kaitan dengan binatang buas tu? Kau rasa pembunuh misteri tu dah bertukar menjadi binatang buas?" Luas mata Conan ketika ini. Kalau benar sungguh dia merasakan berada di dunia fantasi!

"Mungkin ya...mungkin tidak.."Balas Ipo, bersahaja.

Telefon bimbit Conan berbunyi. Panggilan itu dijawab seketika. Usai menjawab, Conan mula minta diri. Dia dan Ipo mula beredar dari restoran itu. Nota kaki sudah berada di tangan Ipo. Ipo perlu jumpa Hanna dan Detektif Hani sekali. Conan pula bergegas ke tempat kerja Nicki. Entah apa pula teman serumahnya hendak kali ini. Mungkin juga Nicki tahu tentang kejadian malam tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 11:07 PM | Show all posts
Ipo, mamat pakai baju blaus?? Ni mamat spesis apo plak neh?
Kecelaruan jantina jugakkah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 27-1-2015 01:05 AM
cmf_conan replied at 26-1-2015 11:07 PM
Ipo, mamat pakai baju blaus?? Ni mamat spesis apo plak neh?
Kecelaruan jantina jugakkah? {:1_ ...


Adeh...aku pun dah ada krisis identiti
Dah edit..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:32 AM | Show all posts
Alamak....tersamalah pulak.

Aku pun ada satu draft cerita ala sains fiksyen: Professor - Virus - Mutant berlokasikan Gunung Lambak, Kluang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 08:46 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-1-2015 08:32 AM
Alamak....tersamalah pulak.

Aku pun ada satu draft cerita ala sains fiksyen: Professor - Virus -  ...

ala..ko tepek je kat sini..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 08:49 AM | Show all posts
SUDAH setengah jam Conan menunggu Nicki di pondok pengawal di bangunan pejabat dua tingkat itu. Jenuh menunggu, sebatang rokok dinyalakan dan disedut asap lalu dihembus. Conan berborak seketika dengan pengawal di situ. Ramah pula pakcik itu bercerita itu ini tetapi apa yang membuatnya melayan cakap pengawal itu adalah kes mayat dirobek. Nampaknya pakcik itu juga tahu tentang itu. Mungkin pakcik itu juga sudah membaca berita yang terpapar di suratkhabar.

"Tadi pakcik cakap, mungkin dirobek binatang kan? Macam mana pakcik tahu?" Conan berkerut kening.

"Kalau tengok gambar tu..kan mayat tu dah hancur..terburai perut dan isinya. Daging tu..dah dikoyak-koyak. Macam kena cakar dengan benda tajam" Jawab pengawal itu bersungguh.

"Mungkin pembunuh tu guna pisau?" Saja Conan bertanya begitu.

"Tak mungkin, pakcik tahu tikaman pisau macam mana. Pakcik pernah pergi memburu di hutan dulu. Seekor pelanduk dirobek-robek singa betina..sebiji macam mayat tu.." Balas pengawal, pertahankan pendapatnya.

Conan hanya angguk. Banyak pengalaman juga pengawal yang sudah separuh abad ini. Matanya menala pula ke arah pintu masuk ke pejabat Nicki. Kalau sepuluh minit lagi Nicki tak muncul di situ, dia akan pergi dari situ. Jam tujuh nanti, sudah masa untuknya bekerja malam. Melangut seketika di situ memikirkan kerjanya yang tidak seperti orang lain, dari jam sembilan sampai jam enam petang. Sudah banyak resume yang dihantar untuk memohon kerja yang lebih baik dan tiada shift.

"Conan! Kau dah lama sampai?" Laung Nicki sebaik keluar dari pintu pejabat.

Conan senyum sinis. Tanya lagi mamat ni. Aku dah tercongok dekat sejam kat sini! "Cepatlah!"

Terkocoh-kocoh Nicki berjalan ke arah Conan yang sedang berehat di tepi pondok pengawal. Dia tahu, Conan tidak mudah marah. Maklumlah sejak ada awek, sikap Conan yang garang dan kasar itu sudah bertukar perlahan-lahan. Bimbang Aylanins akan tinggalkannya nanti.

"Ha..kau nak apa suruh aku datang pejabat kau ni? Sampai tak boleh cakap dalam telefon?" Pantas saja Conan bertanya.

"Kut ya pun, jomlah kita ke gerai tu dulu. Minum ke apa ke.." Segera tangan Conan ditarik melintas jalan menuju ke arah deretan gerai di situ. Kelihatan ramai pengunjung menjamu selera.

Mereka berdua melabuhkan punggung di salah satu gerai di situ, gerai yang tidak ramai orang. Sengaja Nicki pilih gerai Kak Ton yang sentiasa cantik berseri kerana  produk yang hebat dan menjadi bualan sekarang ini. Patutlah putih melepak muka Kak Ton. Nasiblah Kak Ton  sudah bersuami, kalau tidak mahu di'usha' kakak penjual nasi lemak di situ. Minuman dipesan.

"Kau ni kerja ke tak ni?" Jarum jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Menghampiri dua belas tengahari.

"Kerjalah! Kan dah waktu rehat ni. Aku keluar awal sikit...tak apa, bos aku tu baik. Mulut dia je yang pot pet pot pet.." Sengih Nicki bila berbicara mengenai Lady Boss.

Conan turut senyum. Dia faham sangat dengan Nicki yang tidak pernah menolak apa jua arahan dari Lady Boss walaupun mulutnya membebel bak burung murai. "Ok..apa yang penting sangat ni?"

"Macam ni..tadi aku terima satu panggilan. Aku pun tak tahu dari siapa. Dia nak jumpa aku pasal nota kaki tu. Kau masih ingatkan nota kaki tu.."Serius Nicki berbicara. Mata Conan ditenung seketika.

"Err..nota kaki?" Conan garu kepala. Alamak! Nota kaki tadi sudah diberikan kepada Ipo untuk siasatan.

"Kenapa? Kau dah buang?" Geram saja Nicki bila melihat riak Conan yang sudah terkebil-kebil di situ.

"Tak..aku dah bagi kat Ipo..kawan aku.."

"Laa...Ipo tu siapa? Polis?" Nicki sudah bengang.

"Bukan..tapi dia buat kerja menyiasat ni. Dia ada kawan polis..Detektif Hani namanya." Ujar Conan pula. Riak Nicki sudah lain.

"Oh..habis tu macam mana?" Nicki pula risau. Panggilan yang diterima tadi memang pelik. Perempuan itu ingin tahu mengenai nota kaki dan yang lebih pelik, macam mana perempuan itu tahu pasal nota kaki itu.

"Tak apa...aku boleh handle benda ni. Kau janji nak jumpa kat mana orang tu?" Conan cuba berdalih. Dia juga perlu berhati-hati. Entah siapa yang nak jumpa Nicki tiba-tiba dan inginkan nota kaki itu.

"Jam  lima petang nanti, di Tasik Titiwangsa." Balas Nicki semula.

"Ok..sekarang ni, aku nak ambil motor aku yang tersadai kat tepi hutan tu dulu. Entah-entah dah dicuri orang." Conan habiskan Nescafe ais.

"Alah..siapa yang nak curi motor kapcai buruk kau tu?" Nicki gelak. Kopi ais diteguk seketika.

"Buruk itulah yang dah banyak berjasa kat aku tau! " Conan pertahankan motor Kapcai yang dibeli menggunakan wang biasiswa semasa di universiti dulu.


TANPA SEDAR, perbualan Conan dan Nicki tadi didengar dan diperhatikan oleh seseorang dari satu sudut meja lain di gerai Kak Ton.  Topi yang dipakai dibetulkan seketika. Rambut yang terjuntai di dahi dimasukkan ke dalam topi. Nayla perhatikan gerak -geri kedua jejaka itu. Dia senyum sendiri. Dari keduanya, dia lebih tertarik dengan jejaka yang berwajah Kpop itu.

"Ah..aku kena ketepikan rasa tu. Ada tugas lain lagi yang lebih penting." Nayla masih perhatikan keduanya yang kelihatan sudah mula ingin beredar dari situ. Dia kemudian menghubungi seseorang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2015 10:58 AM | Show all posts
Ipo replied at 27-1-2015 08:46 AM
ala..ko tepek je kat sini..

Tepek sini?
Kena sepak   gini dengan si Conan.

Cerita Phantasiraplimau tak siap-siap, ada hati nak tepek cerita baru. Gitewwww....



Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 11:02 AM | Show all posts
Ipo replied at 27-1-2015 08:49 AM
SUDAH setengah jam Conan menunggu Nicki di pondok pengawal di bangunan pejabat dua tingkat itu. Jenu ...

Alamak.....malulah ai, kena usha dengan awek. Nama Nayla lak tu.




Aku mengalami kecelaruan identiti sekali lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 11:02 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-1-2015 10:58 AM
Tepek sini?
Kena sepak   gini dengan si Conan.

kalo citer tu dah siap, ko tinggal tepek je..
silaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tepeks!

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kalo separuh jalan jugakkkk..
baik abih kan citer fantasiraplimau ko tu dulu..
nnt bukan setakat kecelaruan identiti,
ada Qi ngan Arania masuk salah umah mcm jadi kat Ipo dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 11:13 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 27-1-2015 11:20 AM
cmf_conan replied at 27-1-2015 11:02 AM
kalo citer tu dah siap, ko tinggal tepek je..
silaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tepeks!

Tak siap apa lagi, draft contengan cakar ayam saja. Takde sempat mengarang apa pun.
Takpelah, aku habiskan siraplimau tu dulu.
(yg tah bila nak siapnyeeee )


@Ipo Awat si Nicki ni taste lebih kurang Zack? Kak Ton lah, Lady Boss lah. Sepupu ke hapa diaorang tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 12:03 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-1-2015 11:13 AM
Tak siap apa lagi, draft contengan cakar ayam saja. Takde sempat mengarang apa pun.
Takpelah, aku ...

mungkin la kut..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 12:16 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-1-2015 08:49 AM
SUDAH setengah jam Conan menunggu Nicki di pondok pengawal di bangunan pejabat dua tingkat itu. Jenu ...

gulp..... ada kah Nayla tu watak antagonis i loike
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 12:36 PM | Show all posts
BAB 3


ANGIN sepoi meniup di sekitar tasik itu sungguh menyamankan. Arisha melangkah perlahan menelusuri pejalan kaki bata merah sepanjang tasik itu. Sesekali matanya beralih pada air tasik yang tenang. Namun tidak membuat hatinya tenang. Keluhan dilepaskan seketika. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Titis jernih yang cuba ditahan tumpah juga.

Tiba di sebuah bangku, dia melabuhkan punggung di situ. Sayup melihat ketenangan air tasik yang beralun ditiup angin petang. Terasa hidupnya terbuang begitu saja. Terasa cintanya sia-sia belaka. Memberi pada yang tidak sudi. Menanti pada yang tidak pernah kunjung tiba. Benarlah bila hanya bertepuk sebelah tangan, semuanya hanyalah mimpi. Hanya mampu bermimpi. Puas menikmati suasana di tasik itu, Arisha mula bangun dan mengatur langkah semula tanpa arah tuju.

Dari jauh, Nicki memerhati gadis itu yang kelihatan sugul. Berjalan seorang diri dengan wajah suram dan muram. Sesekali dia melihat sekitar, jika ada perempuan yang menghubunginya semalam berada di situ. Perempuan itu ingin berjumpanya di situ. Jarum jam dilihat lagi. 4.30 petang. Belum lagi ke angka lima petang. Perempuan itu berjanji akan datang jam lima nanti. Nicki mengalih pandang pada gadis itu semula.

"Alamak..dia perasan ke aku pandang dia?" Nicki menggelabah. Daun kering yang agak lebar dan besar dicapai dari atas rumput lalu ditutup mukanya seketika.

Nicki lihat jam. "Haih..manalah Conan ni. Kata nak temankan aku kat sini. Perempuan tu pun belum datang lagi. Entah-entah.."

"Ehem!!"

Perlahan daun lebar itu dialih dari mukanya. Membuntang Nicki melihat gadis itu tadi sudah tercegat di depannya sambil berpeluk tubuh. Mata tajam melihat ke arahnya.

"Err...ya..cik adik nak apa?" Sengih kerang Nicki di situ. Daun tadi dicampak ke tepi.

"Awak tengok saya macam saya ni penyangak kenapa?" Agak keras nada Arisha ketika ini. Dari tadi dia perasan lelaki itu asyik merenung ke arahnya dengan riak curiga.

"Eh, eh..mana ada. Bukan cik adik sorang je kat tasik ni. Tu! Ramai lagi orang lain kat sini." Nicki cuba berdalih sambil menuding ke arah pengunjung di situ. Namun apa yang dituding tadi adalah seorang makcik tua yang sedang menikmat ais krim bersama cucunya.

Arisha turut menoleh ke arah makcik tua itu. Dia kemudian beralih pandang pada Nicki. "Mengaku jelah yang awak perhatikan saya tadi kan?"

Nicki serba salah. Memang ya pun! Adoi! kantoi la pulak! Dia semakin menggelabah. Belum sempat dia bersuara namanya sudah dipanggil seseorang. Nicki berpaling. Lega...Conan datang menyelamatkan keadaan.

"Nick! Maaf aku lambat sikit! Tadi lepas aku ambik motor, aku jumpa kejap awek aku." termengah-mengah Conan sebaik habis berlari ke arah Nicki tadi. Dia tahu Nicki suka membebel.

"Err..tak apa." Nicki senyum kelat.

Conan melihat gadis yang berdiri di depan Nicki. Baru dia perasan kehadiran gadis itu  di situ. Gadis itu dan Nicki dilihat silih berganti. Jelas dari reaksi gadis itu, seperti gadis itu tidak senang dengan Nicki. Mungkinkah gadis itu yang menghubungi Nicki mengenai nota kaki itu.

"Oh..jadi awak yang nak nota kaki tu? Awak ni siapa sebenarnya? Awak ke yang hantar nota kaki tu?" Pantas saja Conan bertanya. Bertubi-tubi.

Pantas juga Nicki menekup mulut Conan. "Err...maaf..kawan saya ni mulut longkang sikit."

"Apa awak cakap tadi?" Tajam Arisha memandang Conan. Nota kaki??

"Err..tak ada apa. Maaf..kalau awak rasa saya perhatikan awak tadi.." Beria Nicki minta maaf.

Conan pula yang merasa pelik. "Weh! Kau ni apa hal? Kau juga yang cakap ada perempuan nak jumpa kau pasal nota kaki tu kan?"

Nicki serba salah. Dia mencuri pandang pada gadis itu yang sudah kemerahan mukanya. Dia tahu gadis itu mungkin merasa tidak selesa tambah lagi bila Conan mula menyoal hal yang tiada kena mengena dengan gadis itu.

"Maaf ya cik.." Nicki sekali lagi minta maaf.

Arisha hanya diam. Dia pandang kedua lelaki di depannya itu silih berganti. Matanya jatuh pada Nicki yang sudah kelihatan terkulat-kulat di situ.
"Maafkan saya...mungkin saya yang sedikit emo tadi."

Nicki dan Conan saling berpandangan. Mereka hanya melihat gadis itu pergi dari situ dengan wajah sugul. Conan tepuk bahu Nicki yang melopong melihat gadis itu tadi.

"Weh..mana perempuan yang nak jumpa kau tu?" Kepala Nicki pula diluku, pandang gadis itu macamlah tak pernah lihat perempuan!

"Aku kat sini!"

Serentak Conan dan Nicki berpaling ke arah suara yang menjawab.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 12:37 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 27-1-2015 12:16 PM
gulp..... ada kah Nayla tu watak antagonis  i loike

hahaa...mungkin la kut..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 12:58 PM | Show all posts
hishhhh.. seram sejuk je aku baca cite ipo neh...
seriyes punye kecelaruan jantina sedang berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:03 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-1-2015 12:24 PM
okay laaa.. abang yg ni boleh? yg muka kpop tu nicki.. yg tak berapa nak kpop tu conan

Ni lah contoh reader gedik, kuat berangan. Nak yg hensem2 belako. Sama naik dgn penulis. Tapi hujung2 penulis jugak yg dicerca!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 01:12 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 27-1-2015 01:03 PM
Ni lah contoh reader gedik, kuat berangan. Nak yg hensem2 belako. Sama naik dgn penulis. Tapi huju ...

cer baca citer2 yg ada sekarang.. sikit2 nak samakan ngan hero kpop itu ini..
tapi haram sekor yg dorg tulih tu aku tak kenal

tapi memang betul pon.. kalo kisah benar yg difilemkan dsb..
org sebenarnya kebykan tak ensem mana.. tak jelita mana
kalo tgk pramugara/pilot idok le seme ensem mcm hero kpop dorg tuh

yang sebetulnya.. aku tak suka zulripin tuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:34 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-1-2015 12:58 PM
Hampir setengah jam, barulah Conan sampai di tempat kereta Aylanins. Keluar saja dari perut teksi, d ...

Kenapa aku rasa macam sangat sweeeeetttttttt

...walaupun dengan gigihnya aku masih cuba hilangkan imej Conan si mamat kerinting

Ipo... tak boleh ke ko letak watak Aylanins tu jadi detektif ke... atau polis ke? Polis in disguise gitu

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:52 PM | Show all posts

wah Nayla ada.. Arisha pon ada ... 2 dalam 1 ke atau 2 watak yang berlainan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:54 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 27-1-2015 01:52 PM
wah Nayla ada.. Arisha pon ada ... 2 dalam 1 ke atau 2 watak yang berlainan

Ekhem....Hai.

You minat I eh?














Tolong! Aku konpius!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.209709 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list