CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1645|Reply: 0

9 negara sertai Istaf 2014/2015 di Melaka

[Copy link]
Post time 28-1-2015 11:48 PM | Show all posts |Read mode

               

                     
                                                                                                                        
  •                                                                            
                                                               


                        
           SEMBILAN negara akan menyertai pusingan kedua Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) musim 2014-2015 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, Melaka bermula 5 Februari ini.
        
        Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, selain Malaysia, negara lain ialah Vietnam, Indonesia, Myanmar, Korea Selatan, Jepun, Singapura, China dan Thailand.
        
        Kejohanan empat hari itu terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita manakala setiap kategori dibahagikan kepada dua kumpulan, katanya pada sidang media hari ini.
        
        Beliau berkata, dalam kategori lelaki, juara pusingan pertama, Thailand diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Jepun, Korea Selatan dan Myanmar manakala Malaysia berada dalam Kumpulan B dengan Singapura, China dan Indonesia.
        
        Dalam kategori wanita pula, Malaysia, Korea Selatan dan Vietnam diundi dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B menyaksikan kehadiran juara pusingan pertama, Thailand, Jepun dan Myanmar.
        
        Pada pusingan pertama di Nay Pyi Taw, Myanmar, bulan lepas, Thailand menjuarai kedua-dua kategori dengan skuad lelaki negara itu menewaskan Malaysia 3-0 dalam final manakala skuad wanitanya mengalahkan Vietnam 2-0. - Bernama
               
            

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.079387 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list