CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2145|Reply: 1

BAM jamin bahan bukti kes Chong Wei siap Mac ini

[Copy link]
Post time 5-2-2015 08:47 AM | Show all posts |Read mode


TIMBALAN Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberi jaminan bahawa penyediaan bahan bukti bagi proses pendengaran kes Datuk Lee Chong Wei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan siap selewat-lewatnya Mac ini.
       
        Norza berkata pihak terlibat iaitu Institut Sukan Negara (ISN) dan pihak peguam Mike Morgan masih mengumpul maklumat terbaik bagi persediaan proses pendengaran tersebut.
       
        "BWF akan berikan tarikh kepada kita, apabila BAM bersedia...kita masih lagi dalam proses akhir untuk menyediakan laporan terbaik.
       
        "Kita mahu masalah ini selesai secepat mungkin, kita tahu Chong Wei tidak akan menyertai Kejohanan All England dari 3 hingga 8 Mac ini dan kita juga tidak mahu beliau terlepas kejohanan besar sebelum penentuan ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada tahun depan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Majlis Olimpik Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
       
        Chong Wei kini digantung sementara waktu oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2015 01:18 PM | Show all posts
Lambat lagi hearing

harap ada bukti kukuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.195862 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list