CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Diskusi : INDEKS SYARIAH MALAYSIA - Keterlibatan, Cabaran dan Harapan

  [Copy link]
Post time 27-2-2015 08:49 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 19-2-2015 09:22 AM
u mean mesti ada satu badan yg dapat  check yg maqasid serta sub sub heading kriteria penialian tu ...
salam

hmm...besar tu tugasan ini
yap ..
but i think negara ini sudah ada sebuah model maqasid ..
seperti "halal" .. saya percaya mereka mengunakan pendekatan
konsep maqasid syariah .. secara globally internationally yang d'terima pakai ..
so .. lapan bidang utama iaitu
  • perundangan,
  • politik,
  • ekonomi,
  • pendidikan,
  • kesihatan,
  • budaya,
  • prasarana dan
  • persekitaran serta sosial.
tidak begitu payah ..

tetapi yang payah hanya cara nak menerapkan pada rakyat ..
supaya mempunyai system nilaian kehidupan yang murni dan normal ..
secara islamiyah .. ini yang agak susah ..

kerana saya rasa PM ..
ingin membentuk dan membena sebuah negara islam sederhana secara contoh
dengan mengajak rakyat supaya menjadi smart citizens dan appreciate ..
d'dalam perjuangan kerajaan yang mempunyai tujuan vision ..

wassalam



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 06:36 PM | Show all posts
NorAddin replied at 27-2-2015 07:37 AM
salam

مقاصد الشريعة

inilah yang saya maksudkan dengan humanist...


humanist menolak mudharat...

berasaskan "menolak mudharat" sebagai indikator.....

berbagai2 kesempatan akan diambil untuk merubah kefahaman nabi....

kerana boleh jadi ada beberapa tindakan nabi akan nampak seperti mudharat di kaca mata org modern,
lalu diubah-ubah supaya selaras dgn prinsip/indikator menolak mudharat.

kerana menolak mudharat itu cukup subjektif, dan boleh dimanipulasi orang.
ia bergantung pada penilaian manusia.

sedangkan jalan2 sunnah sudah pun melangkaui maqasid syariah....
wallahua'lam...

minta mod @mbhcsf  tolong fahami



Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 03:53 PM | Show all posts
ussopp replied at 27-2-2015 06:36 PM
inilah yang saya maksudkan dengan humanist...
salam

inilah yang saya maksudkan dengan humanist...


humanist menolak mudharat...
yap .. memang ada d'dalam islam ..
الفلسفة الانسانية في الاسلام
falsafah insaniah dalam islam ..
humanisme ini berkisar oriented
secara 2 perkara ..

حَبْلٌ مِّنَ اللهِ .. hablumminallah
  • Secara Vertical

حَبْلٌ مِّنَ النَّاسِ .. hablumminannas
  • Secara Horizontal

Rasulullah menegaskan bahwa kecintaan Allah
kepada hambaNya sangat terkait
dengan kebaikan hambaNya tersebut kpd sesama hamba Allah lainnya.
Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:
أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ
“Manusia yang paling d'cintai Allah
أَنْفَعَهُمْ لِلنَّاسِ
ialah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.
وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ
Dan perbuatan yang paling d'sukai d'sisi Allah
سُرُورٍ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ
ialah mendatangkan kebahagiaan kepada sesama muslim.”
(HR Thabrani)

Namun demikian ..
ini tidak bererti bahwa ajaran Maqasid Syariah Islam ..
sama dan sebangun dengan faham Humanisme barat ..
walaupun ada nilai² murni .. good deeds ..
tetap ia berpandu dan berpendoman dengan landasan rujukan
  • Al quran dan As sunnah ..
  • ijmak
  • dalil
  • qias
supaya good deeds ini berpanjangan sehingga ke akhirat ..
bagi orang yang beriman percaya akan Allah dan Hari Akhirat ..


d'dalam post saya earlier ..
مقاصد الشريعة
Maqasid Al-Syariah ertinya
tujuan² syariah ..

kaedah Maqasid ialah ..
mengambil kemanfaatan dengan menolak kemudaratan

Maqasid mesti mengikut Syariah secara Syarak ..
d'dalam kaedah ini ..
"mengambil kemanfaatan dengan menolak kemudharatan .."
Maqasid ini berpaksikan
Amar ma'ruf nahi munkar ..
wakmur bil ma'rufi wanha 'anil-mun'kar
وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ
(31:17)

dan banyak d'dalam al quran menyatakan
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ
Dan hendaklah ada d'antara kamu segolongan orang yang menyeru kpd kebaikan,
وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
menyuruh (berbuat) yang ma’ruf,
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ
dan mencegah dari yang mungkar.
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan mereka itulah orang² yang beruntung.
(3:104)


wassalam






Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 12:43 PM | Show all posts
YANG HAK TELAH DATANG
PASTI MENGALAHKAN YANG BATHIL
DAN YANG BATHIL PASTI LENYAP



..........yg mana yg nak kena lenyap tu yeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 01:59 AM | Show all posts
NorAddin replied at 2-3-2015 03:53 PM
salam

yap .. memang ada d'dalam islam ..

benar humanist ada dalam islam, yakni habluminannas...

tetapi humanist islam tertakluk pada perintah Allah di mana kalau ada hukum hudud yg kedengaran kejam seperti bunuh qisas, maka kita tidak lagi kesian2...atau bersikap empathy humanist...

sedangkan humanist barat melebihkan empaty(kesian) lebih dari segalanya....sebab tu gay pun dikesiani....

memang maqasid syariah asalnya tidak akan bercanggah...

cuma sy khuatir ada golongan humanist liberal yang akan ambil kesempatan dlm hal ini....kerana bersikap empathy, adalah naluri yg wujud dalam hati setiap org....

maka bagi pemanipulasi, inilah masanya utk menggunakan apa yg org sangka baik yakni perasaan sayang sesama manusia, utk melampaui hukum agama yg mungkin kedengaran ganas, lalu memanipulasi perasaan manusia agar berperasaan kasihan atau bersikap manusiawi sehingga mereka akan mempersoal hukum2 yg mungkin kelihatan tidak manusiawi di mata manusia modern, padahal Alah yang Maha Bijaksana....

Wallahua'lam...

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 12:42 PM | Show all posts
ussopp replied at 5-3-2015 01:59 AM
benar humanist ada dalam islam, yakni habluminannas...

tetapi humanist islam tertakluk pada per ...
salam

Maqasid Syariah ini dah lama bertapak d'dalam islam ..
tetapi baru d'bumi Malaysia ..

PM mengajurkan MAqasid Syariah ini berlandaskan Wasatiyah ..
cuma sy khuatir ada golongan humanist liberal yang akan ambil kesempatan dlm hal ini
well .. d'dalam wasatiyah kesederhanaan ASWJ ..
kita tidak boleh lari dari himpitan 2 golongan ..
  • liberal
  • extreme
baik dalaman dan luaran ..
Muslim dan Non Muslim ..

  • liberal .. mengambil kesempatan
  • extreme .. akan menekan ..

dalaman Muslim ..
yang liberal ..
  • Qadariah ..
yang extreme ..
  • Jabariah ..
  • Salafi ..
  • Wahabi ..

luaran Non Muslim ..
humanism .. human rights group .. termasuk politics polimic .. etc²

dengan pelantikan ahli panel oleh PM
untuk menerajui .. insyAllah ..
kerana mereka d'percayai d'dalam tanggungjawab dengan tugas d'beri ..
ini orang semua walk d'talk ..
mereka akan bentuk menyusun strategik planning management ..

ini yang dari artikal yang d'bawa oleh mod @mbhscf
Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia,
  • Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin ,
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan,
  • Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin (Pengerusi);
  • Datuk Aidit Ghazali (Timbalan Pengerusi II);
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
  • Datuk Othman Mustapha (Naib Pengerusi I)
dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri,
  • Datuk Jailani Ngah (Naib Pengerusi II).

Selain itu, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri,
  • Tan Sri Shukry Md. Salleh (Panel Pakar dan Polisi);
Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia,
  • Prof. Dr. Abd Samad Musa (Panel Pakar Syariah),
Pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Prof. Dr. Mohammad Said Zainol (Panel Pakar Indeks) dan
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim),
  • Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Panel Pakar Ekonomi Islam).

wassalam


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2015 07:07 AM | Show all posts
carry on ...interesting discussion ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 06:44 AM | Show all posts
NorAddin replied at 10-3-2015 12:42 PM
salam

Maqasid Syariah ini dah lama bertapak d'dalam islam ..

sy nk tanya satu soalan....

mengapa perlu sistem ini...

sedangkan yg ada dlm islam sudah cukup....

contoh brunei ambil seketul undang2 islam, tanpa alasan.

jadi apa alasan kita membuat indeks dan penilaian baru...padalah metodnya sudah ada.

kenapa kita buat yg lain...?knapa tidak aplikasi terus islam yg sudah ada.?

atau ada sesuatu yg sy tidak faham, minta tolong ajarkan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2015 07:51 PM | Show all posts
ussopp replied at 14-3-2015 06:44 AM
sy nk tanya satu soalan....

mengapa perlu sistem ini...
salam

ajar tak boleh ..
padangan .. opinion boleh .. hehe
atau ada sesuatu yg sy tidak faham, minta tolong ajarkan.
kenapa kita buat yg lain...?knapa tidak aplikasi terus islam yg sudah ada.?
tidak ada kelainan d'dalam applikasi .. hanya approach yang berbeza ..
zaman sekarang .. banyak dunia barat or non muslim ..
memahami islam adalah ugama yang strict d'dalam hukumanya ..
xtreme fanatik ..

d'zaman khalaf sekarang ini tidak sesuai mengunakan secara salaf ..
ia akan melihat sesuatu perkara itu very aggressive n strict ..

tengok d'jazirah arab .. tiada sebuah negeri boleh d'jadikan contoh ..
walaupun kita lihat satu Jordan .. yang aman tetap bukan contoh ..

jadi apa alasan kita membuat indeks dan penilaian baru...padalah metodnya sudah ada.
indeks maqasid ini adalah satu kayu ukuran ..
  • effectiveness
  • efficiency
d'dalam sesuatu progress untuk memajukan dan berjaya kehadapan  ..
d'mana lima perkara itu amat penting sebagai asas ..

contoh brunei ambil seketul undang2 islam, tanpa alasan
4 mazhab .. berbeza tetap satu pendapat ..
well .. brunie tidak sama dengan malaysia ..
d'sisi multi racial .. berbilang kaum ..

sedangkan yg ada dlm islam sudah cukup....
memang islam sudah cukup ..
tapi mencukupkan pertadbiran .. para Umarak berganding Ulamak ..
amat d'perlu ..
kerana untuk manage administrative ini para Ulamak tiada kepakaran ..

mengapa perlu sistem ini...
sistem ini yang mana PM ingin memertabat islam kembali secara syariah
kerana image islam d'muka dunia amatlah negative ..
beliau mengingini membawa sistem ini secara ..
"d'dalam kesederhanaan kelembutan .. ada ketegasan"
saya berpendapat .. ini approach yang bagus ..
yang kebanyakan mana dulu mencerminkan islam secara
"d'dalam ketegasan ada kesederhanaan kelembutan"   

wassalam




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2016 09:42 AM | Show all posts
Pengukuran dasar secara saintifikISM rungkai tanggapan negatif
TARMIZI ABDUL RAHIM  |
24 Mac 2016 4:00 PM
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.ThCI4UWB.dpuf






AYAH NGAH cukup dikenali di kampungnya sebagai seorang pemimpin yang amat prihatin dan langsung tidak lokek untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan sama ada kawan atau lawan. Beliau yang cukup dikenali oleh penduduk setempat dan jiran berhampiran juga menjadi pakar rujuk dalam segenap kemusykilan yang dihadapi, jika tidak dapat diselesaikan pasti akan dicarinya alternatif lain.

Dalam kebanyakan hal, Ayah Ngah selalu terkehadapan malah sanggup mengorbankan jiwanya bagi memastikan kemaslahatan dan kebajikan anak-anak buahnya sentiasa terpelihara.


Walau bagaimanapun, oleh kerana panggilan nama Ayah Ngah itu seperti telah menjadi sebati, ramai tidak mengetahui namanya yang sebenar tetapi beliau langsung tidak kisah. Apa yang menjadi kepuasan baginya ialah setiap orang memperoleh manfaat yang akhirnya bakal memantapkan kualiti hidup dan ukhuwwah sesama mereka. Bagi Ayah Ngah, cukuplah orang ramai mendoakan kesejahteraannya di dunia dan akhirat.
Analogi ini boleh digambarkan dengan situasi yang berlaku di negara ini sejak mencapai kemerdekaan lebih daripada setengah abad yang lalu. Sedari atau tidak, sebenarnya dasar-dasar yang dilaksanakan kepemimpinan terdahulu dan semasa semuanya berpandukan kepada suluhan Maqasid Syariah - mempertahankan lima prinsip asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2016 09:43 AM | Show all posts
Cuma kebanyakannya tidak dilabelkan atau disusuli dengan nama Islam hingga menyebabkan segelintir menganggapnya sebagai tidak Islamik sedangkan ia menepati roh Maqasid Syariah. Sekadar menyebut sebahagian daripadanya seperti Tabung Haji, Dasar Ekonomi Baharu dan Dasar Pendidikan, adakah kerana ia tidak ditampilkan dengan nama Islam atau ala-ala Arab maka ia tidak menepati lima prinsip asas Maqasid Syariah? Mengulas mengenai perkara ini, Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia (ISM), Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, sejak merdeka lagi, kerajaan komited dan penuh istiqamah memastikan usaha serta dasar dilaksanakan kerajaan berpaksikan kepada Maqasid Syariah. Beliau bagaimanapun mengakui bahawa kesemua usaha dan dasar berkenaan belum pernah diukur secara saintifik hingga menyebabkan wujudnya tanggapan negatif yang mendakwa sistem pentadbiran negara tidak mengikut prinsip Islam. -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2016 09:44 AM | Show all posts
Kerajaan pada Majlis Perdana Ulama’ Umara’ pada 10 Februari 2015 mencetuskan idea dan mengambil pendekatan serius bagi merungkai salah faham berkenaan. Pengenalan ISM yang bersifat menyeluruh, komprehensif dan pertama seumpamanya di dunia dicetuskan. Ia merupakan dimensi baharu yang menjadi pelengkap kepada tadbir urus Islam di negara ini,” katanya.
Katanya, objektif ISM ialah:


  • Menilai keseriusan usaha kerajaan dalam menepati piawaian Islam berkaitan dasar dan program yang dilaksanakan dari tahun ke tahun.
  • Mengenalpasti ruang-ruang pembaikan yang perlu difokuskan kerajaan agar rakyat dapat menerima lebih banyak manfaat hasil daripada penerapan nilai sejagat dalam Islam.
  • Meningkatkan tahap patuh syariah pada setiap dasar dan program pentadbiran serta pembangunan negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2016 09:46 AM | Show all posts
PENGLIBATAN PAKAR PROFESIONAL
Ditanya mengenai apa yang ditakrifkan sebagai ISM dan sukatan yang digunakan, Abdul Shukor menjelaskan bahawa ISM merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang mengukur bidang-bidang utama negara iaitu politik, ekonomi, perundangan, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran serta sosial yang bertunjangkan kepada Maqasid Syariah. Katanya, seramai 133 penyelidik daripada lima buah universiti awam terlibat iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. “Kesemua mereka memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang seperti bidang pengajian Islam, statistik, matematik, kejuruteraan, ekonomi, pendidikan, perubatan dan sebagainya. Alhamdulillah dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kumpulan penyelidik, pengukuran ISM dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

PELENGKAP KEPADA DASAR SEDIA ADA




Negara telah menerapkan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran negara dengan pelbagai dasar dan program seperti dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, Islam Hadhari, Wasatiyyah dan dasar-dasar lain berkaitan ekonomi, pendidikan, sosial, budaya serta prasarana yang tidak dilabelkan atas nama Islam namun mempunyai roh Islam seperti menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. Kini, Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai negara Islam maju yang mempelopori bidang kewangan Islam, industri halal, pelancongan Islam dan kini sedang mempelopori bidang urus tadbir berteraskan prinsip Maqasid Syariah. “Ia berlaku kerana kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diukur sejauh mana Malaysia telah melaksanakan Islam dalam pentadbiran negara bahkan belum ada mana-mana negara di dunia yang berani berbuat demikian iaitu membuka ruang untuk diaudit. Komitmen beliau ini patut dipuji,” katanya. -

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2016 09:47 AM | Show all posts
CABARAN DIHADAPI

Abdul Shukor mengakui Jawatankuasa ISM pada peringkat awalnya mempunyai sedikit cabaran untuk memulakannya memandangkan masih belum wujud mana-mana negara di dunia yang melaksanakan ISM, antara cabarannya ialah seperti membina kerangka dan model pengukuran yang sistematik, berkesan serta diiktiraf.

Katanya, satu unit juga ditubuhkan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai urus setia untuk merancang, melaksana dan memantau perjalanan ISM.

“Alhamdulillah, kami semua bermesyuarat hampir setiap bulan bagi memutuskan beberapa keputusan dasar, perancangan, penyelidikan dan memastikan keputusan indeks dapat dikeluarkan pada masa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri. Kita juga mendapat kerjasama sangat baik daripada pelbagai agensi kerajaan yang turut sama membantu melancarkan ISM ini seperti universiti, Perbadanan Harta Intelek, Jabatan Standard Malaysia dan beberapa individu-individu yang turut membantu secara langsung,” katanya.

BUKAN SESUATU 
YANG RETORIK

Terdapat cakap-cakap mengatakan ISM terlalu idealistik atau retorik iaitu sukar dilaksanakan selagi berlakunya lompong dalam sistem negara seperti pendidikan peringkat awal yang agak lemah dalam menekankan soal-soal integriti dan yang berkaitan dengannya.

Sambil menafikannya, tegas Abdul Shukor, prinsip Maqasid Syariah yang diketengahkan bukan sesuatu terlalu idealistik yang tidak boleh dilaksanakan, tetapi sebaliknya merupakan prinsip sejagat yang boleh diterima oleh semua kaum, bangsa dan sesiapa sahaja.

“Tiada manusia yang ingin diri, keluarga, hartanya diceroboh dan dikhianati. Semua inginkan penjagaan kepada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta terpelihara. Ia adalah satu prinsip yang mempunyai nilai sejagat.

“Pada peringkat permulaan, kita mengadakan banyak siri-siri penerangan, penjelasan dan dialog kepada kumpulan pembuat dasar dan pelaksana dasar. Kumpulan ini amat penting kerana mereka adalah kumpulan yang akan merancang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

“Selain itu, kita juga telah mempelbagaikan kaedah penerangan melalui media sosial dan penerbitan buku serta risalah kecil untuk bacaan masyarakat memahami tentang ISM. Insyallah siri-siri penerangan ini akan dilakukan secara berterusan dan meluas.

Tambah Abdul Shukor, setelah semua kajian dan penyelidikan selesai dijalankan, jawatankuasa ISM akan mencadangkan ruang-ruang penambahbaikkan yang boleh dibuat oleh kerajaan dalam semua peringkat.

“Insyallah pada 28 Mac ini akan berlangsung di sebelah pagi Town Hall Session yang menghimpunkan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi untuk mendengar hasil kajian serta isu-isu fokus yang terhasil dalam kajian ISM.

“Sudah tentu isu-isu fokus ini akan ditambah baik dari sudut perancangan dan pelaksanaannya dan mungkin akan merubah landskap pentadbiran negara maju setapak lagi. Semuanya ini akan berlaku dengan telus dan kita amat menghargai hasrat kerajaan untuk mengukurnya dan ini suatu yang baik yang perlu disambut dengan penuh keikhlasan.








Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 09:01 PM | Show all posts
I think it's not too much to say that.. it is too good to be true..
I see that the major obstacle in this ISM is 'trust',
It's difficult to support something, someone, somegroup that u hardly trust..

Apa yg paling meragukan ialah.. 'kaedah pengukuran' ~
meng'objektif'kan yang 'subjektif'..

all else, it's a good approach..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:49 AM | Show all posts
Edited by NorAddin at 1-4-2016 03:47 PM
salam



Ulamak dan umarak d'sifatkan secara bersama
sebagai faktor kebaikan ummah ..

riwayat Abu Na'im dalam al-Hulyah
Sabda Rasulullah S.A.W :
صنفان من الناس
Ada dua golongan manusia
اذا صلح صلح الناس
bila baik .. baik manusia,
واذا فسد فسد الناس
dan bila rosak .. rosak manusia
العلماء والعمراء
Ulamak dan umarak .


wassalam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2016 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Zackmaster posted on 29-3-2016 09:01 PM
I think it's not too much to say that.. it is too good to be true..
I see that the major obstacle i ...


Kannn...good approach selepas berpuluh tahun UMNO didakwahkan oleh PAS tapi UMNO kene ingat Al-Quran dan Sunnah tidak dimasukkan di dalam perlembagaan negara lagi.

Dan korang umno buat smua ni just nak dapat sokong muslim masa pru...untuk duit dan kuasa. Last edited by sabbath_shalom on 2-4-2016 03:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ussopp posted on 14-3-2015 06:44 AM
sy nk tanya satu soalan....

mengapa perlu sistem ini...


Apa yg UMNO buat ini untuk meraih undi orang Islam untuk menentang parti PAS saja...bukan kerana Allah.

Nak tanya, indeks syariah boleh ubah ke sistem perundangan dan ekonomi sedia ada?

Kenapa terlalu perlahan selepas berpuluh tahun kita merdeka? Sebab nak meraih undi dengan peratusan saja kah sedangkan yg memerintah Muslim sejak merdeka kenapa sukar nak dpt 100%???..hnya golongan Fasiq saja yg mengambil hukum separuh2 untuk sesuai dngan citarasa mereka.

Aku berani jamin peratusan tu tidak akan ada peningkatan kerana islam di Malaysia bersifat Statik dan rigid....Islam di Malaysia tidak mampu menongkah arus yg dibawa kapitalisme, liberalisme, sekularisme dll.

Antaranya berpunca dr Ulama yg berhukum mengikut citarasa pemimpin. Last edited by sabbath_shalom on 2-4-2016 03:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Islam kat Malaysia ni static la....yg murtad ramai, yg rosak akidah dan akhlak pon banyak...releven ke guna indeks gini kalau Islam sekadar untuk mainan untuk raih undi

Serupa la Mahathir buat jakim dan pengiktirafan Halal....sampai ada buat hukum makanan penentu akidah btw..walaupun x makan babi tetap jugak tak solat kann..dari dulu lagi Islm ni dijafikan mainan oleh umno...zaman Pak Lah dulu Islam Hadahri untuk tawan Terengganu siap buat taman islam bagai, negeri Hadhari dll...tapi tengok la...benda tu semua tak lama dan memburukkan imej Islam saja dihujungnya Last edited by sabbath_shalom on 4-4-2016 09:54 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2016 05:38 PM | Show all posts
Jakim komited pastikan ISM dapat dilaksanakan
You are here:
HomeBerita Pilihan

SEREMBAN 11 Okt.  – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited dalam memastikan Indeks Syariah Malaysia (ISM) dapat dilaksanakan, dengan mengambil inisiatif untuk turun padang memberi penerangan dan penjelasan ke seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Paimuzi Yahya berkata, fasa pertama penerangan ISM melibatkan pembuat dan pelaksana dasar seperti wakil-wakil rakyat dan ketua jabatan.

“Tahun ini kita fokus untuk memberi penerangan kepada pembuat dan pelaksana dasar supaya mereka memahami apa yang dimaksudkan dengan ISM ini.

“Selepas peringkat kumpulan ini faham dengan hala tuju dan pelaksanaan ISM, barulah kita beri penerangan di peringkat masyarakat awam pula, tidak kira

Islam atau bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Speaker Dun Negeri Sembilan, Datuk Dr Awaludin Said.

Paimuzi berkata, selain turun padang, Jakim juga turut menggunakan pelbagai medium seperti khutbah, radio dan televisyen untuk menyampaikan maklumat dan menerangkan berkenaan pelaksanaan ISM.

“ISM ini merupakan yang pertama di dunia dan melaluinya segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan akan diukur mengikut ISM supaya ia menepati kehendak maqasid syariah.

“Selain itu, apa yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan ini juga memenuhi tuntutan agama dan masyarakat akan mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan oleh jabatan dan agensi kerajaan,” katanya.

Sementara itu, seramai 400 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan dan wakil rakyat menghadiri program ini.

Negeri Sembilan merupakan negeri ke-11 yang mengadakan siri penerangan mengenai ISM, selepas  Perak, Kedah, Kelantan, Sarawak, Sabah, Pahang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perlis.

Paimuzi berkata, program yang dianjurkan hari ini amat signifikan dalam kondisi masyarakat hari ini, khususnya umat Islam yang dihambat pelbagai pengaruh liberalisme dan ekstremisme yang dibawa kelompok tertentu ke dalam masyarakat, sehingga menghakis sifat jati diri muslim.

“Pembangunan ISM ini bukan sekadar hendak meninggikan syiar Islam semata-mata, atau untuk membangunkan ekonomi sahaja, tetapi, ia bertindak sebagai amalan standard untuk memandu sebuah negara mentadbir dan mengurus secara komprehensif dan dinamik,” katanya.

Pada 10 Februari tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Na-jib Tun Razak melancarkan model ISM yang merupakan satu kaedah pe-ngukuran saintifik yang menepati dua fungsi penting.

Perkara pertama adalah menilai keseriusan usaha keraja-an menepati piawaian Islam ber-kaitan dasar dan program dijalankan dan keduanya, mengenal pas--ti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi fokus.

ISM yang sedang dibangunkan kerajaan dan akan dilaksanakan di negara ini berdasarkan lima prinsip maqasid syariah, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. – Bernama

Please follow and like us:
12/10/2016

By yadim  : Berita Pilihan





sumber asal :

http://www.yadim.com.my/v2/?p=26875
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.466407 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list