CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1269|Reply: 0

Kolam renang taraf Olimpik akan dibina di Tawau

[Copy link]
Post time 23-2-2015 10:19 AM | Show all posts |Read mode


MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sebuah kolang renang bertaraf Olimpik akan dibina di Tawau yang kos dan reka bentuknya akan ditentukan Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
          
        Beliau berkata pembinaan kolam itu adalah bagi memenuhi keperluan penggiat sukan renang khusus di daerah tersebut dan Sabah amnya.
          
        Beliau memberitahu pemberita selepas melancarkan Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Tawau di Kompleks Sukan Tawau di sini hari ini.
          
        Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
       
        Khairy berkata Pusat Satelit ISN itu merupakan yang ke-16 di negara ini dan yang ketiga di Sabah yang diwujudkan untuk kemudahan atlet melakukan aktiviti masing-masing.
          
        Beliau berkata kementeriannya akan mengkaji untuk menambah lagi pusat itu di Sabah dan Sarawak. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.772124 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list