siapa sangka...
[size=13.3919992446899px]NORWICH, Britain – Seorang ibu di sini bagaikan tidak percaya bahawa bayi lelakinya masih hidup selepas lapan minit dilahirkan tanpa degupan jantung baru-baru ini. [size=13.3919992446899px]Ibu tersebut, Rachel Cherry, 30, bersyukur selepas anak lelaki yang diberi nama Theo Babbage itu bertindak balas terhadap rawatan kecemasan yang diberikan oleh pegawai hospital tempatan yang membantu menyelamatkan nyawa anaknya itu. [size=13.3919992446899px]Babbage yang dianggap bayi ajaib mempunyai komplikasi paru-paru ketika dilahirkan dan pihak hospital tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa melakukan pembedahan kecemasan terhadap bayi tersebut. [size=13.3919992446899px]“Apabila seorang ibu melahirkan anak, perkara pertama yang ingin didengari ialah suara bayi tersebut menangis buat kali pertama, tetapi itu tidak berlaku kepada anak saya. [size=13.3919992446899px]“Saya terus menunggu dan menunggu tetapi tidak ada langsung suara tangisan atau jeritannya. Saya tahu tentu ada sesuatu yang tidak kena dan berfikir bayi saya telah meninggal dunia,” kata Cherry sewaktu menceritakan pengalamannya itu. [size=13.3919992446899px]Babbage yang diberikan rawatan lanjut selama 12 hari di hospital kini disahkan sihat dan dibenarkan pulang ke rumah. – Agensi sumber..kosmo online
|