CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1302|Reply: 3

[Dunia] [Video] Rakaman Penumpang Keluar Dari Pesawat Turki Tergelincir Ketika Mendarat

 Close [Copy link]
Post time 4-3-2015 08:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 5-3-2015 10:31 AM



RAKAMAN ini menunjukkan situasi dramatik penumpang yang menyelamatkan diri selepas sebuah pesawat Turkish Airlines tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Kathmandu, Nepal pada Rabu.
Ia menunjukkan para penumpang dalam keadaan ketakutan menggelongsor turun menggunakan luncur kecemasan sewaktu proses pemindahan selepas pesawat Airbus A330 itu terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu akibat masalah teknikal.
Rakaman itu dibuat oleh salah seorang daripada 238 orang yang menaiki pesawat berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada pagi Rabu.
Beberapa orang mengalami kecederaan ringan, namun tiada kecederaan parah dilaporkan.
   


Pesawat TK726 membuat pusingan di ruang udara di lapangan terbang selama setengah jam sebelum membuat percubaan kedua untuk mendarat dalam keadaan kabus tebal, selepas membuat penerbangan selama tujuh dari Istanbul.
Salah seorang penumpang yang tidak mahu dikenali berkata: "Pesawat itu tidak dapat mendarat kerana cuaca buruk, dan kami mengelilingi di udara.
"Juruterbang memaklumkan kepada kami untuk tunggu antara 30 sehingga 60 minit, dan selepas setengah jam dia cuba untuk mendarat dengan kesannya yang amat kuat.
"Saya dengar bunyi dentuman yang sangat kuat, selain bunyi tangisan dan jeritan penumpang, dan pintu kecemasan dibuka serta-merta sebaik sahaja pendaratan cemas dilakukan."
Turkish Airlines dalam satu kenyataan rasminya berkata: "Kesemua penumpang dan anak kapal telah selamat dipindahkan dari pesawat dan dibawa ke terminal.
"Salah seorang daripada penumpang kami mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
"Langkah berjaga-jaga juga perlu diambil untuk membawa keluar pesawat itu dari tempat ia mendarat dan kerja-kerja berkaitan berhubung insiden ini sudah dimulakan.
"Pemeriksaan teknikal akan menentukan punca insiden," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. - mirror.co.uk






++++++++++++++++++

Pesawat tersebut tersasar dari landasan ketika membuat pendaratan di Lapangan Terbang Kathmandu, Nepal, lalu terbabas di kawasan rumput berhampiran. -Foto AFP

KATHMANDU, 4 Mac :

Sebuah pesawat Turkish Airlines yang membawa 224 penumpang terlibat dalam satu insiden yang mencemaskan apabila pesawat tersebut tersasar dari landasan ketika membuat pendaratan di Lapangan Terbang Kathmandu, Nepal.

Dalam insiden tersebut, kesemua 224 penumpang terpaksa dipindahkan daripada pesawat tersebut dengan segera, apabila pesawat tersebut terbabas ke padang rumput berhampiran.

Pegawai penerbangan berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam situasi cemas tersebut, walaupun seorang saksi mengatakan penumpang yang ketakutan telah meninggalkan tempat duduk mereka ketika kabin dipenuhi asap selepas pesawat dihentikan.

Lapangan terbang itu kini telah ditutup kecuali untuk helikopter, kata jurucakap Purna Prasad Chudal.

Beliau turut menambah bahawa penglihatan juruterbang telah dihalang berikutan kabus tebal hari ini.

Juruterbang telah dikatakan tersilap percaturan dalam percubaan awal untuk mendarat sebelum membuat cubaan kedua yang menyaksikan pesawat tersebut tersasar dari landasan.

“Ketika pesawat hendak mendarat, kedudukannya telah terganjak dari landasan dan berakhir di kawasan padang rumput. Kesemua 224 penumpang telah Berjaya dikeluarkan, tiada kecederaan, semua selamat,” ujar pengurus besar lapangan terbang berkenaan, Birendra Prasad Shrestha.

Media sosial telah dibanjiri gambar-gambar pesawat dengan muncungnya yang terbenam ke tanah, sementara akhbar tempatan melaporkan bahawa gear pendaratan pesawat mengalami kerosakan.

Dikesh Malhotra, yang baru pulang dari lawatan perniagaannya memaklumkan impak pendaratan cemas itu membuatkan beg-beg dalam ruang simpanan barang jatuh ke atas kepala penumpang yang ketakutan namun masih kekal di tempat duduk masing-masing untuk menunggu pesawat berhenti bergerak.

“Kami dapat rasakan tayar yang tergelincir. Dari tempat duduk, saya dapat lihat seorang pramugari menangis.

“Sejurus pesawat terhenti, asap memenuhi kabin dan menyukarkan pernafasan. Semua orang bingkas bangun dan menjerit agar pintu kecemasan segera dibuka. Akhirnya mereka mengumumkan evakuasi dan kami sangat lega,” ujar Malhotra, 28.

Chudal memberitahu, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan mengenai insiden itu termasuk menyoal siasat juruterbang.

Pesawat tersebut mendapat izin untuk mendarat. Walaupun keadaan agak berkabus namun jarak pandangan adalah baik. Kami tidak pasti bagaimana hal ini berlaku,” kata Chudal.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 08:10 PM | Show all posts
Edited by matamata at 4-3-2015 08:12 PM

http://mforum.cari.com.my/forum. ... 1159&extra=page%3D2
search = "turkish airline"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 10:28 AM | Show all posts


Rakaman Penumpang Keluar Dari Pesawat Turki Tergelincir Ketika Mendarat

RAKAMAN ini menunjukkan situasi dramatik penumpang yang menyelamatkan diri selepas sebuah pesawat Turkish Airlines tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Kathmandu, Nepal pada Rabu.

Ia menunjukkan para penumpang dalam keadaan ketakutan menggelongsor turun menggunakan luncur kecemasan sewaktu proses pemindahan selepas pesawat Airbus A330 itu terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu akibat masalah teknikal.

Rakaman itu dibuat oleh salah seorang daripada 238 orang yang menaiki pesawat berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada pagi Rabu.

Beberapa orang mengalami kecederaan ringan, namun tiada kecederaan parah dilaporkan.

Pesawat TK726 membuat pusingan di ruang udara di lapangan terbang selama setengah jam sebelum membuat percubaan kedua untuk mendarat dalam keadaan kabus tebal, selepas membuat penerbangan selama tujuh dari Istanbul.

Salah seorang penumpang yang tidak mahu dikenali berkata: "Pesawat itu tidak dapat mendarat kerana cuaca buruk, dan kami mengelilingi di udara.

"Juruterbang memaklumkan kepada kami untuk tunggu antara 30 sehingga 60 minit, dan selepas setengah jam dia cuba untuk mendarat dengan kesannya yang amat kuat.

"Saya dengar bunyi dentuman yang sangat kuat, selain bunyi tangisan dan jeritan penumpang, dan pintu kecemasan dibuka serta-merta sebaik sahaja pendaratan cemas dilakukan."

Turkish Airlines dalam satu kenyataan rasminya berkata: "Kesemua penumpang dan anak kapal telah selamat dipindahkan dari pesawat dan dibawa ke terminal.

"Salah seorang daripada penumpang kami mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

"Langkah berjaga-jaga juga perlu diambil untuk membawa keluar pesawat itu dari tempat ia mendarat dan kerja-kerja berkaitan berhubung insiden ini sudah dimulakan.

"Pemeriksaan teknikal akan menentukan punca insiden," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. - mirror.co.uk
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 10:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.074675 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list