CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1830|Reply: 0

Chromebook Acer Besar Pada Tahun 2015?

[Copy link]
Post time 11-3-2015 12:22 AM | Show all posts |Read mode
Chromebook yang biasanya memfokuskan kepada ciri mudahalih akan mengalami sedikit perubahan tahun hadapan apabila Acer dikatakan sedang menyediakan sebuah Chromebook Acer terbesar pernah dikeluarkan setakat.

Chromebook Acer Besar Pada Tahun 2015?Laman web OMG Chrome melaporkan bahawa Acer akan mengeluarkan Chromebook Acer C910 yeng berukuran 15.6 inci dalam bulan Mac tahun hadapan. Selain mengatakan maklumat itu diperolehi daripada seorang yang digelar “Chrome Bandit”, laman itu tidak menyebut tentang sumbar maklumatnya, tetapi ia mempunyai butiran yang agak banyak.

Menurut laman tersebut, Acer C910 merupakan sebahagian daripada barisan Chromebook “lasak” keluaran Acer yang akan dikeluarkan syarikat tersebut pada awal 2015 yang turut menampilkan Chromebook Acer C740 yang berukuran 11 inci.
Acer C910 dikatakan akan dilengkapi skrin 15.6 inci dengan resolusi samada 1366 x 768 atau 1920 x 1080, pemproses Intel Broadwell atau Core i3, 2GB atau 4GB, 16GB atau 32GB ruang storan dan pelbagai lagi kemudahan yang biasa ada pada sebuah laptop (USB 3.0, HDMI dan lain-lain). Acer juga dikatakan akan menggelar Chromebook ini sebagai “laptop para guru”, walaupun kalau di negara-negara di hemisfera utara, Mac sudah menghampiri penghujung tahun pembelajaran sekolah sebelum cuti musim panas. Mungkin mereka bercadang untuk memasarkannya di negara-negara di hemisfera selatan seperti Australia?
Tidak dapat dipastikan secara sahih kebenaran maklumat ini, namun dengan butiran yang agak banyak, tidak mustahil Chromebook ini bakal kelihatan di pasaran awal tahun hadapan.

kredit:www.techkini.com

                               


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.068847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list