CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1910|Reply: 0

Muizzuddin gagal ke pusingan akhir

[Copy link]
Post time 11-3-2015 01:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 11-3-2015 01:23 AM

                            PELUMBA sensasi negara, Muizzuddin Musyaffa gagal mara ke perlumbaan akhir Kejohanan Siri Masters Karting Siri Dunia (WSK) apabila menduduki tempat ke-24 pada perlumbaan praakhir di Litar Perlumbaan Adria, Itali pada Ahad.
          
        Ini kali pertama Muizzuddin, 13, tidak layak untuk beraksi pada perlumbaan akhir WSK sejak melangkah ke kategori KF Junior bagi pelumba berusia antara 13 dan 15 tahun pada musim ini.
          
        "Sungguh malang. Kami mencatat keputusan baik pada sesi sebelumnya. Bagaimanapun, Muizz mengaku dia melakukan kesilapan besar. Sepatutnya, dia tidak teragak-agak, tetapi terus memotong. Atau, dia boleh tunggu dulu seketika.
          
        "Perlumbaan ini mengandungi 16 pusingan dan dia mungkin ada peluang pada lain kali. Tidak mengapa, ini semua adalah pengalaman dan ternyata, Muizz masih
        belajar. Kami anggap ini sebagai satu lagi pengalaman pembelajaran yang mahal harganya dan akan terus berusaha. Kini, kami akan beri fokus pada Pusingan 2 di Castelletto dua minggu lagi," kata pengurus pasukan Gamoto Racing, Silvatore Gotto dalam kenyataannya.
          
        Kejohanan ini mengandungi empat pusingan, dengan Pusingan 2 akan diadakan pada 22 Mac di Castelletto, Itali. Pusingan 3 akan berlangsung di La Conca pada 12 April, manakala pusingan akhir di Sarno pada 26 April.
          
        Bermula di petak kesembilan dalam kejohanan KF Junior, pemandu Gamoto Racing ini mempamerkan prestasi cemerlang pada peringkat awal dengan memecut ke tempat kedua dan terus memandu dengan penuh keyakinan apabila memasuki pusingan kedua.
          
        Bagaimanapun, akibat teragak-agak ketika hendak memotong pelumba di hadapannya, jentera CRG Muizz dirempuh pemandu China Ye Ye Fei hingga berpusing dan akhirnya menduduki tempat terakhir daripada 30 pelumba.
          
        Untuk rekod, Muizz menduduki tempat ke-15 keseluruhan dalam kalangan 61 pelumba dari seluruh dunia, termasuk Amerika dan Eropah, pada perlumbaan Pusingan 1 Siri Masters WSK.
          
        Pelumba berbakat besar ini menduduki tempat kelima pada Saringan 1, keempat pada Saringan 2, ketiga pada Saringan 3 dan ke-12 pada Saringan 4. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.507385 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list