CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1571|Reply: 0

Joon Yong pecah dominasi pelumba Eropah

[Copy link]
Post time 13-3-2015 11:19 AM | Show all posts |Read mode


                            JAGUH Korea Selatan, Seo Joon Yong berjaya memecah dominasi pelumba Eropah dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 apabila memenangi peringkat kelima dari Kuala Terengganu ke Kuantan, hari ini.

        Kejayaan tersebut menyaksikan pelumba berusia 26 tahun daripada pasukan KSPO Cycling Team itu muncul sebagai pelumba Asia kesembilan memenangi peringkat perlumbaan dalam sejarah jelajah berprestij itu.

        Sebagi rekod, pelumba Asia yang pernah menjuarai perlumbaan peringkat ialah pelumba Hong Kong, Wong Kam Po (2000), pelumba Jepun, Shinichi Fukushima (2007), pelumba Indonesia, Samai Samai (2009), Taiji Nishitani (Jepun) dan pelumba Malaysia, Anuar Manan (2010).

        Pelumba Jepun, Takeaki Ayabe (2011), pelumba China, Wang Meiyin (2013) dan juara jersi kuning 2014, Mirsamad Pourseyedigolakhour dari Iran.

        Pada perlumbaan jarak paling jauh iaitu 200km hari ini, Joon Yong menamatkan saingan dengan catatan masa 4 jam 18 minit 47 saat.

        Tempat kedua dan ketiga turut dikuasai oleh pelumba Asia iaitu pelumba Indonesia, Jamalidin Novardianto daripada pasukan Pegasus Continental Cycling  Team dan wakil Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Adiq Husainie Othman.

        Kedua-dua pelumba itu menamatkan saingan dengan catatan masa sama iaitu 4 jam 19 minit.

        Tiga lagi pelumba merakamkan catatan masa yang sama iaitu pelumba Jepun,   Yasuharu Nakajima daripada pasukan Aisan Racing Team, pelumba Indonesia, Patria Rastra (Pegasus Continental) dan pelumba Tunisia, Meher Hasnaoui daripada pasukan Skydive Dubai Pro Cycling Team.

        Dalam perlumbaan hari ini, Joon Yong mengambil langkah berani dengan melakukan serangan terhadap kelompok pendahulu lapan pelumba sebelum berjaya melakukan pecutan solo ke garisan penamat.

        Mengulas kejayaan itu, Joon Yong berkata perlumbaan tersebut amat sukar berikutan kelompok peloton belakang terpaksa mengejar kelompok utama, majoritinya pelumba Asia, yang telah menjarakkan masa sehingga 14 minit pada 10km terakhir perlumbaan.

        "Hari ini saya gembira kerana menamatkan perlumbaan di tempat pertama selepas banyak percubaan sebelum ini...jadi saya bangga dengan pencapaian ini.

        "Melihat kumpulan pecahan di hadapan, saya mengingatkan diri untuk mempercepatkan kayuhan untuk mengejar dan hasilnya berbaloi," katanya.

        Juara peringkat ketiga Caleb Ewan daripada pasukan Orica GreenEdge hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-12.

        Bagaimanapun, pelumba Australia itu berjaya mengekalkan jersi kuning, selaku pendahulu keseluruhan dan juga jersi biru, selaku Raja Pecut.

        "Ia sentiasa baik untuk memakai jersi ini untuk beberapa hari tetapi perlumbaan belum selesai...jadi saya tidak mahu meletakkan harapan begitu banyak untuk menjaga kedua-dua jersi ini," katanya.

        Esok, kesemua 124 pelumba akan bersaing pada peringkat keenam, iaitu peringkat paling dekat iaitu 96.6km dari Maran ke Karak, melibatkan tiga zon pecutan di Chenor, Temerloh dan Mentakab. - Bernama
               


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.220648 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list