CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1353|Reply: 0

MWC 2015:Moto Hint

[Copy link]
Post time 30-3-2015 06:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 30-3-2015 07:01 AM

MWC 2015: Moto Hint – Mengawal Dan Mengakses Peranti Menggunakan Suara Sepenuhnya
Pada acara Mobile World Congress yang lepas selain adalah kali pertama Motorola mempamerkan produk mereka dibawah milikan Lenovo yang telah mengambil alih jenama tersebut pada tahun lepas. Salah satu perkara yang menarik perhatian kami adalah Moto Hint, peranti audio Bluetooth dari Motorola.

Peranti audio Bluetooth Moto Hint ini hadir dengan bekas  kecil yang seakan-akan gincu gergasi, atau seakan-akan penyembur lada. Bekasnya juga turut menempatkan bateri pengecasan tambahan yang akan mengecas Moto Hint apabila tidak digunakan. Ia boleh mengecaj sebanyak dua kali dan pada satu pengecasan penuh, Moto Hint boleh bertahan selama 5 jam dan dengan bekas ini pengguna sudah pasti dapat menggunakan Moto Hint untuk 15 jam.

Apa yang membezakan Moto Hint dengan peranti audio Bluetooth yang lain adalah kebolehannya untuk sentiasa mendengar arahan dari pengguna. Pengguna boleh memberikan arahan dengan sokongan Google Now ataupun Moto Voice, dan berinteraksi dengannya. Antara arahan yang boleh dipinta termasuklah meminta maklumat berkenaan cuaca hari ini, navigasi ke tempat yang ingin dituju, mendapatkan maklumat resepi, serta perkara-perkara kebiasaan seperti melakukan panggilan, menghantar mesej malah Moto Hint turut akan menyatakan notifikasi yang diterima. Penekanan diberikan pada keupayaan Moto Hint untuk sentiasa peka dengan arahan dari pengguna, jadi pengguna tidak perlu mengeluarkan telefon malah hanya perlu memberikan arahan suara sahaja.

Satu lagi perkara yang telah menjadi kebiasaan Motorola adalah kemasan Moto Hint yang tersedia pada pelbagai material dan warna. Terdapat pilihan kemasan warna biasa seperti hitam, putih, kemasan seumpama kayu walnut dan buluh serta kulit sekaligus memberikan imej premium pada aksesori ini apabila dipakai oleh pengguna. Namun pilihan bekas pengecasannya hanya terhad kepada dua warna, namun mungkin tidak menjadi masalah kerana peranti audio tersebut yang akan dipakai dan lebih terserlah pada pengguna.
Peranti yang telah diperkenalkan pada September 2014 dan dijual pada harga USD 149.99 (~RM 551.87) buat masa ini tidak diketahui bilakah ianya akan hadir ke pasaran tempatan. Apabila ia hadir ke pasaran tempatan, mungkin satu perkara yang menjadi persoalan utama iaitu kemampuannya untuk mengecam tona bahasa inggeris sebutan pengguna tempatan namun ia mungkin tidak menjadi masalah sekiranya anda kerap menggunakan Google Now yang tampak peka dengan tona pengguna tempatan.




kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.144281 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list