CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13807|Reply: 39

Kisah 5 Wanita Paling Subur Dalam Sejarah Dunia

[Copy link]
Post time 3-4-2015 06:54 AM | Show all posts |Read mode

                                Apr 2, 2015               
272













JIKA anda berasal dari keluarga yang besar, pasti tidak asing dengan suasana rumah yang meriah, sesak dan relatif bising.

Namun seiring perkembangan zaman, jumlah anak dalam keluarga kini sekitar dua atau tiga orang sahaja.

Sejak 1950-an, paras kesuburan wanita di dunia menurun, daripada purata 4.95 anak per ibu kepada hanya 2.36 anak per ibu. Situasi ini dinamakan paradoks demografi ekonomi iaitu suami isteri memilih untuk ada sedikit anak atas sebab kos sara hidup.

Meskipun berlaku perubahan gaya dan standard kehidupan, masih ada beberapa rekod wanita yang dilaporkan memiliki banyak anak.

  

Laman web antarabangsa The Richest, menyenaraikan lima wanita dengan anak terbanyak di dunia.

1. Vassilyev (69 orang anak)
Tidak banyak yang diketahui tentang Vassilyev, termasuk nama aslinya. Namun, yang diketahui dari wanita ini adalah dirinya tercatat dalam Guinness World Records sebagai wanita paling subur di dunia dengan 69 orang anak kandung.
Dilaporkan, Vassilyev hidup pada abad ke-18 di Shuya, Rusia, dan jumlah anak teramat banyak itu hasil 27 kali kehamilan antara tahun 1725 hingga 1765, termasuk 16 pasang kembar 2, tujuh pasang kembar 3 dan empat pasang kembar 4.
2. Gravata (62 orang anak)
Keluarga Gravata menggemparkan masyarakat apabila muncul di surat khabar tempatan pada Oktober 1923 yang melaporkan bahawa wanita dari Palermo, Itali ini melahirkan anak yang ke-62. Nama penuh wanita itu ialah Rosa Gravata.
Kehamilannya meliputi dua pasang kembar 3, sepasang anak kembar 4, sepasang kembar 5 dan sepasang kembar 6. Manakala selebihnya adalah kehamilan tunggal tanpa anak kembar dan semua anak Gravata lahir dalam keadaan sihat.
3. Kirillov (57 orang anak)
Dia berasal dari Vvedensky, Rusia, dilaporkan melahirkan 57 anak sepanjang hidupnya hasil daripada 21 kali kehamilan, termasuk di dalamnya 10 pasang anak kembar 2, tujuh pasang kembar 3 dan empat pasang kembar 4.
Tidak banyak yang diketahui tentang Kirillov dan anak-anaknya, tetapi sebuah dokumen awam pernah menyatakan bahawa keluarga Kirillov, termasuk 57 anaknya itu dilaporkan menghadiri satu perbicaraan di mahkamah pada tahun 1755.
4. Leontina Albina (55 orang anak)
Memegang rekod ibu moden dengan jumlah anak terbanyak di dunia, wanita ini lahir di Chile pada 926 dan menyatakan bahawa dirinya adalah ibu 64 orang anak. Namun hanya 55 yang didokumentasi kerena waktu itu catatan rekod awam amat sukar.
Justeru pengakuannya ada 64 anak diragui kesahihannya tetapi menurut suaminya sendiri, 11 orang anak mereka terbunuh ketika bencana gempa bumi melanda Chile dan hanya tinggal baki 40 orang anak yang terus hidup sampai dewasa.
5. Barbara Stratzmann (53 orang anak)
Barbara lahir di Bönnigheim, Jerman, pada tahun 1448 dan dilaporkan telah melahirkan 53 orang anak. Ketika usianya 50 tahun, dia telah melahirkan sebanyak 29 kali, termasuk lima pasang anak kembar 2 dan empat pasang anak kembar 3.
Juga sepasang anak kembar 6 dan sepasang anak kembar 7, namun daripada 53 orang anak Barbara, 19 orang meninggal dunia sewaktu masih lagi bayi dan hanya 34 orang anak yang berjaya hidup lama sehingga usia dewasa. – A. AMREE (mynewshub)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2015 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
..ramainyaaa......agaknya beranak umpama kentut saja bagi depa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 07:40 AM | Show all posts
Laa..mati2 aku ingat michele dgn jim bob ada dlm list  
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 08:30 AM | Show all posts
mereka adalah manusia yg terpilih diberi rezeki anak yg ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 08:30 AM | Show all posts
hebatnya depa.. kuat sungguh!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 08:35 AM | Show all posts
Kembar 6? Kembar 7? Huwaaaaa....tak dpt i gambarkan mcm mana besarnya perut masa mengandung kembar yg byk tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2015 09:31 AM | Show all posts
kuatnya rahim!!!!! tiap tahun beranak!!!!lepas pantang lekat lagi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 10:32 AM | Show all posts
alieyrina replied at 3-4-2015 07:40 AM
Laa..mati2 aku ingat michele dgn jim bob ada dlm list

Anak dia baru 19 kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2015 11:22 AM | Show all posts
Ramai2 cam ni tak masuk orang luar dah cukup ramai utk buat kenduri
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 11:50 AM | Show all posts
best ramai2 mcm nie....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 02:00 PM | Show all posts
yg husben pon!!! iskh!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Peeerrrrgghhhhh...

Ni kalau raya meriah gile gile ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 09:05 PM | Show all posts
dah bape dozen nih?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 01:19 AM | Show all posts
makdatok..jim bob punya anak2 pun aku letih nengoknye..cam ne la sampai puluh2 neh..betul2 kilang neh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya anak...cemanela nk jg anak ramai mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh... Org kita sekarang, beranak sorg pun dah serik la, tak tahan sakit la. Ini sampai 50-60 anak. Respect!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2015 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ice98 at 4-4-2015 07:49 PM

Takde pikir ape zaman tu. Padahal zaman tu lebih susah dr skrg, berperang sana sini. Main je beranak... Zaman ni 17 org 18 org anak satu keluarga dh jadi rare...
Itu adek badek member aku dr tranu. Padan la boleh smp berbelas org.. Dorg antar masuk asrama sejak skolah rendah lagi. So nmpk sikit je la anaknya.. Hehehe...bile time raya, hahaha... Baru meriah... Pening kakak2 abg2 kene belikan baju raya utk adik2 yg berderet...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 12:33 AM | Show all posts
ramainya anak!!! macam mana bentuk perut yang kembar 4 5 tu ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 02:08 AM | Show all posts
huish.. camna boleh tahan hidup reramai camni ?  

5-6 orang dah rasa cam sesak
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 02:13 AM | Show all posts
SUBUR KE MANGSA EPKSPERIMEN NI?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053244 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list