CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1844|Reply: 0

P.Pinang kesal JDT II rosakkan pintu bilik persalinan

[Copy link]
Post time 6-4-2015 10:00 AM | Show all posts |Read mode


Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) kesal dengan tindakan segelintir anggota pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) yang merosakkan pintu bilik persalinan di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.

                Presidennya Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff menyifatkan tindakan itu telah memalukan Liga Malaysia selain menyebabkan pihaknya terpaksa mengeluarkan belanja untuk memperbaiki kerosakan itu.

"Kami sudah buat aduan rasmi kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan berharap tindakan sepatutnya diambil kepada individu terlibat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tinjauan mendapati pintu bilik yang disediakan khas untuk pasukan pelawat itu mengalami kerosakan kecil dan mempunyai kesan seperti ditendang.

Beliau berharap insiden itu tidak berulang apabila Pulau Pinang bertandang ke Johor dalam pusingan kedua Liga Perdana akan datang.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.289563 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list