|
Melawat Rakyat Di Pedalaman
SEBUAH negeri sedang dilanda krisis ekonomi yang berpanjangan. Perdana Menteri pun pergilah meninjau dengan menaiki kapal terbang untuk melihat sendiri kesengsaraan rakyat negeri itu. Dia pergi dengan ditemani isterinya.
Dalam lawatan itu, si Menteri melihat ramai sekali rakyatnya yang menderita, terutamanya di kawasan pedalaman. Si Menteri merasa amat simpati melihat kesengsaraan rakyatnya. Lalu dia pun berkata kepada isterinya, "Bagaimana jika kita terbang lebih rendah dan mencampak lebih banyak wang kepada rakyat supaya mereka boleh membeli makanan dan keperluan lain? Selain itu, mereka pasti akan selalu mengingati kebaikan suamimu ini... "
Isterinya hanya diam sahaja mendengar cadangan suaminya.
"Jangan bimbang, Isteriku. Kan wang kita masih banyak? Kita tidak akan kekurangan hanya dengan membahagikan beberapa ratus ribu ringgit sahaja. Lagi pula rakyat akan semakin menyokong suamimu ini sehingga kita akan memperolehi kebaikan yang lebih banyak dari yang kita keluarkan."
Isterinya masih diam.
"Kenapa kamu masih rasa ragu-ragu lagi kah?" tanya si Menteri.
"Suamiku, saya rasakan rakyat lebih rasa senang dan gembira jika kamu yang tercampak atau terjun dari kapal terbang ni untuk melihat mereka..."
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|