CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1519|Reply: 0

Penyu temui 'ubat' untuk atasi Perak

[Copy link]
Post time 9-4-2015 10:35 AM | Show all posts |Read mode


Pengendali Terengganu Abdul Rahman Ibrahim meminta pemainnya fokus dan bangkit dalam pertemuan kedua suku akhir Piala FA menentang Perak di Ipoh pada 21 April nanti selepas seri 1-1 dalam pertemuan pertama malam tadi.

                Biarpun anak buahnya telah bermain dengan begitu baik, namun Abdul Rahman mengakui skuad seladang dilihat telah menggunakan corak permainan secara taktikal menentang skuad penyu hinggakan nyaris tewas di laman sendiri.

"Insya-Allah kita akan bangkit pada pusingan kedua nanti... kita sudah tahu 'ubatnya' untuk atasi Perak," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini malam tadi.

Dalam keyakinan itu, beliau turut meminta anak buahnya agar mengubah mentaliti dan yang penting pemain perlu beraksi mengikut arahan dan pelan yang telah diatur terutamanya menghadapi pasukan-pasukan yang liat dan agresif seumpama Perak.

"Saya tabik sebenarnya kepada Perak yang bermain (corak) begitu taktikal  dan pemain-pemain mereka bermain mengikut arahan jurulatih walaupun secara betulnya mereka tidak berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan," katanya.

Pada pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi, pelawat terlebih dahulu membolosi gawang tuan rumah berikutan kesilapan pemain pertahanan yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ekoran asakan pemain import Perak Woong Namkung dari Korea Selatan pada minit ke-44, yang menyebabkan Zubir Azmi tertendang bola ke gawang sendiri.

Gol penyamaan tuan rumah hadir pada masa tambahan babak kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Paulo Rangel, sekali gus menjadi penyelamat maruah Terengganu daripada tewas di gelanggang sendiri.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.071493 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list