CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1845|Reply: 0

KOM belum hantar senarai akhir atlet

[Copy link]
Post time 10-4-2015 08:21 AM | Show all posts |Read mode


        Hanya sukan olahraga yang belum menghantar senarai akhir atlet yang akan menyertai Sukan SEA di Singapura pada Jun ini.   
    Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2015 Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih melakukan proses penilaian ke atas atlet kategori B yang layak untuk beraksi pada temasya tersebut.  

"Sebanyak 99 peratus sudah mengesahkan senarai atlet masing-masing kecuali olahraga, iaitu atlet kategori B masih lagi dinilai.

"Kita dah minta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk mempercepatkan proses itu supaya kita tahu keseluruhan senarai akhir atlet tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan Permanis Sandilands Sdn Bhd dan Curtin University, Sarawak.

Sebanyak 876 peserta terdiri daripada 653 atlet dan 223 pegawai, bakal menyertai kontinjen negara ke Sukan SEA 2015 yang akan berlangsung dari 6 hingga 16 Jun.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 1.315813 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list